50 Peratus Hidap Darah Tinggi 2025

 

Subang: Lebih 50 peratus rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas dijangka menghidap penyakit darah tinggi menjelang 2025 berikutan amalan gaya hidup dan budaya pemakanan tidak sihat.

Pengerusi Persatuan Hipertensi Malaysia, Datin Dr Chia Yook Chin, berkata berdasarkan kajian, hingga kini, negara mencatatkan seramai 4.8 juta penghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi.

 “Daripada jumlah itu, dua pertiga daripada mereka tidak menyedari perkara itu sehingga mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor kerana penyakit ini tiada simptom. Malah, pada 2011, golongan berumur 40 tahun ke atas menyumbang 45 peratus dalam kes hipertensi berbanding 42.6 peratus pada 2006.

Jumlah terus meningkat

“Tidak mustahil jumlah itu akan terus meningkat sekiranya tahap kesedaran kesihatan penduduk masih rendah. Penyakit ini turut dikesan dalam kalangan golongan muda berumur 18 tahun ke atas, iaitu 33 peratus pada 2011 berbanding 32.6 peratus lima tahun sebelum itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam media ‘Peningkatan Kadar Hipertensi di Malaysia: Punca dan Kaedah Rawatan Terkini’ oleh lima persatuan kesihatan bersama Kumpulan Perubatan Sime Darby di sini, semalam. Ia bagi menerangkan kaedah rawatan hipertensi dikenali 'One Shot Renal Denervation System'.

Teknologi rawatan berkenaan mampu menyahaktif saraf simpatik (saraf membantu mempercepat denyut jantung, menyempitkan pembuluh darah dan meningkatkan tekanan darah), di sekeliling arteri ginjal dengan menggunakan tenaga frekuensi radio bagi mengurangkan tekanan darah tinggi.

http://www2.bharian.com.my/articles/50peratushidapdarahtinggi2025/Article/

'Cabaran Baldi Ais' Berisiko Jika Darah Tinggi

 
Cabaran Baldi Ais yang kini menjadi ikutan ramai boleh mendatangkan risiko kepada mereka yang menghidap tekanan darah tinggi.

Pengkaji Kesihatan Awam, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Zaleha Md Isa berkata aktiviti sebegini perlu dielakkan bagi golongan tersebut.

"Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai darah tinggi boleh mendapat risiko ekoran menyimbah ais ke badan mereka. Perubahan suhu badan secara mendadak akibat perbuatan ini boleh meningkatkan tekanan darah dan menjadi lebih teruk," katanya kepada Bernama.

Beliau mencadangkan ujian klinikal dilakukan bagi mengesan kesannya sebelum sebarang acara ini dianjurkan.

 "Di United Kingdom, dilaporkan seorang remaja meninggal apabila dia melakukan cabaran dengan terjun ke dalam air," tambahnya.

Namun Dr Zaleha berkata Cabaran Baldi Ais adalah baik kerana ia mendatangkan kesedaran terhadap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) dan ia dilakukan bagi memungut derma untuk tujuan tersebut.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/274254

Rawatan Darah Tinggi Semasa Hamil

Pengurusan dan Rawatan
Cara yang terbaik untuk merawat pre-eclampsia ialah dengan mengakhiri kandungan dan melahirkan bayi tersebut. Pre-eclampsia akan berlaku dalam masa 6 minggu selepas kelahiran. Ibu yang mengalami pre-eclampsia yang teruk akan didorong untuk bersalin pada minggu ke-36 untuk mengelakkan komplikasi jangka masa panjang kepada ibu dan bayi. Sebelum pendorong untuk bersalin diberikan, ibu akan diberikan corticosteroid untuk mempercepatkan pembangunan paru-paru bayi dan meningkatkan fungsi paru-paru bayi selepas dilahirkan. Sindrom tiada tekanan pernafasan bagi bayi pramatang akan berkurang dengan mengambil corticosteroid.

Rawatan Lain Untuk Pre-eclampsia
1.
Ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi.
2.
Tidur atau berehat.
3.
Sentiasa mengawal tekanan darah dan menukar jenis ubat untuk mengekalkan pengawalan yang baik.
4.
Meniliti perkembangan bayi menggunakan imbasan ultrasound dan cardiotopogram. Apabila bayi mengalami risiko di dalam rahim, pendorong kehamilan akan diberikan dan bayi dilahirkan sebagai bayi pramatang. 
5.
Mengamalkan pengurangan garam dalam makanan.
http://google-sitemapmaker.com/metromaternity/GestationalHypertension-m.html

Kesan Darah Tinggi Terhadap Ibu Mengandung

Kesan Terhadap Ibu
1.
Kadangkala boleh membawa kepada kematian atau koma jika berlaku keadaan ‘eclampsia’ (tidak boleh bergerak) yang mana disebabkan oleh pembengkakan dibahagian otak (cerebral oedema).
2.
Berlaku stroke jika terdapat pendarahan dibahagian otak.
3.
Kegagalan hati.
4.
Pembengkakan hati yang kadangkala membawa kepada kegagalan hati berfungsi
5.
Kegagalan hati.
http://google-sitemapmaker.com/metromaternity/GestationalHypertension-m.html

