Saraf Autonamik & Buah Pinggang Kawal Tekanan Darah

Mekanisma ini adalah dikawal oleh divisyen simpatetik dari sistem saraf autonamik (bahagian sistem saraf yang mengawal proses dalam tubuh badan secara automatik) dan oleh buah pinggang.
Divisyen simpatetik tersebut akan merangsang kelenjar adrenal untuk melepaskan hormon epinephrine (adrenaline) dan norepinephrine (noradrenaline). Hormon ini bertindak merangsang jantung supaya mengepam dengan lebih laju dan kuat,.
Kebanyakkan arteriole akan mengecut dan sesetengahnya akan mengembang. Tekanan darah ditingkatkan pada bahagian arteriole yang mengecut untuk memastikan bahagian arteriole yang mengembang mendapat bekalan darah (seperti otot tengkorak yang dikawal secara sedar).
Divisyen simpatetik ini juga merangsang buah pinggang untuk mengurangkan proses perkumuhan garam dan air supaya jumlah darah dapat ditingkatkan.
Buah pinggang juga bertindak secara terus jika terdapat perubahan dalam tekanan darah. Jika tekanan darah tinggi buah pinggang akan meningkatkan perkumuhan yakni menyingkirkan garam dan air, dengan itu jumlah darah akan menurun dan menyebabkan tekanan darah kembali normal. Ini merupakan proses dimana cecair tubuh ditambah didalam aliran darah ketika tekanan darah rendah dan cecair tubuh akan disingkir ketika tekanan darah menjadi tinggi.
Buah pinggang mampu untuk meningkatkan tekanan darah dengan mengeluarkan enzim renin, iaitu enzim yang akan menyebabkan penghasilan hormon yang dikenali sebagai Angiotensin II. Hormon ini membantu meningkatkan tekanan darah dengan menjadikan arteriole mengecut dan dengan perlepasan hormon lain yang dikenali sebagai aldosterone pula akan menyebabkan buah pinggang menahan garam dan air.
http://rawatandanpenyembuhandiri.blogspot.com/2011/05/bagaimana-tubuh-badan-mengawal-tekanan.html

Bagaimana Tubuh Badan Mengawal Tekanan Darah

Berikut adalah cara-cara tubuh badan mengawal tekanan darah: 

Mengawal jumlah darah yang di pam oleh jantung.

  • Untuk meningkatkan tekanan darah, jantung akan mengepam lebih kuat dan laju dan sekiranya tekanan darah menjadi tinggi, jantung akan memperlahankan proses pengepaman darah.

Perubahan pada saluran darah

  • Arteri yang kecil akan mengecut untuk menyebabkan tekanan aliran darah menjadi tinggi, dan sekiranya tekanan darah menjadi tinggi, arteri ini akan melebarkan/mengembang untuk mengurangkan tekanan aliran darah dan seterusnya menyebabkan tekanan darah menurun.

Pertambahan bahan cecair dalam aliran darah

  • Jika terdapat masalah dimana tekanan darah menjadi rendah akibat kekurangan darah, maka cecair dari badan akan ditambah didalam aliran darah untuk meningkatkan jumlah darah. Dan sekiranya tekanan darah menjadi tinggi, tubuh badan akan menyingkirkan lebihan cecair dari tubuh badan. 

Ketiga-tiga proses ini biasanya berlaku serentak dimana ketika tekanan darah menjadi tinggi, maka jantung akan bertindak memperlahankan proses pengepaman darah, kemudian diikuti oleh salur darah iaitu dengan mengembangkan diameternya supaya tekanan aliran darah menjadi perlahan, kemudian cecair tubuh badan yang berlebihan akan disingkirkan dari tubuh badan. Sebegitu juga bila tekanan darah seseorang itu terlalu rendah maka mekanisma yang sama akan berlaku untuk meningkatkan tekanan darah kepada normal.

http://rawatandanpenyembuhandiri.blogspot.com/2011/05/bagaimana-tubuh-badan-mengawal-tekanan.html

Penyakit Darah Tinggi @ Hypertension

Korang selalu stress tak ? Kepala korang serabot dan tertekan ? Korang kena hati hati ok, mungkin ape yang korang rasa ni adalah simptom simptom penyakit darah tinggi...Bahaya tu, penyakit ni boleh bawak mati tau ! 

