Sengkuang Cina Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Oleh : thenewsdesk@eznews.com
Tarikh Disiarkan : 24-Dec-2014

Image result for Sengkuang Cina

Sengkuang Cina atau nama saintifiknya, Eleocharis Dulcis merupakan sayuran berkulit coklat bertekstur seperti kertas. Walaupun dikenali sebagai Water Chestnut dalam bahasa Inggeris tetapi ia bukan sejenis kacang. Sebaliknya, ia adalah sayuran air yang tumbuh di paya dan akan diliputi sedikit lumpur.

Menarik lagi, ia boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana mengandungi kanji yang asli. Selain itu, sengkuang Cina juga boleh dijadikan makanan seimbang kerana ia kurang lemak tetapi sumber terbaik untuk fiber dan vitamin B.

Malah, ia mengandungi mineral lain seperti kalsium, zat besi, potasium, dan zink. Dari segi manfaat, pengambilan sengkuang Cina penting kerana ia boleh dijadikan penawar bronkitis, menurunkan tekanan darah tingggi selain dapat meredakan selsema, batuk dan demam.

http://www.utusansarawakonline.com/news/21969/Sengkuang-Cina-turunkan-tekanan-darah-tinggi/

Diabetes, Darah Tinggi Makin Meningkat

Image result for increase

Orang ramai perlu jalani saringan, pemeriksaan kesihatan setiap masa secara berkala

Oleh Reno Benjamin //

SIBU: Penyakit berkaitan dengan gaya hidup seperti diabetes dan darah tinggi menunjukkan trend semakin meningkat pada hari ini.

Menurut Pengarah Hos­pital Sibu, Dr Ngiang Hie Ung adalah perlu dan pent­ing orang ramai menjalani saringan atau pemeriksaan kesihatan setiap masa secara berkala.

“Adalah wajar dan pent­ing semua orang sama ada kurus atau gemuk menjalani pemeriksaan kesihatan teru­tamanya tekanan darah dan kencing manis.

“Tidak semestinya ses­eorang itu kurus tidak meng­hidap kencing manis atau darah tinggi. Pada masa sama, mereka gemuk lebih berisiko kepada penyakit ini,” katanya pada Kempen Kesedaran Diabetes dan AIDS 2014 di sini semalam.

Kempen dianjurkan Hos­pital Sibu bersama Persatuan Perubatan Sibu dan Persatuan Jururawat Profesional Sarawak dirasmikan Residen Bahagian Sibu, Sim Kok Kee.

Hadir sama pengerusi pen­ganjur Dr Wong Toh Mee serta dua penceramah, Dr Wong Siong Teck dan Dr Ling Jie Nee.

Menurut Dr Ngiang, beliau berharap kempen tersebut memberi kesedaran kepada orang ramai menjalani sa­ringan kesihatan dan sedar mengenai bahaya penyakit AIDS dan diabetes.

Aktiviti-aktitiviti lain ter­masuk ceramah kesihatan, pameran kesihatan pen­yakit diabetes dan AIDS, ujian paras gula darah, ujian penyakit HIV (Human Im­muno-deficiency Virus) dan pemeriksaan tekanan darah secara percuma.

Ahli-ahli farmasi, pegawai dietetik dan pendidik diabetes juga turut memberi kaun­seling kepada orang ramai.

Kaunseling untuk berhenti merokok turut diberikan kepada mereka yang ingin berhenti merokok.

“Adalah diharapkan mela­lui kempen ini kesedaran orang ramai terhadap pen­yakit-penyakit itu akan ber­tambah,” jelasnya sambil menambah Pasar Sentral Sibu dipilih bagi menjalankan kempen itu agar lebih ramai orang awam mendapat man­faat daripadanya.

Dr Ngiang berkata, kem­pen itu juga sempena Hari diabetes Sedunia disambut pada 14 November dan Hari AIDS Sedunia pada 1 Disem­ber setiap tahun.

