1001 Maklumat Mengenai Tekanan Darah Tinggi & Hipertensi. [Kapsul Saderi Jawa Plus - Stabil & Turunkan Tekanan Darah]
Hipertensi Menyerang Tanpa Mengenal Jantina, Usia
HIPERTENSI atau tekanan darah tinggi menjadi masalah kesihatan mengancam masyarakat di luar sana.
Hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga menghidap tekanan darah tinggi. Ia boleh diklasifikasikan sebagai penyebab kepada penyakit kronik yang senang dijumpai dan menyerang tanpa disedari.
http://www.sinarharian.com.my/rencana/hipertensi-menyerang-tanpa-mengenal-jantina-usia-1.212880
Lebih 30% Rakyat Hidap Darah Tinggi
14 Mac 2013
KUALA LUMPUR - Kira-kira 32.7 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun
dan ke atas kini menghidap penyakit darah tinggi, kata Menteri Kesihatan
Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata ini dikesan melalui kajian rintis mengenai pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan kaedah analisis air kencing selama 24 jam pada tahun lepas.
"Kandungan purata pengambilan garam oleh rakyat Malaysia ialah 8.7 gram sehari, iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram sehari.
"Dalam kajian yang sama, didapati sos kicap soya merupakan makanan utama yang menyumbang kepada kandungan garam yang tinggi dan kaum lelaki merupakan golongan yang mengambil lebih banyak garam berbanding wanita," katanya dalam perutusan sempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2013.
Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya melaksanakan langkah pengurangan garam dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin dan menyasarkan tekanan darah (BP) pada paras optimal iaitu 120/80 mmHg atau kurang.
"Selain itu, hadkan pengambilan garam kepada kurang daripada satu paras sudu teh sehari semasa penyediaan makanan, memasak dan di meja makan.
"Gunakan perisa asli seperti rempah ratus, daun sup atau limau untuk menambah perisa berbanding penggunaan garam, sos atau penambah perisa yang lain," katanya.
Liow juga menyeru orang ramai supaya mengambil dua sajian buah-buahan dan tiga sajian sayur-sayuran sehari, amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan dan pupuk minda sihat melalui penanganan stres, tidak merokok dan sihat tanpa alkohol.
Katanya pengambilan garam secara berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah dan berkait rapat dengan kejadian penyakit darah tinggi.
"Pengurangan pengambilan garam boleh mengurangkan tekanan darah dan kejadian strok serta penyakit jantung," katanya.
Kempen Minggu Kesedaran Garam Sedunia ke-6 yang akan berlangsung pada 11 hingga 17 Mac, ditujukan khusus kepada industri makanan, katering, pengusaha atau pengendali makanan (chef) dan tukang masak di restoran dengan tema " Less Salt Please" (Kurangkan Garam).
Kata Liow, pihak kementerian sedang berusaha merangka strategi pengurangan garam untuk Malaysia.
"Antaranya sebanyak 16 item makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi iaitu daripada kategori biskut, kicap, mi segera, makanan ringan dan daging beku telah diturunkan kandungan garamnya sebanyak dua hingga 40 peratus daripada tahap asal sejak tahun 2011 hingga 2012," katanya. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/nasional/lebih-30-rakyat-hidap-darah-tinggi-1.139661

Jumpa Pakar Psikiatri Elak Darah Tinggi, Diabetes
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang mengalami tekanan disarankan
berjumpa pakar psikiatri bagi mengelakkan penyakit seperti darah tinggi
dan diabetes, kata Ketua Unit Pembedahan Kardiotorasik Pusat Perubatan
Universiti Malaya (PPUM)Prof Dr Raja Amin Raja Mokhtar.
Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiovaskular dan Torasik PPUM itu berkata pakar psikiatri bukan sahaja menjaga mereka yang mengalami masalah mental tetapi memberi kaunseling kepada golongan yang menghadapi tekanan.
"Tekanan boleh menyebabkan seseorang menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan mengamalkan cara hidup yang tidak sihat seperti merokok," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan taklimat kesihatan kepada para petugas agensi berita itu.
Katanya tekanan perlu diatasi sebaik mungkin bagi mengelak menghidapi penyakit-penyakit berkenaan.
Beliau berkata tahap kesedaran rakyat Malaysia untuk melakukan 'screening' atau pemeriksaan saringan, amat rendah berbanding negara lain.
Menurut beliau penduduk Malaysia berada pada kedudukan tertinggi dunia yang mengalami penyakit diabetes.
Raja Amin berkata melakukan 'screening' adalah penting untuk mendapatkan pencegahan dan rawatan awal bagi menangani sebarang penyakit kerana jika terlambat berkemungkinan risiko komplikasi akan menjadi lebih tinggi.
