Cara Mengurangkan Garam Dalam Masakan


Berikut adalah tips untuk mengurangkan penggunaan garam dalam masakan:-
  • Kurangkan garam dalam masakan harian.
  • Guna perisa semulajadi dalam masakan seperti perahan limau nipis dalam masakan sup, penggunaan serai & rempah ratus dalam masakan harian.
  • Sekiranya sos cili/ tomato/ kicap telah digunakan dalam masakan, elakkan menambah lagi garam.
  • Elakkan amalan menambah garam secara terus di meja makan.

Apakah Nama Lain & Kegunaan Garam?

Berikut adalah nama lain bagi garam dan kegunaannya:-


Monosodium glutamat (MSG) - Perisa tambahan makanan
Baking soda dan baking powder - Ditemui dalam kebanyakan produk roti dan biskut
Disodium fosfat - Ditemui dalam bijirin segera masak dan keju terproses
Sodium alginat - Banyak digunakan dalam susu bercoklat dan aiskrim
Sodium benzoat - Digunakan sebagai pengawet dalam sos dan salad dressing
Sodium hidroksid - Digunakan dalam pemprosesan makanan untuk melembutkan kulit buah zaitun dan sesetengah buah- buahan dan sayur-sayuran
Sodium nitrit - Digunakan dalam pemprosesan daging dan sosej
Sodium propionat - Digunakan dalam sesetengah kek dan roti untuk menghalang pertumbuhan kulat dan keju pasteur
Sodium sulfit - Sebagai pengawet dalam buah - buahan kering seperti prun

http://azzahrah.my/en/images/downloads/Panduan_Pemakanan_HPT.pdf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...