Sementara itu, Dr Wong Siong Teck turut menyam­paikan ceramah mengenai kesihatan mental sementara Dr Ling mengenai penyakit AIDS dan diabetes.

http://www.utusanborneo.com.my/content/diabetes-darah-tinggi-makin-meningkat

32.7% Rakyat Malaysia Hidap Darah Tinggi

 Image result for subramaniam kkm

PUTRAJAYA 12 Mac - dianggarkan 32.7 peratus rakyat Malaysia atau 5.8 juta orang yang berusia 18 tahun dan ke atas menghidap penyakit hipertensi atau darah tinggi yang merupakan penyumbang utama kematian di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, perkara itu didorong oleh pengambilan garam secara berlebihan iaitu secara purata seorang dewasa mengambil sebanyak 8.7 gram sehari, iaitu 1.7 kali ganda lebih tinggi berban­ding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram sehari atau sesudu teh sehari.

Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan Institut Kesihatan Umum dua tahun lalu itu juga mendapati pengambilan garam adalah lebih tinggi dalam kalangan lelaki berbanding wanita dan perkara ini disebabkan oleh kurangnya kesedaran dalam kalangan mereka. “Ini sekali gus meningkatkan risiko untuk mendapat lain-lain penyakit seperti osteoporosis, penyakit asma, kanser dan obesiti apabila dewasa,” katanya ketika berucap merasmikan Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2015 di sini hari ini.

Minggu Kesedaran Garam Sedunia diadakan dari 9 hingga 15 Mac yang bertemakan `Makan di Luar, Kurang Masin, Pilihan Sihat’ menekankan pemilihan makanan yang rendah kandungan garam ketika makan di luar. Tiga kumpulan sasaran ialah pelajar sekolah rendah dan menengah, pekerja dewasa dan pengusaha makanan. Subramaniam berkata, terdapat bukti saintifik yang menunjukkan bahawa tabiat pemakanan semasa kanak-kanak dan remaja turut mempengaruhi corak pemakanan di kemudian hari.

Menurut beliau, Bahagian Kawalan Penyakit dengan kerjasama Institut Kesihatan Umum serta Bahagian Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri telah melaksanakan kajian rintis tentang pengambilan garam dalam kalangan kakitangan sendiri pada 2012. “Sebanyak 445 responden (berumur 19-56 tahun) telah dipilih dan hasilnya, purata pengambilan garam dalam kalangan kakitangan ialah sebanyak 8,7 gram sehari iaitu 1.7 kali ganda lebih tinggi berban­ding saranan WHO sehari,” katanya.

Kajian itu juga menunjukkan, antara 10 makanan tinggi garam yang kerap dimakan oleh res­ponden ialah keropok ikan/udang, ikan goreng, kicap, sos tomato dan cili, ayam goreng, ikan bilis, ikan (kari, sambal, asam), lembu/kam­bing (kari, merah), bebola ikan/bebola udang dan nasi goreng. Sehubungan itu, katanya, pengguna harus mengambil beberapa langkah perlu seperti mengehadkan pengambilan makanan segera sebulan sekali, mengurangkan pengambilan makanan dalam tin dan menegur pengendali makanan jika masakan mereka masin.

Beliau menambah, kebanyakan pesakit hipertensi tidak mengalami sebarang gejala pada peringkat awal penyakit kerana tanda-tanda dan gejala lazimnya mula timbul setelah pesakit mendapat komplikasi akibat hipertensi yang lewat dikesan atau tidak terkawal.

 - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/32-7-rakyat-malaysia-hidap-darah-tinggi-1.68840#sthash.9kJ1sMi4.dpuf

Gaya Hidup Tidak Seimbang Punca Darah Tinggi

 

Ia menyerang tanpa mengira jantina. Dahulu, kita beranggapan bahawa, seseorang yang berumur 40 tahun ke atas akan mendapat hipertensi. Sebaliknya, pada masa sekarang, ramai sahaja pesakit tekanan darah tinggi berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Ramai yang mengambil mudah mengenai kesihatan diri. Sikap malas untuk bergerak  dan bersenam sehingga berat badan mencecah tahap obesiti.  Bayangkan dalam jarak perjalanan yang dekat pun sanggup menaiki kereta. Ditambah pula dengan pola pemakanan yang tidak seimbang, gemar menjamah makanan segera yang mengandungi banyak perisa dan mempunyai kandungan garam berlebihan.

http://www.sinarharian.com.my/rencana/hipertensi-menyerang-tanpa-mengenal-jantina-usia-1.212880
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...