Bawang Putih Ubat Menurunkan Darah Tinggi

Bagi pesakit darah tinggi, ada satu lagi petua tradisional untuk anda. Petua ni dikatakan boleh menurunkan darah tinggi dengan segera. Sekiranya anda diserang darah tinggi, cuba lakukan dua langkah berikut.


periksa tekanan darah anda
Gambar hiasan - GoldBamboo.com



Langkah 1:

Buat solat hajat 2 rakaat dan mohonlah kepada-Nya tentang hajat anda.


Langkah 2:

a. Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya.

b. Kisar bawang putih tadi untuk dijadikan jus.

c. Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong.

d. Minum air tersebut 3 kali sehari.


Sekali lagi, pastikan anda buat langkah-langkah di atas ketika diserang darah tinggi. Mudah-mudahan ia mampu dijadikan sebagai penawar atau ubat darah tinggi anda tu.


Selamat Mencuba!

Lobak Putih Ubat Darah Tinggi

Sewaktu zaman kanak-kanak dulu, saya kurang gemar memakan sayur lobak putih ni. Mungkin kerana rasanya yang kurang menyelerakan kot. Tapi saya akur yang lobak putih atau Raphanus Sativus ni banyak khasiatnya. Antaranya baik untuk sistem penghadaman dan mengatasi masalah kencing tak lawas.

Paling penting kat sini adalah ia juga baik untuk merawat darah tinggi. Saya akan kongsikan caranya seketika nanti. :)

Lobak Putih (aphanus Sativus)
Lobak Putih (aphanus Sativus) - myfolia.com


Selain lobak putih, anda juga perlukan gula batu sebagai perasa tambahan.


Cara-caranya:

1. Sediakan 1 atau 2 batang lobak putih.

2. Bersihkan ia terlebih dahulu dan ambil isinya saja.

3. Kemudian anda kisarkan atau tumbuk lobak putih tu bersama dengan gula batu sebesar ibu jari. Kisar atau tumbuk bahan tersebut sehingga halus atau hancur.

4. Setelah itu, tuangkan dan tapis jus lobak putih tu ke dalam gelas.

5. Minumlah jus tersebut 2 kali sehari.

Amalkan petua ini dan lepas tu berjumpalah dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mengetahui perkembangan semasa darah tinggi anda.


Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/12/lobak-putih-ubat-darah-tinggi.html#ixzz1miWhSCy1

Petua Tradisional Merawat Darah Tinggi

Cara tradisional yang dimaksudkan ialah dengan menggunakan daun akar mempelas yang dah matang. Anda boleh mengenali akar mempelas (Tetrcera Indica) secara lebih dekat melalui 3 imej (sumber: NaturalLoveYou) berikut;


akar mempelas 1
Akar Mempelas 1


akar mempelas 2
Akar Mempelas 2


akar mempelas 3
Akar Mempelas 3



Cara-caranya;


1. Ambil beberapa helai daun akar mempelas yang telah matang dan bersihkan.

2. Kemudian, rebus daun tadi hingga mendidih.

3. Setelah mendidih, biarkan air rebusan tersebut suam.

4. Akhir sekali, anda minumlah air rebusan tadi perlahan-lahan.

5. Sebaik-baiknya anda amalkan meminumnya setiap hari. Iaitu sekurang-kurangnya 30 minit lepas makan tengahari dan malam.

Sekian, terima kasih.


p.s: Selain berkhasiat merawat darah tinggi, daun akar mempelas ini juga boleh melicinkan kuku anda dan permukaan kayu. Ia bagaikan kertas pasir semulajadi!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2011/02/petua-tradisional-merawat-darah-tinggi.html#ixzz1miW5wD4T

4 Tumbuhan Mengubati Darah Tinggi

Setiap tumbuhan yang dijadikan oleh-Nya tentu mempunyai khasiat tersendiri. Cuma mungkin kita saja yang kurang tahu mengenainya. Justeru, saya kongsikan beberapa jenis tumbuhan yang dikatakan berupaya mengurangkan atau mengubati tekanan darah tinggi anda.


