Tekanan Darah Tinggi - Soalan Lazim

 

Apakah itu darah tinggi?

Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.

Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.

Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.

Apakah itu tekanan darah tinggi?

Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis.

Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).

Tanda dan gejala

� Tekanan darah tinggi dikenali sebagi "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan kadang-kala boleh mengancam nyawa seseorang itu jika tidak dirawat. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.

� Jadi, bagaimana anda akan tahu yang anda menghidapi tekanan darah tinggi? Cara yang terbaik adalah melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap tahun dengan kakitangan kesihatan bagi menentu dan mengesan lebih awal masalah ini.

Kenapa kita perlu memahami tekanan darah tinggi?

Kebanyakan orang yang menghidap tekanan darah tinggi tidak tahu menahu mengenainya. Anda tidak dapat merasainya dan kerana itulah ianya sangat merbahaya. Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit-penyakit kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis organ tertentu dalam badan.

Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% dari orang dewasa di seluruh dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga turut terlibat. Di Malaysia (mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 1996) prevalens tekanan darah tinggi adalah sebanyak 24%.

Bagaimanakah tekanan darah diukur?

Doktor atau kakitangan kesihatan akan mengambil tekanan darah anda. Ukurannya perlu dibuat dengan betul sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Terdapat 3 peranti yang biasanya digunakan dan diterima pakai:

� Alat sfigmomanometer, sama ada yang menggunakan lajur raksa atau aneroid.
� Peranti elektronik yang disahkan.
� Peranti tekanan darah ambulatori automatik

Langkah-langkah lain yang perlu dipatuhi untuk mendapat ukuran yang betul ialah:

� Berehat selama 5 minit dan duduk dengan selesa. Tangan hendaklah terdedah dan diampu pada meja atau permukaan yang rata pada paras jantung.

� Jangan mengambil minuman yang mengandungi kafein atau merokok 30 minit sebelum prosedur ini.

� Jangan melakukan aktiviti/kerja yang berat sebelum tekanan darah diambil.

Tekanan darah tinggi tidak boleh didiagnoskan dengan hanya mengambil ukuran sekali sahaja. Ia perlu disahkan dalam masa sebulan. Walau bagaimanapun, jika tedapat faktor-faktor risiko yang lain seperti penyakit organ tertentu atau diabetes, rawatan hendaklah diberi tanpa berlengah-lengah.

Kenapa seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi?

Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga mengalami serangan jantung atau angin ahmar (strok) pada usia muda. Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan seperti kecenderungan menghidap darah tinggi atau kegemukan. Bagaimanapun sesetengah faktor risiko ini merupakan sesuatu yang anda sendiri lakukan (pilihan) seperti merokok, suka memakan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan tidak bersenam secukupnya.

Terdapat beberapa faktor yang boleh dikawal dan ada juga faktor yang di luar kawalan anda. Perhatikan senarai yang tercatat di bawah ini dan lakukan sesuatu untuk menurunkan tekanan darah anda.

Faktor yang anda boleh kawal

� Berhenti merokok- untuk mencegah penyempitan saluran darah anda.

� Senaman- boleh membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan darah.7 Memakan makanan rendah lemak dan seimbang - untuk mengawal berat badan7 Kurangkan pengambilan alkohol - alkohol meningkatkan tekanan darah anda7 Kurangkan pengambilan garam - natrium boleh meningkatkan tekanan darah.7 Kurangkan stres - tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah. 7 Pil perancang keluarga - sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.

� Memakan makanan rendah lemak dan seimbang- untuk mengawal berat badan

� Kurangkan pengambilan alkohol- alkohol meningkatkan tekanan darah anda

� Kurangkan pengambilan garam- natrium boleh meningkatkan tekanan darah.

� Kurangkan stres- tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah.

� Pil perancang keluarga- sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.

Faktor di luar kawalan anda

� Jantina- kaum lelaki lebih mudah mendapat tekanan darah tinggi

� Umur- darah tinggi meningkat mengikut umur

� Bangsa- kajian telah menunjukkan sesetengah kaum/bangsa lebih mudah mendapat penyakit ini.