Aku takde penyakit ni sebab Aku ni pulak orang yang tekanan darah terlampau rendah. Tekanan darah rendah sangat pun tak elok jugak...aku selalu lesu, tak bermaya, tak cergas. Jantung malas nak pam darah la plak ! So kenalah aku cergaskan diri aku dengan buat joget lambak selalu....

Tapi kepada yang selalu stress dan tertekan tu, cuba korang ingat balik, ade tak korang rasa macam kat bawah ni...cuba check ada yang terkena dekat korang tak ? 

Gejala Penyakit Darah Tinggi @ Hypertension @ High Blood Pressure :
  • Mengalami pitam
  • Penglihatan kabur
  • Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress)
  • Muka menjadi kemerahan
  • Hidung berdarah secara spontan
  • Sakit kepala waktu pagi
  • Telinga Berdegung / berdesing
  • Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
  • Gayat tanpa sebab

Akibat Penyakit Darah Tinggi Yang Tidak Dibendung : 

Ok, kadang kadang kita rasa gejala tu macam dah normal bagi kita kan. Tapi awas ! Kalau korang tak check berapa kadar tekanan darah korang...korang takkan dapat bayangkan bahana penyakit darah tinggi ni sebab penyakit ni boleh membunuh kita dalam senyap. Mostly orang yang menghidap penyakit ni selalunya mati sebab kegagalan & serangan jantung (heart attack), angin ahmar (strok), kegagalan fungsi buah pinggang (kidney failure).
camnilah akibat tekanan darah tinggi tu ke atas jantung korang

Penyakit Darah Tinggi @ Hypertension Ada 2 Jenis :
  • Hypertension primer (primary) : Kalau pesakit primer, korang selalunya kena penyakit ni sebab persekitaran korang tu yang buat korang stressful. Selain itu, gaya hidup yang tak sihat dari segi pemakanan, masalah berat badan, tak bersenam dan hisap rokok boleh mengundang kepada penyakit darah tinggi ni. Selain tu, faktor keturunan pun jadi punca gak. Kalau mak bapak korang menghidap penyakit ni mungkin korang pun akan kena gak.
  • Hypertension sekunder (secondary) : Kalau pesakit sekunder plak, selalunya orang yang kena penyakit darah tinggi ni sebab dia ada penyakit penyakit lain macam kegagalan jantung, kegagalan ginjal, atau kerosakan sistem hormon tubuh.

Err, camne nak tahu korang ni ade penyakit darah tinggi ke tak ? Korang kenalah selalu check tekanan darah korang, pergilah jumpa doctor buat medical check up! Kat bawah ni ade list peringkat tekanan darah tinggi. Korang kat peringkat mana ?

Ketahui Peringkat Tekanan Darah Sistolik & Diastolik :

Sistolik tu bermaksud kadar tekanan darah semasa jantung diberi tekanan. Contohnya kalau korang berlari ke, bersenam ke...Manakala Diastolik pulak ialah kadar tekanan darah semasa jantung berehat. Contohnya masa korang lepak lepak, duduk, tidur ke...

boleh pergi check kat klinik weh...takpun beli alat nak check darah tinggi kat farmasi...

  • Normal 
  • Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn
  • Normal Tinggi 
  • 130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubah gaya hidup
  • Hipertensi Peringkat 1
  • 140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup
  • Hipertensi Peringkat 2
  • 160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan
  • Peringkat 3
  • 180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu
  • Peringkat 4
  • 210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

Ape lagi weh ! Pergi check check jumpa la doktor, janganlah jadi pemalas ! Ini untuk kebaikan diri sendiri weh...sekurang kurangnya kalau korang tau korang ade penyakit ni, korang leh wat pencegahan dari awal sebelum dia sampai ke peringkat kronik. Nyawa kita berharga weh...hidup cuma sekali jer !

