Petua Ubat Tradisional Darah Tinggi

Assalamualaikum Cara nak turunkan darah tinggi yang dah sampai 180 ni ialah seperti di bawah. Mohon ma'af mungkin nasihat ini tidak dianjurkan sesetengah pihak doktor, tapi alhamdullillah setakat ini saya yg juga mengidap penyakit ini dapat kontrol darah tinggi ke tahap yang tidak membimbangkan, insyaAllah.

1. Minum jus air belimbing, atau blend buah epal hijau dan buat jus
2. Kalau ada daun pegaga pun boleh di buat jus dan minum airnya
3. Bila darah naik tinggi, duduk dan rehat, dan tenangkan fikiran dari segala stress. Cuba jangan fikirkan masaalah.
4. Bacalah Ayat ayat suci Al Quran semasa berehat dan betul bentul concentrate, kerana ayat Quran juga adalah ubat bagi penyakit. Kalau tak pandai baca, pasang CD Quran dan ikut bacaan. Ataupun baca lah surah surah pendek dan mohon pertolongan Allah.
5. Kalau lapar, jangan makan makanan yang bergaram ..buat sementara potong terus garam utk sehari dua. Makanan yang dibeli juga punyai kadar garam yang tinggi. Buat sementara waktu, makanlah masakan yang tiada bergaram atau kurangkan 90% garam! (Saya anjurkan cubalah makan Quaker Oats ditambahkan pisang dan kismis untuk sehari dua nie, insyaAllah akan turun darah kerana Oats ialah cholesterol buster!)
6. Lebih digalakkan untuk makan masakan berstim seperti ikan yang distim dsbgnya ataupun lebihkan sayur sayuran terutama sekali ulam ulam atau raw salad (tomato, cucumber, lettuce) dsbg. (Kalau saya dalam keadaan ini, saya akan makan buah buahan seperti pisang, limau, belimbing dan buah jambu batu untuk sehari) AVOID AT ALL COST..makanan daging lembu, kambing, ayam buat sementara. Jadi macam vegetarianlaa sekejap.
7. Elakkan sementara makanan bergoreng (deep fried) dan semua Fast Food!
8. Minum jus yang disebut di atas 1- 2 hari sehingga pulih
9. Kalau ada ubat doktor, makan ubat ikut jadual
10. InsyaAllah kalau dapat buat seperti di atas , darah akan turun.

Tambahan

a. Kalau tak keberatan beli Kapsule Bawang Putih 300 gm dan makan 3 kali sehari
b. Dianjurkan juga untuk memakan Cod Fish Oil atau minyak ikan berkapsul
c. Tambah makanan seperti fresh fruits, raw salads, whole grains ie.quaker oats, makanan berkacang ie dhall dan peas, kerana orang yang ada darah tinggi kurang calcium, potassium dan magnesium.

Alhamdullillah saya mendapat penyakit ini sejak 5 tahun dulu, dan saya juga ada keturunan darah tinggi dalam famili. TEtapi dengan sedikit perubahan dalam cara hidup iaitu membuat sedikit senaman dan aktiviti setiap hari, meditasi, dzikrullah tahap darah saya sudah stabil ke 140 - 150 alhamdullilah tetapi diikuti dengan dos ubat yang disyorkan oleh doktor. Bila makan ubat tu, doakan yg kita hanya berusaha, tetapi Allah yang menyembuhkan. Jangan risau, insyaAllah semua ubat ada penyakit melainkan maut. Allah Kareem. Salam ukhwah Kak Irena Ampang Jaya

http://scentsationalgarden.blogspot.com
http://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg09246.html

11 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Yup bawang putih, minyak ikan, dan gaya pemakanan yang sihat memang membantu untuk kita atasi masalah darah tinggi. Disamping itu, amalan-amalan membaca doa-doa dari ayat suci all-quran juga membantu. InshaAllah

    ReplyDelete
  4. terima kasih untuk petua ini.. :)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Daun pegaga memang terkenal dpt turunkan tekanan darah tinggi. oat pun bantu kurangkan kolesterol = kurang tekanan darah tinggi.

    ReplyDelete
  7. Daun pegaga memang terkenal dpt turunkan tekanan darah tinggi. oat pun bantu kurangkan kolesterol = kurang tekanan darah tinggi.

    ReplyDelete
  8. 140-150 bukan ka tinggi lagi tu

    ReplyDelete
  9. Salam...Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm40 wang post free....cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0149092044 (mohd zuhelmi)

    Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak...melancarkan darah...buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali...mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan...rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan

    Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.

    Buah yg sy jual adalah asli...bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany....sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan...
    Keluaran kami adalah asli..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT PG 0346818-W

    ReplyDelete
  10. Makan ubat doktor terikat sampai mati dan tggu penyakit lain dtg menyerang..doktor sendiri yg bgth jika dh start telan ubat doktor maka smpi mati la kna telan sbb ubat doktor bkn utk mengubati tp hanya menahan seketika penyakit tu..jika xtelan ubat ygk bacaan bp mencanak naik..sma la jgk dgn ubat kencing manis..ingat perniagaan yg paling menguntungkn d dunia adalah ubat ubatan..tks....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...