Kesan Darah Tinggi Terhadap Bayi

Kesan Terhadap Bayi
1.
Berlaku ‘placental abruptio’ berikutan pengasingan placenta dari dinding rahim sebelum bersalin yang mana menyebabkan pendarahan faraj dan pendarahan dalam badan yang mendorong kepada kes kematian dan kecacatan bayi.
2.
Pertumbuhan dalam rahim yang terencat yang mana berikutan pencerutan salur darah yang membawa oksigen dan nutrisi kepada bayi. Tumbesaran bayi akan terencat menyebabkan berat badan bayi ringan. Bayi memerlukan bantuan pernafasan dan sokongan incubator selepas dilahirkan.
3.
Kematian dalam rahim (IUD) yang mana disebabkan berlaku ‘plancental abruption’, masalah plancental tidak mencukupi dan tali pusat yang terhimpit.
4.
Kelahiran pramatang berlaku berikutan kelahiran yang mendadak. Kelahiran elektif pramatang kadangkala dilakukan untuk mengelakkan ibu dan bayi mendapat komplikasi.
5.
Penyedutan najis; Kadangkala bayi akan melepaskan najis sebelum sempat dilahirkan, penyedutan najis oleh bayi itu sendiri akan berlaku menyebabkan kerosakan paru-paru.
http://google-sitemapmaker.com/metromaternity/GestationalHypertension-m.html

Tanda-Tanda Hipertension Kehamilan

Pre-eclampsia
Pre-eclamsia ialah keaadaan dimana wanita hamil yang mempunyai tekanan darah yang tinggi dan hyperproteinuria (air kencing mengandungi protein). Ia selalu berlaku selepas 30 minggu selepas hamil. Keadaan ‘pre-eclampsia’ yang tidak dapat dikawal akan menyebabkan eclampsia (tidak dapat bergerak) yang mana berikutan dari cerebral oedema (berlebihan cecair di dalam otak), kegagalan buah pinggang dan kerosakan hati. Pre-eclampsia selalunya akan hilang serta-merta dalam masa 6 minggu selepas kelahiran.

Simtom dan Tanda-tanda
1.
Gangguan penglihatan seperti kabur dan silau yang mana berikutan dari vaso spasm (salur darah yang tegang) dan retina berdarah.
2.
Sakit kepala yang teruk dan pening berikutan tekanan darah yang tinggi dan cerebral oedema.
3.
Bahagian tubuh badan yang sakit dan sering muntah berikutan pembengkakan hati dan radang.
4.
Bengkak pada muka, tangan dan kaki.
5.
Peningkatan berat badan yang mendadak berikutan air yang disimpan dalam badan berlebihan.
6.
Hyperproteinurea (air kencing yang mengandungi protein)
http://google-sitemapmaker.com/metromaternity/GestationalHypertension-m.html

Hipertension Kehamilan

 

Hipertension kehamilan, iaitu tekanan darah tinggi semasa hamil wujud apabila berlaku tekanan darah tinggi selepas 20 minggu hamil yang mana tidak pernah menghadapi masalah tersebut sebelum hamil. Tekanan darah tinggi akan memberi kesan kepada pengaliran darah ke organ seperti otak, hati, buah pinggang dan plasenta dan menyebabkan organ tersebut menghadapi masalah. Keadaan ini lebih kerap terjadi semasa trimester ketiga semasa waktu kehamilan. Ini adalah keadaan jangka masa pendek dan tekanan darah anda akan kembali pulih seperti normal dalam masa 1 minggu selepas hamil.

Tekanan darah boleh dikenalpasti dengan menggunakan 2 nombor yang mana tekanan sistolik (nombor yang berada di atas) dan tekanan diastolik (tekanan yang berada di bawah). Tekanan sistolik adalah tekanan di dalam salur darah semasa jantung sedang mengecut dan diastolik adalah tekanan semasa jantung sedang mengendur. Tekanan darah 140/90mmHg adalah sebagai tinggi. Bagaimanapun, wanita hamil selalunya mempunyai tekanan darah dalam lingkungan 90/50mmHg ke 110/70mmHg. Tekanan darah tinggi boleh dijangka jika tekanan darah meningkat sebanyak 30/15mmHG ( contohnya, jika meningkat dari 90/50mmHg ke 120/70mmHg) semasa mengandung. Walaupun tekanannya mungkin dilihat sebagai normal berbanding populasi umum.

Penyebab utama tekanan darah tinggi berlaku masih tidak diketahui. Ia mungkin disebabkan penolakan immunologikal semasa hamil yang mana tubuh badan ibu melihat bayi sebagai bendasing dan seboleh-bolehnya mencuba untuk menyahkannya.
Tekanan  darah tinggi semasa hamil memberi kesan 5% terhadap kandungan dan 1 per 4 wanita hamil yang mana mempunyai tekanan darah tinggi akan cenderung kepada ‘pre-eclampsia’ semasa hamil, bersalin atau selepas melahirkan anak.

 http://google-sitemapmaker.com/metromaternity/GestationalHypertension-m.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...