Kawal Tekanan Darah Melalui Sistem Renin-Angiotensin-Aldosterone.


Sistem Renin-Angiotensin-Aldosterone adalah merupakan sistem yang terdapat didalam tubuh badan yang bertujuan membantu mengawal tekanan darah.



  1. Bila tekanan darah menurun (contoh: tekanan sistolik menjadi 100 mm Hg atau lebih rendah), buah pinggang akan melepaskan enzim Renin kedalam aliran darah.
  2. Kemudian Renin akan memisahkan Angiotensinogen, iaitu sejenis protein besar yang terdapat didalam aliran darah kepada beberapa bentuk. Salah satunya adalah angiotensin I.
  3. Angiotensin I, dimana adalah tidak aktif akan dipisahkan kepada beberapa bentuk oleh enzim yang dikenali sebagai Angiotensin-converting (ACE). Salah satu bentuk yang terhasil adalah Angiotensin II yang sangat aktif.
  4. Angiotensin II, merupakan sejenis hormon yang menyebabkan otot dinding arteri kecil (arteriole) menjadi kecut (mengecut) dan menghasilkan tekanan dalam aliran darah. Angiotensin II juga akan menyebabkan perlepasan hormon aldosterone daripada kelenjar adrenal.
  5. Aldosterone akan menyebabkan buah pinggang menahan garam (sodium) dan mengumuhkan potassium. Penahanan sodium akan turut menyebabkan air tertahan dalam tubuh badan dan menyebabkan tekanan darah meningkat.
http://rawatandanpenyembuhandiri.blogspot.com/2011/05/bagaimana-tubuh-badan-mengawal-tekanan.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...