Takut Keguguran Kerana Darah Tinggi

 

MASALAH saya agak membingungkan. Pada September 2011, saya melahirkan anak sulung secara pembedahan kerana mengalami tekanan darah tinggi. Ketika itu, kandungan saya baru berusia 30 minggu. Anak saya meninggal selepas enam hari.
Baru-baru ini, haid saya lewat seminggu dan saya buat ujian air kencing.
Keputusannya positif. Adakah selamat untuk saya meneruskan kandungan ini? Ini adalah kandungan saya yang ketiga. Kali pertama saya mengalami kandungan anggur. Harap doktor dapat memberikan pandangan.

SYA,
Kuala Lumpur.



PERSOALAN sama ada selamat untuk meneruskan kehamilan sewajarnya dibincang bersama doktor sewaktu kehamilan dulu atau selewat-lewatnya selepas kelahiran Caesarean dulu. Anda mempunyai peluang di wad sewaktu komplikasi darah tinggi, di wad selepas kelahiran bayi, di klinik apabila menjalani pemeriksaan posnatal dan sebagainya.


Anda mempunyai dua perkara penting untuk dibincangkan:

1. Penyakit darah tinggi. Saya jangka ia teruk memandangkan anda terpaksa bersalin pada usia kandungan jauh pramatang, lazimnya dilakukan untuk mengelakkan sawan darah tinggi (eklampsia) dan komplikasi berkaitannya. Anda perlu faham kepentingan pemeriksaan tekanan darah dan ujian berkaitan.

2. Pembedahan Caesarean berkenaan. Apakah jenis pembedahan Caesarean?
Adakah terdapat kelainan pada belahan rahim memandangkan kesukaran atau sensitif melahirkan bayi pramatang serta keadaan rahim yang belum sempurna
pembentukan segmen bawahnya.

Memilih untuk menggugurkan kandungan juga bukanlah tanpa risiko. Dengan kehamilan anggur dalam kehamilan pertama, eloklah keadaan kandungan ini dipastikan terlebih dulu.

http://www.hmetro.com.my/articles/Takutkegugurankeranadarahtinggi/Article/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...