� Keturunan- risiko mendapat tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi

� Diabetes- bagaimana diabetes membawa kepada sakit jantung masih belum jelas, tetapi kita tahu bahawa diabetes mencetuskan pembentukan aterosklerosis yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan mengurangkan peredaran darah ke bahagian kaki.

http://www.sioloon.com/t9675-tekanan-darah-tinggi

Keturunan: Darah Tinggi Dan Diabetes Waktu Mengandung

"Masalah kencing manis dan tekanan darah tinggi di kalangan wanita hamil berlaku kebanyakannya dari faktor keturunan. Mereka dianggap sebagai golongan yang berpotensi mengidap hipertensi dan diabetes. Sekiranya mengandung pada usia yang muda dan kemudiannya mengandung kali kedua pada lewat usia, seseorang itu berkemungkinan akan menghidap masalah tersebut seumur hidup" demikian ujar Dr Amimah Ibrahim.

Hipertensi dan Diabetes merupakan antara gejala yang paling kerap berlaku dikalangan wanita hamil dan boleh menimbulkan komplikasi menjelang kelahiran. Masalah ini merupakan igauan ngeri kepada ibu-ibu hamil.

Lazimnya inilah di antara banyak rungutan yang diterima daripada kebanyakan ibu-ibu hamil. Ada yang bertanya apakah produk yang sesuai untuk merawat masalah tersebut kerana khuatir serta bimbang tentang keselamatan bayi dalam kandungan, selain takut menghadapi pembedahan.

Pembedahan

Merujuk kepada hal tersebut Dr Aminah menjelaskan bahawa pembedahan adalah merupakan kaedah alternatif yang terakhir yang diberikan kepada mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. Namun begitu, hakikatnya lebih ramai yang bersalin normal, berbanding dengan jumlah yang bersalin secara pembedahan. Ini adalah disebabkan oleh penjagaan pemakanan serta penggunaan ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah.

Beliau juga berpendapat faktor makanan dapat memberi sumbangan secara tidak langsung kepada masalah hipertensi dan diabetes. Faktor risiko awal perlu dijaga. Sekiranya tidak merencanakan diet yang sesuai seperti gemar memakan makanan segera, makanan manis atau makanan yang diawet, menjadikan anak yang dilahirkan itu berkemungkinan mengalami masalah contohnya menghadapi masalah obesiti @ kolestrol tinggi dan masalah buah pinggang.

Tabiat makan untuk berdua juga sering disalah tafsir sehingga ada yang makan sampai berempat! Ibu hamil akan mengalami peningkatan berat badan yang mendadak dan saiz anak juga menjadi lebih besar dari biasa.

Di samping itu, diabetes juga ada potensi untuk melahirkan bayi yang besar kerana kandungan gula yang banyak dalam tubuh.

Simptom-Simptom

Simptom-simptom darah tinggi sewaktu mengandung ialah gelap mata, sakit ulu hati, dan kadang kala jadi sawan sekiranya berlaku kenaikan tekanan darah yang mendadak. Di samping itu boleh juga berlakunya keguguran uri lekang. Risiko bayi mati dalam kandungan juga tinggi.

Namun begitu ada juga kes-kes tekanan darah tinggi ini dapat dikawal dan ibu dapat bersalin secara normal dengan selamatnya.

Turun Darah

Tekanan darah tinggi, ibu yang berpenyakit, masalah pendarahan asal ibu, kencing manis, rahim bermasalah (seperti fibroid) tidak kuat kerana rahim tidak mampu mengecut juga mengakibatkan masalah turun darah.

Bagi ibu-ibu yang kerap mengandung atau mengandung terlalu rapat, masa untuk otot-otot rahim mengecut menjadi lambat dan pendarahan akan berpanjangan.

Ibu yang mengandung anak kembar juga kerap mengalami pendarahan yang melebihi 24 jam selepas bersalin terjadi kerana adanya bahan mengandung yang teritnggal di dalam rahim. Dalam kebanyakan kes membran (dikenali sebagai uri kecil) yang tertinggal, menyebabkan rahim tidak boleh mengecut. Selalunya membran ini akan keluar bersama-sama dengan darah nifas dan tidak mendatangkan masalah.