Ok, sampai sini je dulu entri ni. Nanti lainkali aku sambung part two pulak yer. Kita try kaji selidik pasal penyakit ni dengan lebih mendalam lagi...Aku harap korang semua ambil perhatian kat entri ni sebab mungkin korang salah sorang penghidapnya...sapa tau dalam senyap ? Chow !

mood : jadi ke tak sedekahkan pixie dan chunky kat Xman ni ? aku dah tak tahan pulak nak membela diorang ni...
http://www.silampuneon.com/2010/11/penyakit-darah-tinggi-hypertension-ciri.html

Main Bola Boleh Atasi Tekanan Darah Tinggi

Copenhagen: Bermain bola sepak mungkin cara terbaik mengembalikan tekanan darah kepada normal dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Ia satu pendekatan untuk mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi untuk meningkatkan kadar kecerdasan lelaki pertengahan usia, menurut kajian penyelidik Universiti Exeter dan Copenhagen serta Hospital Universiti Gentofte, Denmark.

Halang penyakit kardiovaskular

Kajian berkenaan mencadangkan bahawa latihan bola sepak menghalang penyakit kardiovaskular bagi lelaki pertengahan umur yang menghidap tekanan darah tinggi dan lebih efektif berbanding alat bantuan gaya hidup sihat lain.

Penyelidik mengambil 33 lelaki berusia 33 dan 54 tahun yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi sederhana untuk menjadi bahan kajian.

Selepas enam bulan menjalani latihan bola sepak, tiga daripada empat lelaki dalam kajian menunjukkan tekanan darah tinggi kembali normal dan sihat. - Agensi

http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Mainbolabolehatasitekanandarahtinggi/m/mArticle

Khasiat Daun Serai Kayu Rawat Darah Tinggi

Dr Wan Amir Nizam bersama pelajarnya dengan hasil kajian di Makmal Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian. - Foto Fathil Asri

UMUM tahu penyakit tekanan darah tinggi adalah satu daripada punca kematian paling biasa di seluruh dunia. Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, obesiti, kehidupan sendentari termasuk kurang melakukan aktiviti fizikal, pengambilan garam berlebihan, alkohol dan banyak lagi, turut menyumbang kepada penyakit yang juga dianggap sebagai pembunuh dalam senyap itu.

Mengikut statistik yang dikeluarkan Institut Hati, Paru-paru dan Darah Kebangsaan Amerika Syarikat (US NHLBI) menunjukkan lebih 65 juta atau satu daripada setiap tiga orang dewasa di Amerika Syarikat menghidap tekanan darah tinggi, sementara 59 juta lagi warga Amerika mengalami peringkat awal darah tinggi.

Pembunuh senyap

Kajian juga meramalkan menjelang tahun 2025, dianggarkan 1.56 bilion penduduk dunia menghidap tekanan darah tinggi. Ia adalah pembunuh senyap kerana lazimnya ia tidak memberikan sebarang amaran atau simpton. Berikutan itu, ramai yang tidak menyedari kehadirannya.

Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang kali pertama dijalankan di Malaysia pada tahun 1996, mendapati 32.4 peratus atau dianggarkan 2.6 juta warga dewasa Malaysia berusia 30 tahun dan ke atas turut menghidap tekanan darah tinggi.

10 tahun selepas itu, kajian sama dilakukan, kelaziman penyakit tekanan darah tinggi dalam kalangan usia yang serupa dengan kaedah sama digunakan turut meningkat kepada 40.5 peratus.

Kadar peningkatan penyakit tekanan darah tinggi turut direkod dengan kajian kumpulan kecil dijalankan di Malaysia.

Namun, kajian terhadap 2,508 subjek dari semua daerah di Kelantan, trend tekanan darah tinggi dalam kalangan penduduk negeri ini didapati lebih rendah iaitu 13.9 peratus berbanding peratusan di seluruh negara.

