Darah Tinggi: Dari Tiada Jadi Ada. Bagaimana?

Semalam saya melalui satu peristiwa paling kelakar. Selepas sarapan di coffee corner ada seorang staf saya menunjukkan alat pemantau tekanan darah tinggi jenama Guardian. Beliau menawarkan pemeriksaan tekanan darah tinggi secara percuma. Hampir kesemua muka kawan beliau nampak monyok dan resah kerana bacaan pada mesin menunjukkan angka “kawasan” bahaya ~ iaitu berada dalam kawasan menghidap penyakit darah tinggi seperti yang dipaparkan pada carta di bawah.


Chart from www.vaughns-1-pagers.com

Melihat situasi itu saya pun teringin hendak mencuba mesin itu. Bacaan menunjukkan tekanan untuk sistolik ialah 150 dan diastolik 105. Berdasarkan carta di atas jelas menunjukkan saya kini sedang menghidap tekanan darah tinggi tahap “Mild 1” dan “Moderate 1“. Saya tidak berpuas hati lalu cuba untuk kali kedua dan bacaan adalah sama.

Saya mula merasa pelik sebab fizikal saya tiada menunjukkan tanda-tanda seperti pitam dan sakit kepala. Intuisi saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Waktu hendak pulang ke rumah saya singgah di kedai farmasi untuk membuat pemeriksaan sekali lagi. Tetapi kali ini bacaan menunjukkan 135/97.

Farmasi di kedai itu memberitahu, “Tekanan sistolik Encik 135 – kira normal. Tapi diastolik 97. Encik kena banyak rehat dan jangan tidur lewat malam.”
Apakah pengajarannya yang boleh kita belajar sama-sama di sini?
  1. Rata-rata semua kawan beliau itu baru sahaja selesai sarapan dan sedang seronok bersembang, jadi jangan buat pemeriksaan sejurus selepas makan kerana jantung sedang mengepam darah dengan kadar yang laju pada waktu itu.
  2. Bacaan yang tepat adalah semasa fizikal dan minda sedang rileks. Jika bacaan masih tinggi semasa rileks, itu menunjukkan anda ada simptom atau memang sedang menghidapi penyakit darah tinggi.
  3. Anda kena kenal apa itu sistolik dan diastolik. Bahasa Melayu hanya menggunakan satu istilah sahaja iaitu “Darah Tinggi”. Mana satu yang dikatakan tekanan darah tinggi? Sistolik atau Diastolik. Gunakan Google dan masukkan sintaks “What is Systolic“. Banyak ilmu yang anda akan diperolehi.
  4. Jangan terus percaya pada bacaan kali pertama. Disyorkan supaya anda membuat pemeriksaan di waktu yang lain dan di tempat yang lain. Bacaan sering berubah mengikut masa dan aktiviti kita.
  5. Selain selepas makan, anda juga tidak digalakkan membuat pemeriksaan selepas aktiviti bersenam atau berjalan kaki. Elok rehat dahulu dalam 10 minit.
  6. Jika anda bertemu dengan farmasi tidak bertauliah, anda akan ditawarkan sejenis ubat. Disebabkan bacaan pertama menunjukkan anda memang menghidap darah tinggi lalu anda percaya dan terus memakan ubat yang ditawarkan. TAK ADA PENYAKIT JADI ADA PENYAKIT.
  7. Akhir sekali, jumpalah Doktor. Bukan seorang tapi dua doktor di waktu yang lain dan di tempat yang lain.
Sekian.
Rujukan :
  1. Manual Kawal Penyakit Darah Tinggi Kem. Kesihatan Malaysia (format PDF)
  2. www.highbloodpressuremed.com/
  3. utusan.com.my
  4. ms.wikipedia.org/
  5. http://www.wisegeek.com/what-is-diastolic-pressure.htm
  6. http://blood-pressure.emedtv.com/diastolic-blood-pressure/diastolic-blood-pressure.html
  7. http://www.vaughns-1-pagers.com/medicine/blood-pressure.htm
http://inaiputih.wordpress.com/2011/04/12/darah-tinggidari-tiada-jadi-ada-bagaimana/

2 comments:

  1. adakah salah satu punca darah tinggi ialah tekanan / stress berpanjangan??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...