Saraf Autonamik & Buah Pinggang Kawal Tekanan Darah

 
Mekanisma ini adalah dikawal oleh divisyen simpatetik dari sistem saraf autonamik (bahagian sistem saraf yang mengawal proses dalam tubuh badan secara automatik) dan oleh buah pinggang.
Divisyen simpatetik tersebut akan merangsang kelenjar adrenal untuk melepaskan hormon epinephrine (adrenaline) dan norepinephrine (noradrenaline). Hormon ini bertindak merangsang jantung supaya mengepam dengan lebih laju dan kuat,.
Kebanyakkan arteriole akan mengecut dan sesetengahnya akan mengembang. Tekanan darah ditingkatkan pada bahagian arteriole yang mengecut untuk memastikan bahagian arteriole yang mengembang mendapat bekalan darah (seperti otot tengkorak yang dikawal secara sedar).
Divisyen simpatetik ini juga merangsang buah pinggang untuk mengurangkan proses perkumuhan garam dan air supaya jumlah darah dapat ditingkatkan.
Buah pinggang juga bertindak secara terus jika terdapat perubahan dalam tekanan darah. Jika tekanan darah tinggi buah pinggang akan meningkatkan perkumuhan yakni menyingkirkan garam dan air, dengan itu jumlah darah akan menurun dan menyebabkan tekanan darah kembali normal. Ini merupakan proses dimana cecair tubuh ditambah didalam aliran darah ketika tekanan darah rendah dan cecair tubuh akan disingkir ketika tekanan darah menjadi tinggi.
Buah pinggang mampu untuk meningkatkan tekanan darah dengan mengeluarkan enzim renin, iaitu enzim yang akan menyebabkan penghasilan hormon yang dikenali sebagai Angiotensin II. Hormon ini membantu meningkatkan tekanan darah dengan menjadikan arteriole mengecut dan dengan perlepasan hormon lain yang dikenali sebagai aldosterone pula akan menyebabkan buah pinggang menahan garam dan air.
http://rawatandanpenyembuhandiri.blogspot.com/2011/05/bagaimana-tubuh-badan-mengawal-tekanan.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...