Gambar dari: http://ducknetweb.blogspot.com
Medtronic  hari ini mengumumkan penggunaan buat pertama kalinya sejenis alat untuk  mengurangkan tekanan darah menggunakan kaedah melemahkan sejenis saraf  ke buat pinggang. Saraf ini berperanan merangsang buah pinggang untuk  meningkatkan tekanan darah dalam badan. Masalah tekanan darah tinggi  merupakan penyakit yang amat merbahaya melibatkan  beratus juta manusia  seluruh dunia. Kaedah ini dapat mengurangkan kebergantungan individu  terhadap ubat ubatan yang perlu diambil sehingga dua tiga jenis oleh  penghidap darah tinggi. Sudah tentu, setiap ubat ubatan mempunyai kesan  sampingannya, jadi dengan penggunaan Medtronic, individu sudah tidak  perlu bergantung kepada ubat ubatan dan mengurangkan risiko kesan  sampingannya.
„Proses  pe-nyah-sarafan (denervation) merupakan satu pendekatan baru dalam  merawat tekanan darah tinggi tegar dan seterusnya mengurangkan frekuensi  darah tinggi dalam negara kita. Pesakit yang menghidap darah tinggi  yang tidak dikawal berdepan dengan kemungkinan penyakit jantung, dan  teknologi baru ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada mereka“
Penggunaan  pertama alat ini yang menggunakan kateter (catherter) telah berlangsung  di Amerika Latin pada 4 Ogos 2011 di Klinik Santa Maria di Sintiago,  Chile. 
 „Kami  (pakar kardiologi), amat teruja untuk bergabung kepakaran dengan pakar  darah tinggi dalam menghasilkan satu kaedah rawatan intervensyen kepada  pesakit pesakit dalam negara ini“ kata Dr Hernan Chamorro, pakar  kardiologi intervensyen yang menjalankan prosedur memasukkan kateter  tersebut buat pertama kalinya kepada pesakit. „Pe-nyahsarafan merupakan  kaedah baru yang amat menarik dalam merawat tekanan darah tinggi tegar  dan klinik kami Santa Maria amat berbangga untuk menawarkan kaedah  rawatan baru ini“
Menurut  kajian oleh Kearney dan kawan kawan, terhadap beban tekanan darah  tinggi global, frekuensi tekanan darah tinggi di Amerika Latin untuk  yang berusia lebih 20 tahun ialah melebihi 40%. Kebanyakan mereka yang  menghidap penyakit darah tinggi ini tidak dapat menurunkan tekanan darah  mereka dalam rawatan yang pertama kali.
Symplicity  Catheter System, ialah nama alat yang dicipta oleh Medtronic yang mampu  melemahkan saraf yang terlibat dengan darah tinggi. Ia melemahkan saraf  tersebut yang duduknya di dinding arteri buah pinggang (renal artery).  Kateter tersebut dimasukkan melalui ateri Femur (femoral artery) di  pangkal betis dan wayar tersebut terus dibawa masuk ke buah pinggang.  Setelah berada di buah pinggang, hujung kateter tersebut (wayar) akan  memancarkan frekuensi gelombang radio berkuasa rendah (electromagnetic  wave) untuk melemahkan saraf simpatetik di sekitarnya. Apa yang sangat  menarik ialah, implan tersebut tidak perlu dipakai selamanya, hanya  dipakai sementara waktu sebelum saraf tersebut benar benar telah  dilemahkan.
Berikut merupakan video prosedur Simplycity ini dijalankan:

 

No comments:
Post a Comment