Kementerian Mahu Kajian Buktikan Kambing Penyebab Darah Tinggi


Kementerian Pertanian dan Indutsri Asas Tani akan meminta Jabatan Veterinar berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan melakukan kajian saintifik bagi membuktikan kebenaran tanggapan ramai bahawa daging kambing menyebabkan penyakit darah tinggi.

Menteri berkenaan Datuk Seri Noh Omar berkata persepsi itu menyebabkan orang ramai keberatan untuk menjamah daging haiwan ternakan tersebut.

“Ramai masih bimbang makan daging kambing kerana tanggapan itu. Tapi kajian (awal) yangn dibuat Jabatan Veterinar mendapati kandungan kolestrol daging kambing adalah rendah berbanding daging-daging lain,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing anjuran kementeriannya menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Dewan Serbaguna Parlimen, di sini pada Rabu.

Noh berkata selagi persepsi negatif tersebut tidak disingkirkan, adalah sukar bagi pihaknya untuk membuat promosi dan memasarkan daging kambing di pasaran tempatan.

Mengulas isu berlainan, Noh berkata FAMA telah mengenal pasti tapak di Johor Baharu, Johor untuk didirikan bangunan yang akan diguna khas untuk jamuan buah-buahan.

“Ia macam restoran tetapi sajikan buah-buahan sahaja. Dalam masa sama FAMA juga akan perbanyakkan pusat-pusat pengumpulan untuk buah-buahan tempatan dan juga kilang memproses buah sekiranya berlaku lambakan,” katanya.

FAMA juga katanya, akan mengadakan Pesta Durian Malaysia pada 15 hingga 20 Julai ini di Singapura sebagai salah satu langkah mempromosikan raja buah itu yang semakin mendapat sambutan di republik tersebut.

Selain durian sebagai hidangan utama, Anggota Dewan Rakyat, Dewan Negara dan petugas Parlimen yang menghadiri majlis pada Rabu turut dijamu dengan buahan tempatan lain serta pelbagai menu daging kambing.

– BERNAMA

http://blog.moa.gov.my/?p=1432

Koleksi Petua Merawat Penyakit Darah Tinggi


Petua 1: Ambil seikat daun kucai. Tumbuk limat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan. Penyakit darah tinggi akan reda.

Petua 2: Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah di waktu pagi sebelum memakan sesuatu . Buatlah selama seminggu berturut-turut.

Petua 3: Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan dua cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minumlah 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda sudah menurun. InsyaAllah badan anda akan lebih segar.

Petua 4: Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari. Penyakit darah tinggi akan turun.

Petua 5: Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.

Petua 6: Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Buat 2 kali seminggu.

http://www.epetua.com/koleksi-petua-merawat-penyakit-darah-tinggi/

Punca Tahap Potassium Darah Tinggi

 

Assalamualaikum pembaca sekalian,
Kadar potassium darah tinggi, juga dikenali sebagai hyperkalemia, adalah perkara biasa di Amerika Syarikat. Kadar potassium darah yang sedikit tinggi biasanya tidaklah membahayakan, namun ia masih perlu dirawat supaya tidak menjadi teruk. Tahap potassium darah tinggi boleh menyebabkan keletihan otot, loya, lemah, denyutan jantung yang tidak normal dan lumpuh. Tahap potassium darah yang teruk boleh menyebabkan serangan jantung dan kematian. Potassium merupakan bahan mineral yang diperlukan untuk jantung, otot dan saraf untuk berfungsi dengan sempurna. Tahap potassium dalam darah yang tinggi boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti ubat-ubatan tertentu, penyakit kelenjar adrenal dan buah pinggang tidak berfungsi.

Buah Pinggang Tidak Berfungsi

Buah pinggang tidak berfungsi boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi. Oleh kerana potassium ditapis oleh buah pinggang, kadar potassium akan berkumpul apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, menyebabkan kadar potassium darah tinggi. Jenis buah pinggang tidak berfungsi termasuklah kegagalan buah pinggang kronik dan akut, penolakan pada buah pinggang baru, lupus nefritis dan glomerulonefritis. Penyakit obstruktif yang memberi kesan kepada saluran kencing, seperti urolithiasis, juga boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi.

