Kurangkan Tekanan Darah Dengan Kurangkan Stress

Image result for stress

Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

Petua Cegah Darah Tinggi Dengan Bayam

 

Bayam kaya dengan magnesium dan kalsium yang cukup 'hebat' dalam mengawal tekanan darah. Oleh sebab itulah pengambilannya amat digalakkan. Masukkan sayur ini ke dalam hidangan harian anda agar tubuh sihat dan bertenaga.

Kurangkan Tekanan Darah Dengan Pantauan Sendiri

Image result for monitoring health

Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

Petua Cegah Darah Tinggi Dengan Tomato

Tomato sumber makanan yang baik untuk mendapatkan kulit yang cantik. Kandungan bahan antioksidan didalamnya juga membantu menurunkan tekanan darah. Dinasihatkan agar mengambilnya secara mentah dan jadikan ia pengganti kepada makanan ringan. Lebih sihat dan menyeronokkan.

Kurangkan Tekanan Darah Dengan Kurangkan Garam

Image result for garam

Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!

Petua Kurangkan Tekanan Darah Dengan Diet Yang Baik

Image result for healthy food

Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
  • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
  • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
  • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
  • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein

Kurangkan Tekanan Darah Dengan Kurangkan Berat Badan

Image result for weight loss

Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat darah tinggi pemberian doktor.

Petua Cegah Darah Tinggi Dengan Kacang Soya

Info : Masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu

Kacang soya biasa diambil oleh ibu-ibu hamil dengan alasan ia mampu memberi kesan yang baik kepada bayi. Selain itu, ia juga mengenyangkan. Kandungan bahan kalium dan zat semula jadi bermanfaat untuk mencegah kenaikan tekanan darah dalam tubuh sekaligus membuatkan diri lebih cergas dan bertenaga.

UPM Temui Pengganti Garam Yang Baik Untuk Kesihatan

Diterbitkan: Selasa 29 Mac, 2011 MYT 5:23:00 PM
Dikemaskinikan: Selasa 29 Mac, 2011 MYT 5:58:28 PM
Suhaila Mohamed ketika mengumumkan penemuan baru, Kardio-mate, di Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Putra Malaysia, Selasa. - Foto THE STAR Oleh CHAN TAK KONG

SERDANG: Seorang penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menemui pengganti garam dinamakan Kardio-mate yang diperbuat daripada rumpai laut.

Ia juga didapati berupaya meningkatkan kolesterol baik serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kardio-mate mengandungi kandungan rendah natrium, tinggi kalsium, serat larut dan lain-lain galian penting seperti antara lain magnesium, kalsium, besi, kuprum serta zink.

Felo penyelidik dari Institut Biosains, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan universiti berkenaan, Profesor Dr Suhaila Mohamed ketika mengumumkan penemuan baru ini berkata, Kardio-mate sesuai digunakan dalam masakan bagi mereka yang menghadapi sakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang.

Menurutnya, hasil penemuan terbaru yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan laut dan darat itu juga berupaya mencegah kanser payu dara, serviks, prostat serta usus.
Produk Kardio-mate.


"Selain berfungsi sebagai pelazat makanan dan penambah perisa, ia terbukti mempunyai pelbagai manfaat kesihatan secara saintifik melalui kajian haiwan," katanya pada sidang media untuk mengumumkan hasil penyelidikan Putra Cipta (Teknologi UPM), Selasa.

Kardio-mate berperisa seperti garam biasa atau monosodium glutamat (msg).

Antara kebaikan Kardio-mate termasuk meningkatkan kadar penyembuhan, melambatkan kerosakan makanan, merencat kenaikan gula dalam darah dan mengawal tekanan darah yang berlebihan.

Ia turut melindungi mata, hati, jantung, ginjal, tulang, kulit, otak dan saluran darah serta melawan kerosakan degeneratif (kemerosotan).

Mengulas lanjut, Suhaila berkata, beliau dan seorang penyelidik, Dr Patricia Matanjun dengan bantuan para penuntut universiti menjalankan penyelidikan selama sembilan tahun sebelum mengeluarkan prototaip Kardio-mate.

Katanya, kos penyelidikan memakan belanja sebanyak setengah juta ringgit dan ia dibiayai menerusi geran penyelidikan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi dan universiti sendiri.

Kardio-mate datang dalam bentuk kapsul ataupun serbuk dan ia merupakan makanan tambahan kesihatan. 
 
http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2011/3/29/mstar_berita/20110329171057

Mamat Khalid Stabil Selepas Pembedahan Salur Daruh

Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 3:45 PM

 brete5


PETALING JAYA:  Pengarah filem, Mamat Khalid, 51,  berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil bagi membuka kembali saluran darah yang tersumbat di jantung di Pusat Perubatan Assunta, di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, menurut isterinya, Hasmah Hassan, 50,  doktor masih membuat pemerhatian terhadap keadaan pengarah itu di Unit Rawatan Koronari (CCU) selepas pembedahan tersebut.

"Pagi tadi selepas tekanan darah tinggi Abang Mamat turun, doktor telah buat pembedahan kecil untuk membuka saluran darah yang tersumbat itu dan sekarang masih dalam pemantauan lagi.

"Namun keadaan dia semakin baik dan doktor beritahu mungkin dalam dua hari dia sudah boleh keluar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.

Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid dimasukkan ke Pusat Perubatan Assunta pada pagi Jumaat, selepas mengadu sakit dada.
 