Dr Wan Amir Nizam bersama pelajarnya melakukan kajian ke atas daun serai kayu yang boleh mengubati penyakit darah tinggi di Makmal Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian. - Foto Fathil Asri
Pengambilan ulam daun serai kayu

Menyedari perkara ini, sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian, Kelantan mengambil inisiatif menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ulam daun serai kayu atau daun salam dalam kalangan penduduk tempatan yang dikatakan mampu menurunkan kadar darah tinggi.

Daun serai kayu atau di sesetengah tempat di negara ini dikenali sebagai daun salam, samak kelat, daun bay dan daun beriani, banyak digunakan dalam masakan di seluruh dunia kerana keistimewaannya membangkitkan aroma dalam juadah.

Jika di Indonesia ia lebih dikenali sebagai meselengan, ubat serai, gowok, manting dan kastolam, manakala istilah sainsnya pula Syzygium polyanthum.

Di Eropah dan kawasan negara Mediterranean, daun serai kayu ini lazimnya dikeringkan dan digunakan sebagai penambah perisa kepada masakan terutama dalam sos, sup, stew dan masakan berunsurkan makanan laut, sayur serta daging.

Tidak ketinggalan, dalam masakan Arab, India dan Pakistan. Antaranya, digunakan untuk menambah keenakan rasa dalam masakan nasi beriani dan bahan dalam garam masala (rempah ratus).

Di Kelantan dan Terengganu, daun serai kayu ini banyak digunakan dalam masakan seperti laksam dan dijadikan ulam untuk dimakan bercicahkan budu.

Rupa-rupanya, di sebalik keenakannya sebagai perisa tambahan kepada masakan, daun ini mempunyai seribu satu rahsia dari sudut kesihatan terutama dalam rawatan penyakit tekanan darah tinggi.

Rahsia keunikan dan kehebatan daun yang pokoknya mudah ditanam di kawasan tropika, berjaya dibongkar kumpulan penyelidik berkenaan yang diketuai Pensyarah Kanan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, universiti itu, Dr Wan Amir Nizam Wan Ahmad dalam penyelidikannya yang sudah masuk tahun keempat.

"Daun serai kayu atau salam sudah lama digunakan penduduk Kelantan yang menghidap darah tinggi untuk menurunkan tekanan darah mereka.

"Kami tertarik untuk mengkaji dengan lebih mendalam khasiat daun ini selepas melihat corak tekanan darah tinggi beberapa pesakit yang dirujuk di klinik kami semakin normal dan mereka hanya perlu mengambil ubat darah tinggi dengan kadar dos kecil.

"Selepas diselidik, rupa-rupanya mereka mengamalkan makan daun salam sebagai ulam harian mereka," katanya kepada BH, baru-baru ini.

Serbuk daun serai kayu. - Foto Fathil Asri

Belum ada kajian

Justeru, kumpulannya menjalankan penyelidikan secara saintifik selepas mendapati belum ada lagi kajian terhadap daun itu dilakukan bagi menentukan keberkesanannya dalam bidang perubatan.

Kajian saintifik yang dijalankan terhadap dua spesies tikus, Wistar Kyoto (WKY) dan Spontaneously Hypertensive (SHR) mendapati ekstrak daun serai kayu mampu menurunkan tahap tekanan darah haiwan itu.

"Kita menggunakan dua kaedah iaitu menyuntik cecair dari ekstrak daun serai kayu ke salur darah kedua jenis tikus berkenaan dan memberi makan ekstrak daun itu selama sebulan.

"Hasilnya, sebaik cecair ekstrak daun salam disuntik dalam saluran darah, tahap tekanan darah tikus SHR yang sememangnya secara genetik mempunyai darah tinggi menurun sehingga 30 peratus, manakala tikus WKY yang juga tikus berdarah normal, tahap tekanan darahnya tetap normal," katanya.
Terbukti bantu turunkan darah tinggi

Menerusi kaedah kedua, katanya, pihaknya menggunakan cara memberi makan ekstrak daun salam kepada kedua jenis tikus itu selama sebulan dan mendapati ia turut membantu menurunkan darah tinggi.