Ubat-Ubatan

Ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan tahap kalium darah tinggi. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, ubat-ubatan ini boleh menyebabkan tahap potassium dalam darah meningkat dengan lebih banyak lagi. Beberapa ubat-ubatan yang boleh menyebabkan tahap potassium darah tinggi termasuk ubat diuretik pengganti potassium, penyekat ACE, penghalang reseptor angiotensin II dan ubat-ubatan anti-radang yang bukan steroid.

Luka Atau kecederaan Terbakar Yang Teruk

Kebakaran atau kecederaan yang teruk boleh menyebabkan tahap potassium dalam darah menjadi tinggi. Apabila seseorang mengalami jenis trauma, sel darah merah dimusnahkan. Pemusnahan sel-sel ini boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi.

Penyalahgunaan Alkohol atau Dadah

Penyalahgunaan alkohol dan dadah boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi. Apabila seseorang menyalahgunakan alkohol atau dadah, serat otot mereka akan rosak. Apabila telah rosak, potassium dilepaskan ke dalam aliran darah menyebabkan tahap potassium darah tinggi.

Penyakit Kelenjar Adrenal

Penyakit kelenjar adrenal boleh menyebabkan tahap potassium darah tinggi. Penyakit kelenjar adrenal yang boleh menyebabkan tahap potassium darah tinggi termasuk sindrom Cushing dan penyakit Addison. Sindrom Cushing menghasilkan kortisol yang terlalu banyak dan penyakit Addison tidak menghasilkan kortisol yang cukup. Dengan pengeluaran kortisol yang tidak seimbang ini, tahap potassium darah menjadi tinggi boleh berlaku.

http://buahpinggangsihat.com/penjagaan-buah-pinggang/punca-tahap-potassium-darah-tinggi/

Takut Keguguran Kerana Darah Tinggi

 

MASALAH saya agak membingungkan. Pada September 2011, saya melahirkan anak sulung secara pembedahan kerana mengalami tekanan darah tinggi. Ketika itu, kandungan saya baru berusia 30 minggu. Anak saya meninggal selepas enam hari.
Baru-baru ini, haid saya lewat seminggu dan saya buat ujian air kencing.
Keputusannya positif. Adakah selamat untuk saya meneruskan kandungan ini? Ini adalah kandungan saya yang ketiga. Kali pertama saya mengalami kandungan anggur. Harap doktor dapat memberikan pandangan.

SYA,
Kuala Lumpur.



PERSOALAN sama ada selamat untuk meneruskan kehamilan sewajarnya dibincang bersama doktor sewaktu kehamilan dulu atau selewat-lewatnya selepas kelahiran Caesarean dulu. Anda mempunyai peluang di wad sewaktu komplikasi darah tinggi, di wad selepas kelahiran bayi, di klinik apabila menjalani pemeriksaan posnatal dan sebagainya.


Anda mempunyai dua perkara penting untuk dibincangkan:

1. Penyakit darah tinggi. Saya jangka ia teruk memandangkan anda terpaksa bersalin pada usia kandungan jauh pramatang, lazimnya dilakukan untuk mengelakkan sawan darah tinggi (eklampsia) dan komplikasi berkaitannya. Anda perlu faham kepentingan pemeriksaan tekanan darah dan ujian berkaitan.

2. Pembedahan Caesarean berkenaan. Apakah jenis pembedahan Caesarean?
Adakah terdapat kelainan pada belahan rahim memandangkan kesukaran atau sensitif melahirkan bayi pramatang serta keadaan rahim yang belum sempurna
pembentukan segmen bawahnya.

Memilih untuk menggugurkan kandungan juga bukanlah tanpa risiko. Dengan kehamilan anggur dalam kehamilan pertama, eloklah keadaan kandungan ini dipastikan terlebih dulu.

http://www.hmetro.com.my/articles/Takutkegugurankeranadarahtinggi/Article/

Manfaat Buah Nangka Bagi Penghidap Hipertensi

Sesekali menjamu buah nangka enak juga tapi tahukah kawan-kawan buah nangka atau nama saintifiknya adalah Artocarpus heterophylus merupakan buah yang mengandungi sumber kalori yang rendah. Buah nangka mengandungi banyak air, bebes lemak, kaya dengan beta karoten, vitamin C dan juga likopen.

