Belimbing Besi Baik untuk Pesakit Darah Tinggi


Hampir semua orang kenal akan buah belimbing. Tumbuhan yang dikatakan kemungkinan berasal dari Sri lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan indonesia, terdapat dalam dua jenis yang nyata iaitu belimbing manis dan belimbing sayur (belimbing buluh).Yang akan kita perkatakan dalam artikel ini ialah belimbing manis atau belimbing besi (Averrhoa carambola).

Dalam bahasa inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang. Rasanya yang manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang mebangunkan selera.Belimbing besi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sewaktu muda buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan stelah tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus , sangat bersari dan rasanya manis segar.

Kebiasaanya , buah belimbing besi dimakan segar.Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem , gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus , halwa dan sebagainya. Buah belimbing muda boleh dijadikan jeruk. Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam :
  • -menurunkan tekanan darah
  • -anti kanser
  • -melancarkan pencernaan
  • -menurunkan kolestrol
  • -membersihkan usus.
Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur.Belimbing dapat digunakan sebagai anti oksida yang berfungsi mencegah penyebaran sel kanser. Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi - sumber Mingguan Wanita April04

Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus. Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.

Belimbing juga berfungsi sebagai ubat darah tinggi.Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap duahari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus , kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.Setelah satu bulan minum air belimbing dua hari sekali.

Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi yang harus diingat , jengan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh
masyarakat india untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diektrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata . Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.

Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah. Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm (kurap).

sumber Mingguan Wanita April04
http://www.melur.com/art.asp?art_id=14

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...