Lebih menakjubkan, ia tidak langsung menurunkan darah tikus WKY yang berdarah normal.

"Tujuan menggunakan kaedah kedua adalah bagi meniru kesan pesakit darah tinggi yang makan ulam daun salam setiap hari. Daripada kajian ini, kita dapati daun salam tidak memudaratkan mereka yang mempunyai tekanan darah normal kerana pengambilannya tidak menurunkan darah," katanya.

Kajian itu juga mendapati daun serai kayu mengandungi asid galik (gallic), asid oleik, asid linoleik dan seselin, yang berfungsi menurunkan tekanan darah.

"Kita juga menjalankan kajian toksikologi dan hasil penyelidikan mendapati bahan aktif dalam daun itu tiada kesan berbahaya jika diambil melebihi dos dicadangkan," katanya.

Ketika ini, pihaknya bercadang menjalankan kajian lanjut bagi mengasingkan bahan aktif dalam daun salam itu dan bercadang untuk mempatenkan hasil kajian seperti peringkat kajian terhadap manusia dijalankan tidak lama lagi.

"Kita berharap dapat menghasilkan produk suplemen bagi membantu golongan penghidap darah tinggi. Ia boleh menghasilkan ubat daripada serai kayu dengan formulasi yang betul bagi penghidap penyakit darah tinggi," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/8681

Pemeriksaan Tekanan Darah Lagi?

S: Kalau kita ada darah tinggi tapi darah tinggi kita dah turun sebelum ni, adakah kita kena periksa tekanan darah kita lagi?
Azura Othman

J: Ya, kerana dalam kebanyakan kes, tekanan darah tinggi tidak mempunyai simptom atau erti kata lain ianya tidak memberikan tanda amaran. Sebab itu tekanan darah tinggi sering dikenali sebagai pembunuh senyap atau bom jangka.

Kebanyakan pesakit yang dikenal pasti hanya didiagnos atau dikesan ketika menjalani pemeriksaan klinikal biasa ataupun ketika rawatan ke klinik akibat demam selesema. Malah ada yang hanya menyedari diri di’serang’ darah tinggi ketika tekanan darah meningkat terlalu tinggi yang dipanggil ‘krisis darah tinggi’, iaitu ketika tekanan darah melebihi 180 mmHg untuk sistolik dan 110 mmHg untuk diastolic.

Ketika ini komplikasi darah tinggi mungkin sudah berlaku dan berkemungkinan mencetuskan Non Communicable Disease (NCD) atau penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, angin ahmar dan kerosakan buah pinggang.

Oleh sebab itu, bekas Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Dr Azani Mohamad Daud pernah menggalakkan orang ramai melakukan pemeriksaan tekanan darah sekurang-kurangnya setahun sekali. Bagi yang pernah dikesan atau didiagnos dengan hipertensi atau tekanan darah tinggi, lakukan pemeriksaan tekanan mengikut arahan doktor.

Sebaiknya, simpan satu alat pemeriksaan tekanan darah di rumah dan ini membolehkan anda buat pemeriksaannya sendiri. Alat ini boleh didapati dengan harga serendah RM99.90.

http://www.soalkesihatan.com/kesihatan-jantung/tekanan-darah-tinggi/adakah-kita-perlu-buat-pemeriksaan-tekanan-darah-lagi/

Hati-Hati Hipertensi

Tekanan darah tinggi atau hipertensi antara penyebab kematian utama di seluruh dunia termasuk rantau Asia Tenggara.

Peningkatan tekanan di dalam salur darah menyebabkan pendarahan intrakranium, sekali gus boleh merosakkan organ penting termasuk hati, ginjal, otak dan paru-paru. Penyakit ini ditakuti ramai kerana mampu membunuh secara senyap tanpa sebarang simptom yang ketara.

Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan penyakit ini meragut hampir 1.5 juta nyawa setiap tahun. Malaysia tidak terkecuali apabila 32 peratus daripada rakyat negara ini yang berumur 18 tahun ke atas dikatakan berisiko tinggi menghidap tekanan darah tinggi.