Makanan Dalam Pantang

Ibu-ibu selepas bersalin disarankan makan banyak sayur-sayuran hijau, buah oren yang kaya dengan vitamin C khusus untuk merawat saraf dan otot rahim, dan minum banyak air. Air perlu untuk tubuh mengeluarkan toksin.

Di dalam masyarakat Melayu, ibu-ibu yang di dalam pantang tidak digalakkan makan benda-benda yang sejuk kerana dikhuatiri boleh menyebabkan bentan. Bahkan dalam perubatan Cina juga tidak menggalakkan makanan jenis sejuk seperti minuman ais, sayuran jenis menjalar seperti labu, kangkung, timun dan sebagainya.

Masalah sama ada perlu berpantang atau tidak bergantung kepada kemampuan badan seseorang. Ada orang yang tidak boleh tahan dengan makanan yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Ada pula yang alergik kepada ubat atau makanan tertentu. Jadi ia bergantung kepada individu itu sendiri. Yang penting zat dan vitamin perlu cukup kerana waktu dalam pantang, tubuh sedang mengalami proses pemulihan.

Sebelum mengakhiri temubual, beliau telah menyarankan bakal-bakal ibu supaya kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengelak atau mengesan sekiranya berlaku sebarang komplikasi kehamilan. Tindakan awal boleh diambil untuk membantu mereka menghadapi masla yang dinyatakan tadi.

Sekian.

http://www.mengandung.com/artikel/artikel06-01.html

Penawar Penyakit Darah Tinggi - Petua Ustaz Muhamad Syarhan

Ambil sebiji buah kelapa muda yang berhingus (isinya masih lembut)
Serai 3 batang dititik
Halba 7 biji
Buah kelapa diptong bahagian atasnya (macam yang kita makan air kelapa kat kedai)
Masukkan halba dan serai ke dalam buah kelapa
Panaskan kelapa tersebut , sambil tu kacau kelapa dengan serai tadi hingga isi kelapa bercampur dengan bahan-bahan yang dimasukkan
Minum air kelapa untuk 2 hari sekali
(petua dari ustaz Muhamad Syarhan)


Stres dan Tekanan Darah Tinggi


Tekanan darah kawan saya selalunya berada di paras normal 120/80 walaupun beliau sudah berumur lebih dari 50 tahun. Beliau juga jarang sakit, namun setiap kali beliau membawa anak berjumpa doktor, beliau tidak pernah lupa untuk memeriksa tekanan darah beliau. Sebulan yang lepas beliau membawa anaknya berjumpa doktor kerana demam. Seperti biasa beliau meminta doktor untuk memeriksa tekanan darah beliau, bacaannya 170/90. Beliau terkejut, beberapa bulan bacaannya masih maintain 120/80.

“Macamana boleh jadi cam ni? Gaya hidup saya tak ubah. Takkanlah tiba-tiba tekanan darah boleh naik?”

“Tekanan darah ni dia boleh naik mendadak, tidak semestinya naik sikit-sikit. Biasanya kalau naik mendadak ni stres sebabnya. Mungkin tahap awak punya stres tak seperti dulu lagi.”

“Mungkin juga, akhir-akhir ni saya banyak problem besar yang perlu diselesaikan.”

“Senaman macamana? Ada bersenam tak?”

“Dah lama tak bersenam doktor! Maklumlah selalu sibuk.”

“Kerja tu kerja juga, tapi jangan lupa jaga kesihatan diri. Hilang kesihatan seperti hilang semuanya. Eloklah awak bersenam dan jangan risau sangat pada kerja dan masalah yang dihadapi. Walau kuat mana awak risau, awak tak dapat ubah apa yang telah terjadi, awak juga tak dapat menjangka atau merungkai apa yang akan berlaku. Tangani masalah bila dia ada di depan kita dan terima apa yang ditakdirkan sebagai sebahagian ujian hidup untuk mencapai yang lebih baik.”

