Kolesterol, Gula, Alkohol dan Merokok Tingkatkan Tekanan Darah



Setiap indidvidu perlu mengelakkan diri masing-masing dari mengambil makanan yang tinggi kolesterol (terutamanya kolesterol jahat), gula, meminum alkohol dan juga merokok. Ini adalah kerana amalan yang tidak baik ini boleh menjejaskan saluran darah, jantung dan juga buah pinggang.

Penyempitan saluran darah boleh berlaku akibat keterlebihan kolesterol, gula dan juga akibat dari merokok dimana menambahkan lagi risiko arteroscelerosis dan masalah salur darah yang lain. Masalah-masalah ini akan menyebabkan fungsi perubahan saluran darah dalam mekanisma pengawalan tekanan darah terganggu. Sebagai contoh, jika berlaku tekanan darah tinggi, salur darah tidak dapat mengubah keadaannya akibat keras atau tersumbat dan sebagainya.

Bagi buah pinggang pula, bahan-bahan seperti gula, alkohol dan sebagainya boleh merosakkan buah pinggang dan menyebabkan proses mekanisma pengawalan tekanan darah terganggu. Malah boleh menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti kencing manis dan sebagainya.

Oleh kerana sistem tubuh badan yang terlibat dalam mekanisma pengawalan tekanan darah ini terganggu, maka ia juga akan menyebabkan perubahan pada jantung dan menambahkan lagi risiko penyakit jantung yang serius.

Dengan itu, perlulah setiap individu mengawal pemakanan dan mengamalkan kehidupan yang sihat.


http://rawatandanpenyembuhandiri.blogspot.com/2011/05/bagaimana-tubuh-badan-mengawal-tekanan.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...