Kandungan kalori yang terdapat dalam Artocarpus heterophylus hanya mempunyai 28 kalori per 100 gram, jika dibandingkan denga buah belimbing dimana kedua buah-buahan yang sama berair ini memiliki kandungan energi sebanyak 36 kalori.


Kombinasi kadar gula yang terbatas pada buah nangka ini menjadikannya makanan yang amat sesuai bagi mereka yang mengamalkan diet rendah kalori. Apatah lagi buah ini bersifat mengenyangkan jika di makan hanya beberapa ulas sahaja.

Bukan itu sahaja malahan ia juga amat sesuai di makan oleh penghidap hipertensi kerana kandungan air dan kaliumnya yang tinggi sebenarnya mampu untuk meneutralisasikan tekanan darah seseorang penghidap itu.

Selain daripada itu buah nangka ini juga amat baik bagi merawat gangguan buangan air dalam badan. Bahkan amat sesuai bagi merawat demam dalam menurunkan suhu kepanasan dalam badan badan seseorang.

Berikut adalah kandungan zat makanan yang terdapat dalam buah nangka melalui sumber Jabatan Pertanian Malaysia :-
Kandungan dan100 gm yang boleh dimakan
Tenaga 37.0 Kcal, Lembapan 3.1, Protin 1.6gm, Lemak 0.2gm, Karbohidrat 7.3gm, Gentian 5.6gm, Abu 2.2gm, Kalsium37.0gm, Fosforus 26.0gm, Besi 1.7gm, Natrium 48.9gm, Kalium 292.9gm, Kerotin 80 ug, Vitamin B1 0.06mg, Vitamin B2 0.06mg, Niasin 0.4mg, Asid Askorbik 7.9mg

Nota Ingat: Hipertensi bermaksud penyakit tekanan darah tinggi.

Psst!! Nangka juga enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses dijadikan sebagai jus minuman, kordial, kari dan pencuci mulut.


http://cahayacinta.com/tag/penawar-penyakit-darah-tinggi

Wanita Melayu Paling Ramai Hidapi Hipertensi - Tekanan Darah Tinggi


KUALA LUMPUR: Wanita Melayu didapati menjadi penghidap hipertensi (tekanan darah tinggi) paling ramai di Malaysia dan penyakit itu pembunuh senyap nombor satu negara ini serta menjadi penyebab utama penyakit kardiovaskular.

Didapati 5.8 juta orang di negara ini mempunyai hipertensi tetapi malangnya, hanya 2.2 juta pesakit mengambil inisiatif mendapatkan rawatan dan ubat bagi mengawalnya.

Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Dr Azani Mohamad Daud, berkata berdasarkan maklumat dalam kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), sebanyak 48.4 peratus wanita Melayu menghidap penyakit ini disebabkan gaya hidup, pemakanan serta kurang bersenam.

“Satu daripada dua wanita mempunyai hipertensi dan penyakit ini berlaku atas pelbagai faktor termasuk gaya hidup tidak mementingkan kesihatan serta tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Jika tidak dikawal, ia menjadi antara punca Non Communicable Disease (NCD) atau penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, strok dan kerosakan buah pinggang dalam masa panjang,” katanya selepas Mesyuarat Tahunan Saintifik persatuan berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Katanya, orang ramai perlu sedar penyakit ini tidak mempunyai gejala jelas dan ia boleh dikesan melalui pemeriksaan tekanan darah sekurang-kurangnya setahun sekali.

Sementara itu, Dr Hasan ketika diminta mengulas Skim Penjagaan Kesihatan Nasional (1Care) berkata, ia masih dalam proses perbincangan dan cadangan dijangka siap tahun depan.
“Saya tidak pernah kata skim ini mandatori kepada semua,” katanya.

Mengulas larangan rawatan lintah, beliau berkata, pihaknya hanya mengiktiraf kaedah rawatan yang mempunyai bukti kukuh.

“Sama seperti rawatan ikan, setakat ini belum ada bukti saintifik mengatakan rawatan lintah itu berkesan dan menjadi tanggungjawab kementerian melindungi keselamatan orang ramai,” katanya.

http://www.mummynemo.com/2012/02/wanita-melayu-paling-ramai-hidapi-hipertensitekanan-darah-tinggi/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...