1. Pegaga

Daun pegaga boleh dibuat jus sebagai penawar darah tinggi anda. Selain itu, amalan meminum jus pegaga membantu anda kelihatan awet muda.


2. Pucuk Betik

Jadikan pucuk betik sebagai ulam-ulaman ketika anda menikmati makan tengah hari mahupun malam.


3. Daun Sambung Nyawa

Satu lagi tumbuhan yang boleh anda jadikan sebagai ulam-ulaman ialah daun sambung nyawa. Andai memakannya secara berlebihan, anda akan berasa mual, loya dan macam nak muntah.


Daun Sambung Nyawa

Ini disebabkan oleh cecair daunnya yang berfungsi menurunkan kandungan gula dalam darah.


4. Daun Tenggek Burung


Daun Tenggek Burung - deazliyanish.blogspot.com

Anda yang menghidapi darah tinggi boleh buat daun tenggek burung ni sebagai ulam. Lawan pula dengan sambal belacan. Mmmm... memang sedap.

Di samping darah tinggi, ia membantu melancarkan perjalanan darah anda juga.

Belimbing Buluh Ubat Darah Tinggi?

Belimbing buluh (belimbing asam) ni kalau dimasak lemak udang memang sedap. Selain sedap, ia turut berkhasiat.

Anda yang ada penyakit darah tinggi pun boleh memanfaatkan khasiat semulajadinya. Kaedahnya akan saya nyatakan satu-persatu sebentar saja lagi. Okey?

BelimbingBuluh atau BelimbingAsam
BelimbingBuluh @ BelimbingAsam - Wikipedia


1. Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar.

2. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat.

3. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya.

4. Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.

5. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.


Oohhhh... sebelum terlupa, daun belimbing buluh pun ada kegunaannya. Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh cuba petua di bawah;


1. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar.

2. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.

3. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih.

4. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.

5. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan.

6. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.

Buat sementara waktu ni, begitulah antara khasiat belimbing buluh yang dapat saya kongsikan dengan anda. Iaitu sebagai ubat darah tinggi juga ubat demam panas. Harap ianya dapat dipanjang-panjangkan ya.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2011/03/belimbing-buluh-ubat-darah-tinggi.html#ixzz1miVCTfCY

Rawatan Tekanan Darah Tinggi



Rawatan Penyakit Darah Tinggi


Matlamat Terapi

Matlamat kesihatan umum terapi antihipertensi adalah untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti jantung dan buah pinggang. Kebanyakan yang menghidap hipertensi yang berumur melebihi 50 tahun, tekanan darah diastolik akan tercapai. Sekiranya tekanan darah sistolik ideal. Komplikasi penyakit koronari arteri dapat dikurangkan sekiranya tekanan darah sistolik dan diastolik dirawat dan mencapai sasaran <140/90 mmHg. Untuk pesakit hipertensi yang juga menghidap penyakit kencing manis atau buah pinggang, tekanan darah ideal adalah <130/50.

Modifikasi Cara Hidup

Amalan cara hidup sihat adalah penting untuk pencegahan tekanan darah tinggi dan merupakan salah satu daripada langkah terpenting dalam pengurusan perawatan hipertensi. Pengubahsuaian besar dalam cara hidup telah menunjukan yang ianya dapat menurunkan tekanan darah termasuklah penurunan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, pengambilan makanan mengikut diet yang betul (mengikut Dietary Approaches to Stop hypertension, DASH) iaitu makanan yang kaya dengan potassium dan kalsium, pengurangan pengambilan garam, senaman dan mengurangkan pengambilan alkohol modifikasi cara hidup dapat menurunkan tekanan darah, menambahkan kesan ubat antihipertensi dan mengurangkan risiko kardiovaskular. Sebagai contoh, 1600mg sodium DASH plan makanan mempunyai kesan sama dengan terapi satu ubat. Gabungan dua atau lebih modifikasi cara hidup boleh mendapat kesan yang lebih baik.

