Korang selalu stress tak ? Kepala  korang serabot dan tertekan ? Korang kena hati hati ok, mungkin ape yang  korang rasa ni adalah simptom simptom penyakit darah tinggi...Bahaya  tu, penyakit ni boleh bawak mati tau ! 
Aku takde penyakit ni sebab Aku  ni pulak orang yang tekanan darah terlampau rendah. Tekanan darah rendah  sangat pun tak elok jugak...aku selalu lesu, tak bermaya, tak cergas.  Jantung malas nak pam darah la plak ! So kenalah aku cergaskan diri aku  dengan buat joget lambak selalu....
Tapi  kepada yang selalu stress dan tertekan tu, cuba korang ingat balik, ade  tak korang rasa macam kat bawah ni...cuba check ada yang terkena dekat  korang tak ?  
Gejala Penyakit Darah Tinggi @ Hypertension @ High Blood Pressure :
- Mengalami pitam
- Penglihatan kabur
- Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress)
- Muka menjadi kemerahan
- Hidung berdarah secara spontan
- Sakit kepala waktu pagi
- Telinga Berdegung / berdesing
- Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
- Gayat tanpa sebab
Akibat Penyakit Darah Tinggi Yang Tidak Dibendung : 
Ok, kadang kadang kita rasa  gejala tu macam dah normal bagi kita kan. Tapi awas ! Kalau korang tak  check berapa kadar tekanan darah korang...korang takkan dapat bayangkan  bahana penyakit darah tinggi ni sebab penyakit ni boleh membunuh kita  dalam senyap. Mostly orang yang menghidap penyakit ni selalunya mati  sebab kegagalan & serangan jantung (heart attack), angin ahmar  (strok), kegagalan fungsi buah pinggang (kidney failure).
camnilah akibat tekanan darah tinggi tu ke atas jantung korang
Penyakit Darah Tinggi @ Hypertension Ada 2 Jenis :
- Hypertension primer (primary) : Kalau pesakit primer, korang selalunya kena penyakit ni sebab persekitaran korang tu yang buat korang stressful. Selain itu, gaya hidup yang tak sihat dari segi pemakanan, masalah berat badan, tak bersenam dan hisap rokok boleh mengundang kepada penyakit darah tinggi ni. Selain tu, faktor keturunan pun jadi punca gak. Kalau mak bapak korang menghidap penyakit ni mungkin korang pun akan kena gak.
- Hypertension sekunder (secondary) : Kalau pesakit sekunder plak, selalunya orang yang kena penyakit darah tinggi ni sebab dia ada penyakit penyakit lain macam kegagalan jantung, kegagalan ginjal, atau kerosakan sistem hormon tubuh.
Err, camne nak tahu korang ni ade  penyakit darah tinggi ke tak ? Korang kenalah selalu check tekanan darah  korang, pergilah jumpa doctor buat medical check up! Kat bawah ni ade  list peringkat tekanan darah tinggi. Korang kat peringkat mana ?
Sistolik tu bermaksud kadar tekanan  darah semasa jantung diberi tekanan. Contohnya kalau korang berlari ke,  bersenam ke...Manakala Diastolik pulak ialah kadar tekanan darah semasa  jantung berehat. Contohnya masa korang lepak lepak, duduk, tidur ke...
boleh pergi check kat klinik weh...takpun beli alat nak check darah tinggi kat farmasi...
- Normal
- Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn
- Normal Tinggi
- 130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubah gaya hidup
- Hipertensi Peringkat 1
- 140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup
- Hipertensi Peringkat 2
- 160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan
- Peringkat 3
- 180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu
- Peringkat 4
- 210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera
Ape lagi weh ! Pergi check check  jumpa la doktor, janganlah jadi pemalas ! Ini untuk kebaikan diri  sendiri weh...sekurang kurangnya kalau korang tau korang ade penyakit  ni, korang leh wat pencegahan dari awal sebelum dia sampai ke peringkat  kronik. Nyawa kita berharga weh...hidup cuma sekali jer !
Ok, sampai sini je dulu entri  ni. Nanti lainkali aku sambung part two pulak yer. Kita try kaji selidik  pasal penyakit ni dengan lebih mendalam lagi...Aku harap korang semua  ambil perhatian kat entri ni sebab mungkin korang salah sorang  penghidapnya...sapa tau dalam senyap ? Chow !
mood : jadi ke tak sedekahkan pixie dan chunky kat Xman ni ? aku dah tak tahan pulak nak membela diorang ni...
http://www.silampuneon.com/2010/11/penyakit-darah-tinggi-hypertension-ciri.html 
 
 

 

No comments:
Post a Comment