"Kalau kita dapat tahu awal, kita mampu mendapatkan rawatan sepenuhnya, risiko komplikasi akan kurang dan boleh tingkatkan jangka hayat seseorang serta menjadi lebih sihat," katanya.
"Setiap orang mempunyai tahap kesihatan diri yang berlainan dan ia bergantung kepada sejarah keluarga, kawasan persekitaran, cara pemakanan dan juga cara hidup seharian," katanya.
Menurutnya masyarakat Melayu ialah golongan yang ramai mengalami komplikasi kesihatan kerana mereka lebih cenderung mendapatkan rawatan alternatif berbanding perubatan moden.\
Raja Amin menasihati rakyat Malaysia supaya lebih proaktif dalam hal penjagaan kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang baik. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/nasional/jumpa-pakar-psikiatri-elak-darah-tinggi-diabetes-1.135446

Ramai Makan Garam Berlebihan
SHAH ALAM - Ramai tidak menyedari telah memakan garam secara berlebihan sama ada nyata atau tersembunyi setiap hari.
Ini kerana, kira-kira 75 peratus daripada garam dalam diet seharian datangnya daripada makanan terproses.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Kementerian Kesihatan, Dr Feisul Idzwan
Mustapha berkata, pengambilan garam secara berlebihan berkait rapat
dengan penyakit darah tinggi atau hipertensi.
"Penyakit hipertensi merupakan faktor risiko utama serangan jantung dan
strok, iaitu punca utama kematian kalangan rakyat di negara ini.
"Kajian saintifik menunjukkan dengan pengurangan garam kepada 5 gram
atau satu sudu teh sehari mampu mengurangkan kejadian strok sebanyak 24
peratus, dan penyakit kardiovaskular (18 peratus).
"Dengan kata lain, ia boleh mencegah 2.4 juta kematian akibat strok dan
penyakit kardiovaskular di seluruh dunia," katanya dalam sesi interaksi
Kementerian Kesihatan Bahagian Kawalan Penyakit bersama Kumpulan Media
Karangkraf, semalam.
Dalam sesi itu, beliau membincangkan tajuk "Inisiatif pengurangan garam
di Malaysia", kemudian disusuli oleh Pegawai Dietetik, Viola Micheal
dengan topiknya "Garam dan kaitan dengan darah tinggi".
Dr Feisul Idzwan berkata, sempena sambutan Minggu Kesedaran Garam
Sedunia yang diraikan pada 9 hingga 15 Mac ini, kementerian mengambil
pendekatan kempen bertemakan 'Makan di luar, kurang masin, pilihan
sihat' untuk diterapkan dalam budaya pemakanan pengguna.
"Kami menyasarkan tiga kumpulan iaitu murid, pekerja dan pengusaha
makanan melalui objektif khusus. Kumpulan tersebut terdedah dengan
pengambilan garam berlebihan di luar rumah," katanya.
Pelbagai aktiviti diadakan seperti seminar, ceramah, bengkel,
demonstrasi memasak, sesi interaksi bersama media, dan majlis pelancaran
Minggu Kesedaran Garam Sedunia di Kementerian Kesihatan,Putrajaya pada
12 Mac ini.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/ramai-makan-garam-berlebihan-1.361577
Kopi O, Darah Tinggi & Pantang Kambing
Satu masalah bagi saya setiap kali balik ke rumah mertua ialah sukar lena malam. Itulah yang berlaku ketika bercuti raya minggu lepas. Kadang kala terkebil-kebil saya sampai jam dua atau tiga pagi.
Ada orang kata, masalah susah lena malam bagi orang yang berpindah tempat tidur, kerana tidak biasa dengan tempat tidur yang baru. Itu biasa. Tetapi dalam kes saya, andaian puncanya lebih daripada itu.
Sejak lama dulu, saya sering mengelak minum kopi melewati jam 6 petang meskipun kopi O pekat adalah kegemaran saya. Jika saya langgar pantang itu, nescaya malamnya saya terpaksa berjaga, ada kala sehingga subuh.
Akan tetapi, kopi O pekat adalah hidangan wajib bagi keluarga mertua saya. Pantang teko kosong, pasti diisi baru. Jadi, selain sebab berpindah tempat tidur, ada kemungkinan masalah saya puncanya kerana kopi O.
Namun apabila disebut hal kopi O ataupun lain-lain minuman berkafein sebagai punca susah tidur, ada pula rakan-rakan yang memberi pandangan berbeza. Menurut mereka, itu hanya andaian psikologi, yang apabila seseorang menganggap kopi sebagai punca sukar lena malam, dia sendiri akan mengalami tekanan sekali gus menyebabkannya tidak dapat tidur. Ini pendapat oleh mereka yang walaupun minum kopi berteko-teko, tidur malam mereka tetap berdengkur!