Rawatan Farmakologik

Hasil keputusan percubaan data klinikal yang memberangsangkan menunjukkan bahawa pengawalan tekanan darah dengan menggunakan beberapa jenis ubat seperti angiotensin converting enzyme inhibitors (ACEIs), angiotensin receptor blockers (ARBs), beta-blockers (BBs), calcium channel blockers (CCBs) dan thiazide-type diuretics boleh mengurangkan komplikasi tekanan darah tinggi. Diuretik Thiazide-type telah menjadi terapi asas antihipertensi pada hasil ujian.

Dalam percubaan ini, termasuk terbitan baru-baru ini 'Antihypertensive and Lipid Lowering Treatment to Prevent Heart Attack Trial' (ALLHAT), diuretik telah hampir-hampir tidak tertanding dalam pencegahan komplikasi kardiovaskular tekanan darah tinggi. Terdapat pengecualian Second Australia National Blood Pressure dimana percubaan melaporkan keputusan lebih baik pada orang putih dengan rejimen yang bermula dengan ACEI berbanding dengan yang menggunakan diuretik. Diuretik meningkatkan kemajuan antihipertensi dari rejimen pelbagai ubat, ia berfaedah dari segi pengawalan tekanan darah dan lebih berkemampuan jika dibanding dengan ejen-ejen antihipertensi yang lain. Walaupun dengan penemuan ini, diuretik tetap kurang digunakan dengan sepenuhnya.

Diuretik Tiazida-type harus digunakan sebagai terapi awal untuk sebahagian besar pesakit tekanan darah tinggi, sama ada bersendirian atau dalam kombinasi dengan salah satu daripada kelas-kelas lain (ACEIs, ARBs, BBs, CCBs) menunjukkan faedahnya hasil dari percubaan kawalan secara rawak. Senarai kepelbagaian indikasi memerlukan penggunaan ubat-ubat antihipertensi lain sebagai terapi awal. Jika ubat tersebut menunjukkan kontraindikasi, maka salah satu daripada kelas-kelas lain yang terbukti mengurangkan kejadian kardiovaskular harus digunakan sebagai ganti.







http://www.hsc.com.my/bm/treatment-of-hypertension.php

Manual Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Yang Ringan

Diterbit dan diedarkan oleh: Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia

Panduan ini akan membantu anda secara berperingkat untuk menurunkan tekanan darah tinggi ringan. Ikut dan fahamilah 4 peringkat yang akan anda lalui:
  • Peringkat 1 – Persediaan
  • Peringkat 2 – Membuat Keputusan
  • Peringkat 3 – Tindakan
  • Peringkat 4 – Pengekalan
Keazaman anda bersama maklumat ini akan memastikan anda mendapat kejayaan.


Peringkat 1 – Persediaan

Bersyukurlah kerana anda telah dikesan menghidap tekanan darah tinggi. Berdasarkan kajian, anda adalah di antara hampir 3 juta rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi.

Walau bagaimanapun tekanan darah anda tidak terlalu tinggi. Tekanan darah anda ialah antara 140/90mm raksa dan 160/100mm raksa. Tekanan darah seperti ini dinamakan tekanan darah tinggi ringan. Walaupun anda tidak perlu memakan ubat buat masa ini, harus diingat tekanan darah anda masih tidak normal. Tekanan darah normal ialah kurang daripada 140/90mm raksa. Oleh itu…….

Bertekadlah untuk menurunkan tekanan darah tinggi anda

Kerana…… tekanan darah tinggi seperti yang anda alami tetap berbahaya. Tekanan darah tinggi ringan juga boleh menyebabkan Penyakit jantung koronari Kegagalan jantung Angin ahmar (strok) Penyakit buah pinggang.

Peringkat 2 – Membuat Keputusan

Ingatlah…………….

Semakin tinggi tekanan darah anda, semakin tinggilah juga kemungkinan anda mendapat penyakit jantung koronari, kegagalan jantung, angin ahmar dan penyakit buah pinggang.