“OK, saya akan lakukan. Terima kasih doktor.”

Itulah secara ringkas cerita perbualan kawan saya dengan doktor peribadi beliau.

Stres dan Akibatnya

Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.

1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.

3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.

http://kesihatan.biz/blog/stres-dan-tekanan-darah-tinggi.htm
http://www.kesihatan.biz/artikel/stres_dan_akibatnya.php

Darah Tinggi Pembunuh Senyap Kaum Lelaki

Penyakit Darah Tinggi atau Hipertensi boleh digelarkan pembunuh senyap. Kebiasaan penyakit ini mudah mendekati golongan lelaki yang berusia lebih daripada 40 tahun dan ke atas.

Namun begitu, trend ini telah berubah di mana golongan muda juga terpaksa berdepan dengan penyakit ini.

Kajian telah menunjukkan sebanyak 4.8 juta daripada keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia menghidapi penyakit darah tinggi dan 2 per 3 tidak menyedari yang mereka sedang menghadapi penyakit ini. Malah mereka tidak hirau langsung dan menganggap perkara ini tidak serius.

Penyakit darah tinggi memang sukar hendak dikesan, kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala yang ketara. Walaubagaimanapun terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko serangan penyakit ini iaitu usia, keturunan, tabiat merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan garam yang banyak, masalah kegemukan, kurang bersenam dan stres berlebihan.

Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh mengundang padah kerana mendedahkan individu kepada ancaman penyakit lain. Tekanan darah tinggi yang berpanjangan boleh menyebabkan kerosakkan pada organ-organ yang penting badan iaitu sel-sel jantung, buah pinggang, sel otak dan mata hingga mengakibatkan penyakit jantung, serangan angin ahmar atau strok dan penyakit buah pinggang.

Apa yang menakutkan ialah penyakit-penyakit ini hanya dapat dikesan apabila mencapai tahap serius. Kesan ini akan lebih dirasai sekiranya tekanan darah terlalu tinggi. Sel-sel jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Jika dibiarkan, lama-kelamaan dinding jantung akan menebal dan jantung akhirnya tidak dapat berfungsi dengan baik.

Read more: http://tanyalelaki.com/penyakit-darah-tinggi/#ixzz1nQ704nDZ

Menu Jus Untuk Pesakit Darah Tinggi

Bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi, berikut antara resepi jus yang boleh anda amalkan. Ia terdiri daripada bahan semulajadi yang membantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Pilihlah yang mana satu ingin anda cuba.


JUS 1

BAHAN-BAHAN :
- Mengkudu
- Madu

CARA :
- Sediakan 3 biji buah mengkudu yang sudah masak. Parut atau kisar dan kemudian tapis untuk mendapatkan airnya.
- Amalkan minum air mengkudu itu setiap hari dan jika mahu boleh dicampurkan dengan sedikit madu.






JUS 2

BAHAN-BAHAN :
- Daun Seleri

CARA :
- Sediakan 100gram daun seleri.
- Cuci bersih dan kemudian kisar dengan secawan air.
- Tapis dan minum airnya.

JUS 3

BAHAN-BAHAN :
- Bawang Putih

CARA :
- Tumbuk lumat tiga atau empat ulas bawang putih dan
masukkan ke dalam secawan air panas.
- Minum ketika masih suam.

JUS 4

BAHAN-BAHAN :
- Labu

CARA :
- Sebiji labu siam dikisar dengan sedikit air.
- Tapis dan minum airnya.

JUS 5

BAHAN-BAHAN :
- Belimbing

CARA :
- Buah belimbing yang sudah masak dikisar, tapis dan minum jusnya.

JUS 6

BAHAN-BAHAN :
- Timun

CARA :
- Sediakan ½ biji timun.
- Kisar dan tapis untuk dapatkan jusnya.Amalkan minum jusnya selalu.

http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/images/pdf/c-Jus%20Untuk%20Penghidap%20Darah%20Tinggi.pdf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...