Panduan ini akan membantu anda secara berperingkat untuk menurunkan tekanan darah tinggi ringan. Ikut dan fahamilah 4 peringkat yang akan anda lalui:
- Peringkat 1 – Persediaan
- Peringkat 2 – Membuat Keputusan
- Peringkat 3 – Tindakan
- Peringkat 4 – Pengekalan
Peringkat 1 – Persediaan
Bersyukurlah kerana anda telah dikesan menghidap tekanan darah tinggi. Berdasarkan kajian, anda adalah di antara hampir 3 juta rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi.
Walau bagaimanapun tekanan darah anda tidak terlalu tinggi. Tekanan darah anda ialah antara 140/90mm raksa dan 160/100mm raksa. Tekanan darah seperti ini dinamakan tekanan darah tinggi ringan. Walaupun anda tidak perlu memakan ubat buat masa ini, harus diingat tekanan darah anda masih tidak normal. Tekanan darah normal ialah kurang daripada 140/90mm raksa. Oleh itu…….
Bertekadlah untuk menurunkan tekanan darah tinggi anda
Kerana…… tekanan darah tinggi seperti yang anda alami tetap berbahaya. Tekanan darah tinggi ringan juga boleh menyebabkan Penyakit jantung koronari Kegagalan jantung Angin ahmar (strok) Penyakit buah pinggang.
Peringkat 2 – Membuat Keputusan
Ingatlah…………….
Semakin tinggi tekanan darah anda, semakin tinggilah juga kemungkinan anda mendapat penyakit jantung koronari, kegagalan jantung, angin ahmar dan penyakit buah pinggang.
Sekarang anda telah mengenali masalahnya. Marilah sekarang mulakan tindakan ke arah masa depan yang lebih sihat. Mulalah dengan keazaman.
Sekarang anda telah tahu tentang tekanan darah tinggi dan bahayanya. Anda diminta memilih satu daripada tiga pilihan berikut (sila tanda pada petak yang berkaitan)
Peringkat 3 – Tindakan
YAKIN BOLEH!
Syabas, kerana anda bukan sahaja telah mengetahui yang anda menghidap tekanan darah ringan, anda juga telah kenal pasti faktor-faktor yang memungkinkan anda mendapat tekanan darah tinggi.
Tindakan 1
Ketahui tekanan darah anda sekarang. Ketahuilah juga tekanan darah yang anda sepatutnya capai. Pastikan buku log anda mengandungi maklumat-maklumat tersebut.
Tindakan 2
Ketahuilah Tahap Pengambilan Garam Anda
Tindakan 3
Ingat semula faktor-faktor yang ada pada anda. Jika ada, tandakan di kotak yang disediakan dan usahakan supaya anda dapat mengawalnya. Dengan izin Tuhan tekanan darah anda akan terkawal.
Ikutilah cara berikut untuk mengurangkan garam dalam masakan anda:
- Kurangkan penambahan garam dalam masakan atau makanan anda.
- Kurangkan penambahan kicap dan sos di dalam masakan atau makanan.
- Kurangkan penambahan kiub perasa / serbuk perasa dalam masakan atau makanan anda.
- Kurangkan pengambilan makanan dalam tin.
- Rendam ikan bilis atau ikan masi selama beberapa jam sebelum dimasak.
- Kurangkan makanan ringan yang masin seperti kerepek ubi, keropok dan kacang bergaram.
Untuk mengelakkan rasa tawar dan melazatkan makanan.
- Tambah rempah ratus dalam masakan.
- Tambah daun-daun berperisa seperti daun kesom, daun kunyit, bunga kantan, serai, daun limau purut dan lain-lain ke dalam masakan.
- Perah jus limau, masukkan asam gelugur atau asam jawa ke dalam masakan.
Ketahuilah beberapa cabaran yang anda perlu atasi. Cabaran-cabaran ini boleh menyebabkan tekanan darah anda naik semula setelah ianya terkawal.
1. Berat badan yang meningkat
Ini lazimnya disebabkan keinginan untuk makan berlebihan dan kurang aktif. Cuba atasi kecenderungan ini dengan menanamkan sifat makan makanan yang sihat secara berjadual dan hidup cara aktif. Antara petua-petua yang berguna ialah:
- Makan secara sederhana mengikut waktu (sarapan, tengah hari, petang dan malam)
- Lebihkan sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.
- Pilih makanan yang kurang lemak dan gula.
- Jadikan hidup cara aktif sebagai budaya hidup di dalam dan di luar rumah.
- Pilihlah senaman yang menyeronokkan dan lakukan secara berkumpulan. Jadikan ianya sebahagian dari hidup anda yang aktif.
Pastikan anda sentiasa mengawal pengambilan garam atau serbuk perasa. Selain daripada menghadkan jumlah garam atau serbuk perasa seperti yang disebut pada peringkat 3, berhati-hatilah dengan garam dalam makanan-makanan dalam tin atau snek. Jangan khuatir jika makanan anda terasa terlalu tawar pada mulanya. Lama-kelamaan anda akan membiasakan lidah anda dengan makanan tawar sedikit ..…
“BIAR TAWAR DI LIDAH ASAL TEKANAN DARAH TERKAWAL”
http://jknns.moh.gov.my/doc/manual%20turun%20darah%20tinggi%20ringan%201.pdf
No comments:
Post a Comment