Berikut adalah cara-cara tubuh badan mengawal tekanan darah:
Mengawal jumlah darah yang di pam oleh jantung.
- Untuk meningkatkan tekanan darah, jantung akan mengepam lebih kuat dan laju dan sekiranya tekanan darah menjadi tinggi, jantung akan memperlahankan proses pengepaman darah.
Perubahan pada saluran darah
- Arteri yang kecil akan mengecut untuk menyebabkan tekanan aliran darah menjadi tinggi, dan sekiranya tekanan darah menjadi tinggi, arteri ini akan melebarkan/mengembang untuk mengurangkan tekanan aliran darah dan seterusnya menyebabkan tekanan darah menurun.
Pertambahan bahan cecair dalam aliran darah
- Jika terdapat masalah dimana tekanan darah menjadi rendah akibat kekurangan darah, maka cecair dari badan akan ditambah didalam aliran darah untuk meningkatkan jumlah darah. Dan sekiranya tekanan darah menjadi tinggi, tubuh badan akan menyingkirkan lebihan cecair dari tubuh badan.
Ketiga-tiga
proses ini biasanya berlaku serentak dimana ketika tekanan darah
menjadi tinggi, maka jantung akan bertindak memperlahankan proses
pengepaman darah, kemudian diikuti oleh salur darah iaitu dengan
mengembangkan diameternya supaya tekanan aliran darah menjadi perlahan,
kemudian cecair tubuh badan yang berlebihan akan disingkirkan dari tubuh
badan. Sebegitu juga bila tekanan darah seseorang itu terlalu rendah
maka mekanisma yang sama akan berlaku untuk meningkatkan tekanan darah
kepada normal.
http://rawatandanpenyembuhandiri.blogspot.com/2011/05/bagaimana-tubuh-badan-mengawal-tekanan.html
No comments:
Post a Comment