Diabetes, Darah Tinggi Makin Meningkat

Image result for increase

Orang ramai perlu jalani saringan, pemeriksaan kesihatan setiap masa secara berkala

Oleh Reno Benjamin //

SIBU: Penyakit berkaitan dengan gaya hidup seperti diabetes dan darah tinggi menunjukkan trend semakin meningkat pada hari ini.

Menurut Pengarah Hos­pital Sibu, Dr Ngiang Hie Ung adalah perlu dan pent­ing orang ramai menjalani saringan atau pemeriksaan kesihatan setiap masa secara berkala.

“Adalah wajar dan pent­ing semua orang sama ada kurus atau gemuk menjalani pemeriksaan kesihatan teru­tamanya tekanan darah dan kencing manis.

“Tidak semestinya ses­eorang itu kurus tidak meng­hidap kencing manis atau darah tinggi. Pada masa sama, mereka gemuk lebih berisiko kepada penyakit ini,” katanya pada Kempen Kesedaran Diabetes dan AIDS 2014 di sini semalam.

Kempen dianjurkan Hos­pital Sibu bersama Persatuan Perubatan Sibu dan Persatuan Jururawat Profesional Sarawak dirasmikan Residen Bahagian Sibu, Sim Kok Kee.

Hadir sama pengerusi pen­ganjur Dr Wong Toh Mee serta dua penceramah, Dr Wong Siong Teck dan Dr Ling Jie Nee.

Menurut Dr Ngiang, beliau berharap kempen tersebut memberi kesedaran kepada orang ramai menjalani sa­ringan kesihatan dan sedar mengenai bahaya penyakit AIDS dan diabetes.

Aktiviti-aktitiviti lain ter­masuk ceramah kesihatan, pameran kesihatan pen­yakit diabetes dan AIDS, ujian paras gula darah, ujian penyakit HIV (Human Im­muno-deficiency Virus) dan pemeriksaan tekanan darah secara percuma.

Ahli-ahli farmasi, pegawai dietetik dan pendidik diabetes juga turut memberi kaun­seling kepada orang ramai.

Kaunseling untuk berhenti merokok turut diberikan kepada mereka yang ingin berhenti merokok.

“Adalah diharapkan mela­lui kempen ini kesedaran orang ramai terhadap pen­yakit-penyakit itu akan ber­tambah,” jelasnya sambil menambah Pasar Sentral Sibu dipilih bagi menjalankan kempen itu agar lebih ramai orang awam mendapat man­faat daripadanya.

Dr Ngiang berkata, kem­pen itu juga sempena Hari diabetes Sedunia disambut pada 14 November dan Hari AIDS Sedunia pada 1 Disem­ber setiap tahun.

Sementara itu, Dr Wong Siong Teck turut menyam­paikan ceramah mengenai kesihatan mental sementara Dr Ling mengenai penyakit AIDS dan diabetes.

http://www.utusanborneo.com.my/content/diabetes-darah-tinggi-makin-meningkat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...