Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda atau amaran.
Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan dementia (nyanyuk).
Ia berlaku apabila jantung menggunakan tekanan berlebihan bagi
mengepam darah ke urat dan arteri manakala peningkatan berulang kali ini
menyebabkan tekanan darah tinggi kronik.
Tekanan darah tinggi berlaku mungkin disebabkan faktor persekitaran
termasuk sejarah keluarga, diet natrium yang tinggi, pengambilan alkohol
berlebihan, corak kehidupan yang tidak aktif, tekanan dan merokok.
Berikut panduan untuk mengawal tekanan darah:
Jalani pemeriksaan tekanan darah secara tetap.
Kekalkan berat badan seimbang.
Kurangkan pengambilan garam.
Amalkan pemakanan seimbang.
Kurangkan minuman beralkohol.
Jangan ponteng mengambil ubat walaupun sehari. Pastikan ubat dimakan mengikut jadual.
Tepati temu janji dengan doktor bagi membolehkan doktor memantau kesihatan secara menyeluruh.
Mulakan bersenam, sebaik-baiknya dapatkan nasihat doktor jenis senaman yang sesuai.
Jika disahkan mengalami tekanan darah tinggi, pastikan
seisi keluarga turut dibawa menjalani pemeriksaan tekanan darah secara
tetap kerana mereka juga berisiko tinggi mendapat masalah sama.
Belajar menangani tekanan dan cuba jalani kehidupan sebaik mungkin.
Antara panduan pencegahan dan mengatasi tekanan darah tinggi:
Ambil makanan yang mengandungi kalium, magnesium dan kalsium yang mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.
Senaman secara teratur dapat menurunkan tekanan darah
tinggi. Jika anda menderita tekanan darah tinggi, pilih senaman olahraga
yang ringan seperti berjalan kaki, berbasikal, lari santai dan
berenang. Lakukan selama 30 hingga 45 minit sehari sebanyak tiga kali
seminggu.
Makan sayur dan buah berserat tinggi seperti sayuran hijau, pisang, tomato, tembikai dan oren.
Jalani terapi antitekanan untuk mengurangkan tekanan
Berhenti merokok.
Kawal kadar kolesterol.
Kawal diabetes.
Hindari ubat yang boleh meningkatkan tekanan darah dan dapatkan nasihat doktor jika menerima rawatan untuk penyakit tertentu.
Tekanan darah tinggi bukan suatu penyakit yang tidak boleh diatasi kerana paling penting, gunakan cara betul untuk menanganinya.
http://www.hmetro.com.my/articles/Pembunuhsenyap/Article
No comments:
Post a Comment