Namun, penyakit itu boleh dielak jika mengambil langkah pencegahan. Pencegahan awal dan kawalan adalah kaedah yang jauh lebih murah dan selamat berbanding rawatan pembedahan.

Menyedari hakikat itu, rangkaian kedai farmasi dan kesihatan Guardian memperkenalkan alat khas, monitor tekanan darah untuk membantu masyarakat memantau sendiri tekanan darah.

Alat yang sesuai untuk kegunaan di rumah itu dilengkapi paparan LCD besar untuk memudahkan pengguna terutama warga tua membaca bacaan.

Menerima ukur lilit lengan daripada 22 sentimeter (sm) hingga 36sm, monitor ini disesuaikan untuk pelbagai saiz lengan selain dilengkapi penunjuk degupan jantung.

Berbanding produk lain di pasaran, peranti moden ini direka untuk mengutamakan aspek fungsi dan praktikal.

Monitor tekanan darah itu boleh didapati di semua rangkaian Guardian seluruh negara termasuk e-kedai

https://www.hmetro.com.my/node/4238?m=1

Doa Rawat Darah Tinggi, Kencing Manis Dan Sakit Jantung

Salam Pembaca Yang Setia,
N3 kali bersambung lagi dari rancangan TV “Tanya Ustaz” iaitu “Indah Perubatan Islam” oleh Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie. Yang sempat captain catatkan kali ini berkaitan “Doa Rawatan” untuk penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan Sakit Jantung.
Marilah kita kongsi bersama ilmu ini yang diajarkan oleh beliau. Kata ustaz kalau tak silap dengar oleh captain. Jika sudah berusaha secara moden masih tidak sembuh juga. Cubalah rawatan secara Islam dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran kalamullah. Bolehlah membeli buku beliau yang baru berada di pasaran bertajuk “Indah Perubatan Islam”. 

Cara-caranya:
Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT.
DOA 1.
Maksudnya:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
DOA 2.
Maksudnya:
“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).” (Surah Fushillat: Ayat 44)
 http://aki2004.wordpress.com/2012/01/05/doa-rawat-darah-tinggi-kencing-manis-dan-sakit-jantung/

Terapi Kambing, Makanlah Kambing??

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

http://www.emaklumat.com/kambing.html

Darah Tinggi Antara Punca Lumpuh Sebelah Badan

Strok atau angin ahmar adalah penyakit yang sangat biasa berlaku sekarang. Ia berkaitan cara hidup tidak sihat masyarakat zaman sekarang.

Penyakit ini akan mengakibatkan masalah lumpuh sebelah badan atau lemah sebelah badan dengan masalah pertuturan serta muka menjadi senget. Ia kerana saluran darah pada bahagian otak menjadi tersumbat atau berlaku pendarahan pada otak.

Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mengalami kesukaran meneruskan aktiviti seharian dan akan terlantar serta perlu dibantu untuk aktiviti kehidupan asas seperti mandi, bergerak, makan dan berpakaian.

Berdasarkan satu kajian dibuat di Sweden yang dilaporkan dalam Journal Neurology tahun ini, gaya hidup lebih sihat mampu menurunkan risiko mendapat strok.

Kajian menunjukkan lima faktor dikatakan sebagai gaya hidup sihat iaitu pemakanan sihat, tidak merokok, aktif secara fizikal, meninggalkan minum alkohol dan mengawal berat badan.

Kajian menunjukkan sese­orang mengamalkan gaya hidup sihat mempunyai kadar risiko lebih rendah mendapat penyakit strok sehingga 54 peratus berbanding seseorang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Kajian itu dibuat selama 10 tahun membabitkan 31,696 orang peserta berusia purata 60 tahun. Berdasarkan kajian ini, kita disaran mengamalkan gaya hidup sihat, malah kajian turut menunjukkan risiko mendapat strok menurun dengan setiap pertambahan kaedah gaya hidup sihat.

