Hipertensi Tidak Ada Simptom


Hipertensi datang tanpa diundangkan dan ia tidak mempunyai sebarang simptom seperti penyakit lain. Tetapi awas! kerana apabila  menyerang ia akan berfungsi sebagai penyebab utama kepada penyakit berbahaya lain seperti angin ahmar atau strok, sakit jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang iaitu Chronic Renal Failure.

Hipertensi boleh dibahagikan kepada dua jenis  iaitu hipertensi utama (primary hypertension) di mana tidak ada punca yang boleh dikaitkan, boleh jadi dengan keturunan. Kalau ibu bapa ada darah tinggi  kemungkinan besar anaknya turut mendapat hipertensi. Tetapi ada juga orang yang tidak ada keturunan tekanan darah tinggi, tetapi  turut terkena.

Hipertensi sekunder (secondary hypertension) boleh berpunca daripada penyakit buah pinggang dan juga penyakit endocrime. Jika seseorang mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, dia akan mendapat sakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang dan kelumpuhan. Ini adalah tiga rangkaian penyakit yang berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kematian. Penghidap hipertensi boleh menyebabkan penyakit buah pinggang dan pesakit buah pinggang juga akan menghidap tekanan darah tinggi.

Di seluruh dunia, setiap tahun, berdasarkan statistik daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dianggarkan hampir tujuh juta kematian yang disabitkan dengan hipertensi. Sama ada sakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang atau kelumpuhan.

http://www.sinarharian.com.my/rencana/hipertensi-menyerang-tanpa-mengenal-jantina-usia-1.212880

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...