CARA :
- Sediakan 3 biji buah mengkudu yang sudah masak. Parut atau kisar dan kemudian tapis untuk mendapatkan airnya.
- Amalkan minum air mengkudu itu setiap hari dan jika mahu boleh dicampurkan dengan sedikit madu.
JUS 2
BAHAN-BAHAN :
- Daun Seleri
CARA :
- Sediakan 100gram daun seleri.
- Cuci bersih dan kemudian kisar dengan secawan air.
- Tapis dan minum airnya.
JUS 3
BAHAN-BAHAN :
- Bawang Putih
CARA :
- Tumbuk lumat tiga atau empat ulas bawang putih dan masukkan ke dalam secawan air panas.
- Minum ketika masih suam.
JUS 4
BAHAN-BAHAN :
- Labu
CARA :
- Sebiji labu siam dikisar dengan sedikit air.
- Tapis dan minum airnya.
JUS 5
BAHAN-BAHAN :
- Belimbing
CARA :
- Buah belimbing yang sudah masak dikisar, tapis dan minum jusnya.
JUS 6
BAHAN-BAHAN :
- Timun
CARA :
- Sediakan ½ biji timun.
- Kisar dan tapis untuk dapatkan jusnya. Amalkan minum jusnya selalu.
Medtronic hari ini mengumumkan penggunaan buat pertama kalinya sejenis alat untuk mengurangkan tekanan darah menggunakan kaedah melemahkan sejenis saraf ke buat pinggang. Saraf ini berperanan merangsang buah pinggang untuk meningkatkan tekanan darah dalam badan. Masalah tekanan darah tinggi merupakan penyakit yang amat merbahaya melibatkan beratus juta manusia seluruh dunia. Kaedah ini dapat mengurangkan kebergantungan individu terhadap ubat ubatan yang perlu diambil sehingga dua tiga jenis oleh penghidap darah tinggi. Sudah tentu, setiap ubat ubatan mempunyai kesan sampingannya, jadi dengan penggunaan Medtronic, individu sudah tidak perlu bergantung kepada ubat ubatan dan mengurangkan risiko kesan sampingannya.
„Proses pe-nyah-sarafan (denervation) merupakan satu pendekatan baru dalam merawat tekanan darah tinggi tegar dan seterusnya mengurangkan frekuensi darah tinggi dalam negara kita. Pesakit yang menghidap darah tinggi yang tidak dikawal berdepan dengan kemungkinan penyakit jantung, dan teknologi baru ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada mereka“
Penggunaan pertama alat ini yang menggunakan kateter (catherter) telah berlangsung di Amerika Latin pada 4 Ogos 2011 di Klinik Santa Maria di Sintiago, Chile.
„Kami (pakar kardiologi), amat teruja untuk bergabung kepakaran dengan pakar darah tinggi dalam menghasilkan satu kaedah rawatan intervensyen kepada pesakit pesakit dalam negara ini“ kata Dr Hernan Chamorro, pakar kardiologi intervensyen yang menjalankan prosedur memasukkan kateter tersebut buat pertama kalinya kepada pesakit. „Pe-nyahsarafan merupakan kaedah baru yang amat menarik dalam merawat tekanan darah tinggi tegar dan klinik kami Santa Maria amat berbangga untuk menawarkan kaedah rawatan baru ini“
Menurut kajian oleh Kearney dan kawan kawan, terhadap beban tekanan darah tinggi global, frekuensi tekanan darah tinggi di Amerika Latin untuk yang berusia lebih 20 tahun ialah melebihi 40%. Kebanyakan mereka yang menghidap penyakit darah tinggi ini tidak dapat menurunkan tekanan darah mereka dalam rawatan yang pertama kali.
Symplicity Catheter System, ialah nama alat yang dicipta oleh Medtronic yang mampu melemahkan saraf yang terlibat dengan darah tinggi. Ia melemahkan saraf tersebut yang duduknya di dinding arteri buah pinggang (renal artery). Kateter tersebut dimasukkan melalui ateri Femur (femoral artery) di pangkal betis dan wayar tersebut terus dibawa masuk ke buah pinggang. Setelah berada di buah pinggang, hujung kateter tersebut (wayar) akan memancarkan frekuensi gelombang radio berkuasa rendah (electromagnetic wave) untuk melemahkan saraf simpatetik di sekitarnya. Apa yang sangat menarik ialah, implan tersebut tidak perlu dipakai selamanya, hanya dipakai sementara waktu sebelum saraf tersebut benar benar telah dilemahkan.
Berikut merupakan video prosedur Simplycity ini dijalankan:
Produk dari Medtronic ini, dibawa ke Malaysia melalui Australia, berita TV3 melaporkan.
Dalam percubaan klinikal terhadap 106 pesakit di Eropah, Australia dan New Zealand, pesakit yang menghidapi tekanan darah tinggi tegar yang dirawat melalui kaedah ini berupaya mengurangkan tekanan darah sebanyak 32/12 (systolic kurang 32, diastolic kurang 12) setelah 6 bulan. Kesan sampingannya (sekiranya ada) tidak ada bezanya antara umur yang berbeza.
Dengan kolaborasi bersama pengamal perubatan, dan pengkaji seluruh dunia, Medtronic menawarkan teknologi inovatif yang meluas dalam rawatan intervensyen (rawatan yang menggunakan alatan) dan rawatan pembedahan dalam bidang kardiovaskular dan jantung.