Apa yang saya mahu kaitkan dengan pengalaman ini ialah sama ada kesukaran saya tidur malam berlaku kerana tekanan psikologi, bukan atas sebab-sebab fizikal. Turut berkait dengan isu yang sama ialah soal pemakanan, yang sememangnya menjadi isu pada musim rumah terbuka sekarang.
Kita tahu, daging adalah makanan berkolesterol tinggi yang boleh meningkatkan tekanan darah. Dalam kategori daging, daging kambing paling tinggi kolesterolnya. Namun ada rakan-rakan saya yang tidak setuju apabila banyak makan kambing dikatakan punca seseorang mudah diserang darah tinggi manakala bagi yang sedia ada darah tinggi, boleh jadi lebih teruk hingga terkena serangan strok.
Saya teringat kisah seorang kawan yang mengadu, dia bukan sahaja tidak boleh makan daging kambing (kerana sudah ada darah tinggi) malah berselisih dengan kambing pun tidak boleh. “Aku kalau jumpa kambing, dari jauh lagi sudah menyimpang,” katanya.
Berkait dengan darah tinggi, saya sendiri sudah ada penyakit ini tetapi daging kambing tetap saya bedal juga. Pada bulan puasa baru lalu. entah berapa kilo daging kambing sudah masuk perut saya kerana melihat kambing tanpa kepala diputar-putar pada besi semanggang sahaja sudah cukup untuk membuat saya terliur.
Itu belum lagi cerita kambing kebuli yang wajib ada dalam setiap hidangan buffet di mana-mana. Akan tetapi, yang aneh bagi saya, sepanjang dua minggu berada di Tanah Suci dalam kunjungan umrah beberapa tahun lalu, saya tidak pula terasa apa-apa kesan yang berbeza meskipun hampir setiap hari hidangan saya adalah daging kambing. Ini berbeza dengan kambing yang saya makan di Malaysia.
Ada kawan-kawan beri komen, daging kambing yang dimakan di Tanah Suci tidak menjejaskan kesihatan kerana ketika disembelih, ia mati dalam iman.
Dikisahkan orang mengenai seorang penghidap darah tinggi kronik yang kononnya sudah lama berpantang makan daging kambing. Pada suatu majlis kenduri, dia jamah dengan cukup berselera kurma daging yang disangkanya daging lembu.
Selang beberapa hari kemudian, ketika berborak dengan kawan-kawan termasuk tuan kenduri yang dihadirinya, dia pun bercerita mengenai pantang daging kambing yang menurutnya sudah bertahun-tahun dipatuhi. Mendengar itu, si tuan kenduri pun bersuara: “Bertahun-tahun apa, yang hang makan kenduri di rumah aku hari tu daging kambinglah.” Habis tuan kenduri berkata-kata, si pemantang daging kambing tiba-tiba jatuh pitam, kononnya akibat serangan darah tinggi yang kritikal walhal sebelum itu, dia sihat walafiat sahaja. Adakah ini kaitannya tekanan psikologi juga?
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/muhamad-mat-yakim/kopi-o-darah-tinggi-pantang-kambing-1.2626
Mengurus Darah Tinggi
Berhati-hati dengan pilihan makanan
mariatul qatiah zakaria | 10 Februari 2015 2:22 PM
HIPERTENSI atau tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit paling kerap dihidapi penduduk negara ini.
Walaupun bahaya penyakit ini telah banyak didedahkan begitu juga cara-cara untuk mencegahnya, bilangan penghidapnya tidak menampakkan tanda-tanda penurunan.
Ini kerana ketiadaan simptom ketara yang dapat mengaitkan seseorang dengan penyakit tersebut, malah ada individu yang tidak mengetahui mereka mengalami tekanan darah tinggi.
Dalam kebanyakan kes, penyakit ini tidak akan hilang, dalam erti kata lain dihidapi seumur hidup.
Akibatnya, penghidap tekanan darah tinggi perlu bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang hayat bagi mengawal tekanan darah mereka.
Secara amnya, penyakit tersebut merujuk kepada tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik.
Individu yang mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90mmHg dalam keadaan rehat, berpotensi mendapat penyakit tersebut.
Sekiranya keadaan tersebut tidak dibendung dari awal boleh membawa risiko serangan atau kegagalan jantung, strok, dan kerosakan buah pinggang.
Kesemua risiko akibat komplikasi darah tinggi ini boleh dielakkan jika individu tersebut berdisiplin dengan mengambil makanan berkhasiat.