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/11/01/mamat-khalid-stabil/

Risiko Hipertensi, Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali

Image result for minyak sawit kitar

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2011 12:00 AM

PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.

"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2011/12/13/jangan-guna-minyak-masak-lebih-dari-sekali/

3.5 Juta Rakyat Malaysia Hidap Hipertensi Senyap

Image result for malaysia
Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3.5 juta rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa mereka adalah penghidap hipertensi.

Penghidap hipertensi senyap itu dikesan melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dijalankan Kementerian Kesihatan secara rawak dalam masyarakat setiap empat tahun sekali.

Mendedahkan penemuan tersebut hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata hanya 2.3 juta yang datang mendapatkan rawatan hipertensi di klinik di seluruh negara.

"Kita meminta semua rakyat Malaysia kerap memeriksa tahap tekanan darah mereka sebab ada yang menghidap hipertensi tidak tahu bahawa mereka menghidap penyakit itu," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Mesyuarat Tahunan Saintifik Kesembilan Persatuan Hipertensi Malaysia, di sini, Jumaat.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas digalakkan menjalani ujian saringan faktor risiko NCD (penyakit tidak berjangkit) setiap tahun.

Katanya kemudahan yang sedia ada di seluruh negara iaitu di 813 Klinik Kesihatan dan juga 150 Klinik 1Malaysia mampu untuk membantu sesiapa sahaja untuk melakukan pemeriksaan tekanan darah.

"Kesan secara awal dan diberi rawatan penting kerana hipertensi adalah faktor risiko nombor satu di dunia bagi penyakit kardiovaskular, iaitu strok dan serangan jantung menyumbang kepada 17.5 juta kematian pramasa di seluruh dunia," katanya.

Mengulas mengenai skim penjagaan kesihatan 1Care For 1Malaysia, Dr Hasan berkata orang ramai perlu memberi peluang kepada skim tersebut yang memberi fokus kepada penjagaan kesihatan yang baik untuk faedah semua rakyat Malaysia.

"Pihak kementerian menyedari sensitivi rakyat dan mengalu-alukan komen daripada rakyat, lebih baik untuk menerima kritikan sekarang daripada selepas sistem itu dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata pelan tindakan skim itu dijangka siap menjelang tahun depan, sambil menambah bahawa masih terdapat kemungkinan rancangan itu tidak akan diluluskan kerana hanya kerajaan boleh membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak.

Mengenai laporan bahawa orang awam perlu menyumbang 10 peratus daripada pendapatan bulanan mereka terhadap rancangan itu, Dr Hasan berkata ia hanya salah satu cadangan yang dibincangkan dalam merangka pelan skim tersebut. -BERNAMA

 http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2012/02/10/35-juta-rakyat-malaysia-hidap-hipertensi-senyap/

Lebih 30% Rakyat Malaysia Hidap Darah Tinggi - Liow

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM
Image result for liow tiong lai

KUALA LUMPUR: Kira-kira 32.7 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas kini menghidap penyakit darah tinggi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata ini dikesan melalui kajian rintis mengenai pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan kaedah analisis air kencing selama 24 jam pada tahun lepas.

"Kandungan purata pengambilan garam oleh rakyat Malaysia ialah 8.7 gram sehari, iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram sehari.

"Dalam kajian yang sama, didapati sos kicap soya merupakan makanan utama yang menyumbang kepada kandungan garam yang tinggi dan kaum lelaki merupakan golongan yang mengambil lebih banyak garam berbanding wanita," katanya dalam perutusan sempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2013.

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya melaksanakan langkah pengurangan garam dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin dan menyasarkan tekanan darah (BP) pada paras optimal iaitu 120/80 mmHg atau kurang.

"Selain itu, hadkan pengambilan garam kepada kurang daripada satu paras sudu teh sehari semasa penyediaan makanan, memasak dan di meja makan.

"Gunakan perisa asli seperti rempah ratus, daun sup atau limau untuk menambah perisa berbanding penggunaan garam, sos atau penambah perisa yang lain," katanya.

Liow juga menyeru orang ramai supaya mengambil dua sajian buah-buahan dan tiga sajian sayur-sayuran sehari, amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan dan pupuk minda sihat melalui penanganan stres, tidak merokok dan sihat tanpa alkohol.

Katanya pengambilan garam secara berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah dan berkait rapat dengan kejadian penyakit darah tinggi.

"Pengurangan pengambilan garam boleh mengurangkan tekanan darah dan kejadian strok serta penyakit jantung," katanya. Kempen Minggu Kesedaran Garam Sedunia ke-6 yang akan berlangsung pada 11 hingga 17 Mac, ditujukan khusus kepada industri makanan, katering, pengusaha atau pengendali makanan (chef) dan tukang masak di restoran dengan tema " Less Salt Please" (Kurangkan Garam).

Kata Liow, pihak kementerian sedang berusaha merangka strategi pengurangan garam untuk Malaysia.

"Antaranya sebanyak 16 item makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi iaitu daripada kategori biskut, kicap, mi segera, makanan ringan dan daging beku telah diturunkan kandungan garamnya sebanyak dua hingga 40 peratus daripada tahap asal sejak tahun 2011 hingga 2012," katanya. -BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2013/03/15/lebih-30-rakyat-malaysia-hidap-darah-tinggi--liow/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...