Sekarang anda telah mengenali masalahnya. Marilah sekarang mulakan tindakan ke arah masa depan yang lebih sihat. Mulalah dengan keazaman.

Sekarang anda telah tahu tentang tekanan darah tinggi dan bahayanya. Anda diminta memilih satu daripada tiga pilihan berikut (sila tanda pada petak yang berkaitan)


Peringkat 3 – Tindakan

YAKIN BOLEH!

Syabas, kerana anda bukan sahaja telah mengetahui yang anda menghidap tekanan darah ringan, anda juga telah kenal pasti faktor-faktor yang memungkinkan anda mendapat tekanan darah tinggi.

Tindakan 1 
Ketahui tekanan darah anda sekarang. Ketahuilah juga tekanan darah yang anda sepatutnya capai. Pastikan buku log anda mengandungi maklumat-maklumat tersebut.

Tindakan 2
Ketahuilah Tahap Pengambilan Garam Anda

Tindakan 3
Ingat semula faktor-faktor yang ada pada anda. Jika ada, tandakan di kotak yang disediakan dan usahakan supaya anda dapat mengawalnya. Dengan izin Tuhan tekanan darah anda akan terkawal.


Ikutilah cara berikut untuk mengurangkan garam dalam masakan anda:
  • Kurangkan penambahan garam dalam masakan atau makanan anda.
  • Kurangkan penambahan kicap dan sos di dalam masakan atau makanan.
  • Kurangkan penambahan kiub perasa / serbuk perasa dalam masakan atau makanan anda.
  • Kurangkan pengambilan makanan dalam tin.
  • Rendam ikan bilis atau ikan masi selama beberapa jam sebelum dimasak.
  • Kurangkan makanan ringan yang masin seperti kerepek ubi, keropok dan kacang bergaram.
PETUA TAMBAHAN
Untuk mengelakkan rasa tawar dan melazatkan makanan.
  • Tambah rempah ratus dalam masakan. 
  • Tambah daun-daun berperisa seperti daun kesom, daun kunyit, bunga kantan, serai, daun limau purut dan lain-lain ke dalam masakan. 
  • Perah jus limau, masukkan asam gelugur atau asam jawa ke dalam masakan.

Peringkat 4 – Pengekalan

Ketahuilah beberapa cabaran yang anda perlu atasi. Cabaran-cabaran ini boleh menyebabkan tekanan darah anda naik semula setelah ianya terkawal.

1. Berat badan yang meningkat
Ini lazimnya disebabkan keinginan untuk makan berlebihan dan kurang aktif. Cuba atasi kecenderungan ini dengan menanamkan sifat makan makanan yang sihat secara berjadual dan hidup cara aktif. Antara petua-petua yang berguna ialah:
  • Makan secara sederhana mengikut waktu (sarapan, tengah hari, petang dan malam) 
  • Lebihkan sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan. 
  • Pilih makanan yang kurang lemak dan gula. 
  • Jadikan hidup cara aktif sebagai budaya hidup di dalam dan di luar rumah. 
  • Pilihlah senaman yang menyeronokkan dan lakukan secara berkumpulan. Jadikan ianya sebahagian dari hidup anda yang aktif.
2. Keinginan memakan makanan masin
Pastikan anda sentiasa mengawal pengambilan garam atau serbuk perasa. Selain daripada menghadkan jumlah garam atau serbuk perasa seperti yang disebut pada peringkat 3, berhati-hatilah dengan garam dalam makanan-makanan dalam tin atau snek. Jangan khuatir jika makanan anda terasa terlalu tawar pada mulanya. Lama-kelamaan anda akan membiasakan lidah anda dengan makanan tawar sedikit ..…

“BIAR TAWAR DI LIDAH ASAL TEKANAN DARAH TERKAWAL”




http://jknns.moh.gov.my/doc/manual%20turun%20darah%20tinggi%20ringan%201.pdf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...