Bagi pesakit yang mengalami masalah strok, mengamalkan gaya hidup sihat akan mendapat faedah mengurangkan impak dan mening­kat peratusan pemulihan kepada lebih baik.

Beberapa langkah boleh kita amalkan untuk mencegah penyakit ini dan mengurangkan risiko mendapat strok berdasarkan saranan daripada laporan yang dikeluarkan dalam Journal of American Medical Association (JAMA) pada 1999.

1. Mengawal tekanan darah tinggi

Penyakit darah tinggi risiko utama untuk mendapat strok. Kita perlu selalu memeriksa tekanan darah dan memastikan ia tidak tinggi dan terkawal. Pesakit darah tinggi perlu mendapat rawatan dan mematuhi arahan doktor dengan mengambil ubat yang dipriskripsi secara tetap.

2. Berhenti merokok

Merokok juga faktor risiko tinggi boleh menyebabkan penyakit strok. Merokok merosakkan dinding saluran darah dan menyebabkan berlaku penyumbatan saluran darah oleh plak kolesterol yang mendap pada dinding saluran darah di otak.

Merokok juga menyebabkan tekanan darah tinggi dan saluran darah lebih mudah menjadi sempit.

3. Mengawal paras kolesterol

Paras kolesterol terlalu tinggi akan menyebabkan saluran darah tersumbat akibat mendapan kolesterol pada dinding saluran darah. Kolesterol tinggi juga menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan lebih mudah tersumbat akibat darah beku yang akan menyebabkan penyakit strok.

4. Mengawal paras glukosa darah

Tinggalkan tabiat mengambil gula berlebihan menurunkan risiko mendapat strok. Pesakit diabetes didapati mempunyai risiko mendapat strok lebih tinggi berbanding orang lain. Pesakit diabetes perlu mengawal paras gula dengan baik mengikut arahan doktor dan me­ngambil ubat dengan betul.

5. Bersenam atau aktif secara fizikal

Seseorang tidak aktif secara fizikal berisiko mendapat masalah obesiti. Seseorang yang mengalami masalah itu mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat pe­nyakit strok. Bersenam akan melancarkan perjalanan darah dan mengawal berat badan lebih baik selain menurunkan risiko mendapat penyakit strok secara terus.

Bagi pesakit strok, senaman secara fisioterapi penting untuk me­ngelak anggota menjadi keras dan kaku. Kajian juga menunjukkan senaman membantu mempercepat­kan pemulihan pesakit strok secara umumnya.

6. Makanan lebih sihat

Kajian mendapati seseorang yang mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian mereka akan menurunkan risiko mendapat penyakit strok. Ia juga benar untuk pesakit yang diserang pe­nyakit ini.

Makan lebih banyak ikan juga membantu menurunkan risiko penyakit strok kerana ikan mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi. Pesakit strok juga didapati boleh pulih dengan lebih baik jika makan ikan secara tetap atau mengamalkan makanan tambahan Omega 3. Mengambil makanan tambahan vitamin dan mineral juga boleh membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok.

7. Tidak minum alkohol

Minuman beralkohol diharam­kan dalam Islam. Ba­nyak kajian menunjukkan pe­ngambilan alkohol menyebabkan penyakit strok dan pelbagai pe­nyakit kronik lain. Meninggalkan tabiat minum arak akan mengurangkan risiko mendapat penyakit ini.

8. Degupan jantung yang betul

Degupan jantung tidak normal seperti masalah Atrial Fibrillation (AF) boleh mewujudkan masalah darah beku dalam jantung yang boleh menyebabkan penyumbatan saluran darah dalam otak yang menjadi punca penyakit strok. Pesakit perlu mendapat rawatan tepat dengan doktor.

Dengan menjaga kesihatan secara keseluruhan, kita akan menurunkan risiko mendapat serangan angin ahmar. Di samping itu, ia akan mencegah dan menurunkan risiko mendapat pe­nyakit lain seperti diabetes, darah tinggi, kanser dan sakit jantung, insya-Allah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 5:00 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2696#sthash.GRwWqTh2.dpuf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...