Menurut Pegawai Pemakanan, Hospital KPJ Ampang Puteri, Nur Shakila Pingi, kepada mana-mana individu yang mempunyai penyakit darah tinggi, mereka dinasihatkan agar menjaga pemakanan harian.
Ini kerana katanya, pemakanan turut mempengaruhi kemungkinan seseorang itu boleh mendapat tekanan darah tinggi.
“Kajian ada menunjukkan pemakanan yang sihat mengurangkan risiko penyakit tersebut dan menurunkan tahap tekanan darah pesakit darah tinggi.
“Pesakit digalakkan mengambil makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, ikan, dan kekacang.
“Pada masa yang sama, pesakit tekanan darah tinggi disarankan agar mengurangkan pengambilan garam, gula, minuman yang mengandungi gula, mengurangkan pengambilan lemak tepu, dan daging,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Selain itu, katanya, penyakit tekanan darah dan kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah kerosakan salur darah yang mengakibatkan salur darah menjadi keras dah sempit.
Disebabkan permasalahan ini, pesakit boleh mengalami serangan jantung dan angin ahmar.
Untuk itu juga, pesakit darah tinggi turut disarankan agar mengelakkan pengambilan makanan segera di samping ikan masin dan telur masin.
Bagi pesakit tekanan darah tinggi, mereka seharusnya membaca analisis khasiat makanan yang terdapat pada setiap bungkusan makanan supaya sesuai dengan pelan makanan harian.
Selain itu, susu rendah lemak, buah-buahan tinggi potasium dan serat, nasi dan roti perang, serta yogurt tanpa perisa, antara makanan yang disarankan untuk pesakit darah tinggi.
“Jadi, kawalan diet terutama pengambilan garam selain melakukan senaman untuk mengekalkan berat badan ideal juga perlu bagi penghidap darah tinggi.
“Di sini juga diingatkan bahawa stres boleh meningkatkan tekanan darah. Untuk itu pesakit dinasihatkan agar mengambil langkah-langkah mengurangkan stres dan mendapatkan rehat secukupnya sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan mereka.
“Penyakit darah tinggi ini boleh dielak dengan mengamalkan cara hidup yang sihat,” beritahunya lagi sebelum mengakhiri bicara.
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/mengurus-darah-tinggi-1.58042#sthash.M62FVQu8.dpuf

Sayur-sayuran pilihan terbaik untuk penghidap kencing manis.

1/3 Rakyat M'sia Hidap Darah Tinggi Terlebih Makan Garam
Foto: Harakah DailyKUALA LUMPUR: Sepertiga daripada rakyat di negara ini menghidap penyakit hipertensi atau darah tinggi akibat mengambil garam berlebihan.Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan penduduk Malaysia mengambil 8.7 gram garam sehari.
Ia adalah 1.7 kali lebih tinggi daripada lima gram garam sehari yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), katanya ketika menjadi tetamu khas program 'Ala Carte Pagi' terbitan Bernama Radio24 di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyarankan penduduk Malaysia agar mengambil tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh garam sehari bagi membendung hipertensi.
"Sekiranya rakyat Malaysia tidak mengawal pengambilan garam, penyakit hipertensi itu akan menjadi lebih serius dan boleh mengundang kepada risiko kematian," katanya.
Dr Feisul berkata garam menjadi sumber utama sodium dalam kebanyakan makanan kegemaran rakyat di negara ini apabila ia dijadikan sebagai penambah perisa bagi menyedapkan makanan itu.
"Sebagai contoh, masyarakat pada masa sekarang lebih gemar makan di luar berbanding memasak sendiri, jadi masakan panas bergoreng yang mengandungi kandungan garam tinggi menjadi kegemaran mereka.
"Ditambah pula dengan lidah mereka yang telah terbiasa dengan makanan masin dan bergaram, apabila makanan bergoreng itu dikatakan 'tidak cukup rasa' mereka akan menambah kicap atau garam," katanya.
Dr Feisul berkata rakyat perlu mengurangkan pengambilan garam dengan menggunakan herba dan bahan perasa asli untuk menyedapkan makanan.
"Amalkan cara pemakanan sederhana yang kurang garam dan bersos ketika makan di luar," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menganjurkan Minggu Kesedaran Garam Sedunia dari 9 hingga 13 Mac ini bagi mewujudkan kesedaran bahayanya pengambilan garam secara berlebihan.
Seminar berkenaan pengambilan garam juga akan diadakan untuk orang awam pada 12 Mac ini bertempat di Kompleks KKM, Putrajaya dan masuk adalah percuma, katanya.
http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/541244-1-3-rakyat-m-sia-hidap-darah-tinggi-terlebih-makan-garam.html
Subscribe to:
Posts (Atom)