Julie Dahlan Meninggal Dunia Akibat Darah Tinggi, Buah Pinggang & Kencing Manis


KUALA LUMPUR 30/4/2015: Penerbit filem Melayu terkenal, Julie Dahlan, yang menderita sakit buah pinggang tahap kronik, meninggal dunia pada usia 62 tahun.

Allahyarhamha Julie atau nama sebenarnya, Junaidah Dahlan, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang di Kuala Lumpur pada 7.30 malam tadi, menurut laporan Berita Harian Malaysia.

Selain masalah buah pinggang, Allahyarhamha juga dilaporkan menghidap tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Malah, beliau terpaksa melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu ketika keadaannya meruncing sejak setahun lalu, lapor Berita Harian Malaysia lagi.

Allahyarhamha Julie memulakan kerjayanya dalam bidang seni sebagai seorang pelakon pada akhir tahun 1970an dan 1980an.

Allahyarhamha kemudian mencipta nama dengan menerbitkan filem-filem Melayu popular seperti 'Wira Angkasa' (1987), 'Harry Boy' (1991), 'Driving School' (1990) dan 'Cinta Metropolitan' (1996).

Selain itu, beliau juga membuat penampilan sebagai pelakon dalam filem-filem seperti 'Si Badol' (1979), 'Idola' (2002) dan 'Cicakman 2: Planet Hitam' (2008).

Menurut The Rakyat Post, sebagai penerbit filem, Allahyarhamha Julie diiktiraf atas keupayaannya mencungkil bakat-bakat baru dalam industri hiburan Melayu, dan menggilap bakat mereka hingga mereka mencipta nama.

Antara artis-artis yang dipaparkan dalam filem-filem terbitan Allahyarhamha ialah Nasha Aziz, Vanidah Imran, Sofia Jane dan Erra Fazira.

- Agensi berita/nd

http://berita.mediacorp.sg/mobilem/entertainment/penerbit-filem-melayu/1817804.html

Ubat Darah Tinggi Dikecualikan GST

Image result for hypertension medicine

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pengumuman kerajaan pada Bajet 2015 tentang penambahan beberapa barang dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ternyata melegakan rakyat.

Antaranya, ubat-ubatan penting nasional meliputi hampir 2,900 jenama ubat yang digunakan untuk merawat 30 jenis penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan rawatan kesuburan.
Selain itu, bahan bacaan seperti buku me­warna kanak-kanak, buku latihan dan rujukan, buku teks, kamus, kitab agama dan surat khabar turut tidak dikenakan GST.

Pada 13 Oktober lalu, Kementerian Kewangan telah mewartakan Perintah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014.

Pengecualian di bawah perintah tersebut mengambil kira kepentingan orang ramai dan antaranya meliputi perkhidmatan kewangan terpilih seperti operasi berkaitan bank, pembiayaan pinjaman, insurans nyawa dan perkhidmatan kewangan syariah, rumah kediaman, perkhidmatan pendidikan, penjagaan kesihatan, lebuh raya bertol dan pengangkutan awam.

Mana-mana tanah dan bangunan yang digunakan untuk tujuan kediaman atau pertanian atau kegunaan am turut dikecualikan GST.

Bagi perkhidmatan pendidikan yang dikecualikan GST, ianya meliputi taman asuhan kanak-kanak, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah swasta, sekolah agama Islam di semua negeri serta pendidikan tinggi yang disediakan oleh penyedia institusi pendidikan tinggi yang diluluskan undang-undang.
Warta tersebut turut menggariskan be­­berapa pengecualian lain melibatkan perkhidmatan pendidikan antaranya, bahan kursus, lawatan dan pengangkutan pelajar.

Bagi sektor kesihatan, perkhidmatan yang dikecualikan GST termasuk perkhid­matan perubatan, pergigian, kejurura­wa­tan, perbidanan, farmasi, ambulans, pe­­me­riksaan diagnosis atau rawatan bagi se­­seorang yang menghidap apa-apa penyakit kecederaan atau hilang upaya anggota badan.

Untuk pengangkutan awam pula, perkhidmatan bas dan teksi dikecualikan GST manakala bas dan kereta sewa tidak termasuk di bawah senarai tersebut.

Penyedia perkhidmatan rel yang dilesenkan di bawah Akta Keretapi 1981 serta kapal penumpang tidak termasuk kapal yang digunakan untuk rekreasi atau keseronokan turut mendapat pengecualian GST.

http://gstpedia.my/news/lapan-perkhidmatan-dikecualikan-gst-utusan/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...