Kaedah Rawatan Darah Tinggi Terbaru Menggunakan Kateter (Intervensyen)


Medtronic hari ini mengumumkan penggunaan buat pertama kalinya sejenis alat untuk mengurangkan tekanan darah menggunakan kaedah melemahkan sejenis saraf ke buat pinggang. Saraf ini berperanan merangsang buah pinggang untuk meningkatkan tekanan darah dalam badan. Masalah tekanan darah tinggi merupakan penyakit yang amat merbahaya melibatkan  beratus juta manusia seluruh dunia. Kaedah ini dapat mengurangkan kebergantungan individu terhadap ubat ubatan yang perlu diambil sehingga dua tiga jenis oleh penghidap darah tinggi. Sudah tentu, setiap ubat ubatan mempunyai kesan sampingannya, jadi dengan penggunaan Medtronic, individu sudah tidak perlu bergantung kepada ubat ubatan dan mengurangkan risiko kesan sampingannya.
„Proses pe-nyah-sarafan (denervation) merupakan satu pendekatan baru dalam merawat tekanan darah tinggi tegar dan seterusnya mengurangkan frekuensi darah tinggi dalam negara kita. Pesakit yang menghidap darah tinggi yang tidak dikawal berdepan dengan kemungkinan penyakit jantung, dan teknologi baru ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada mereka“

Penggunaan pertama alat ini yang menggunakan kateter (catherter) telah berlangsung di Amerika Latin pada 4 Ogos 2011 di Klinik Santa Maria di Sintiago, Chile.
 „Kami (pakar kardiologi), amat teruja untuk bergabung kepakaran dengan pakar darah tinggi dalam menghasilkan satu kaedah rawatan intervensyen kepada pesakit pesakit dalam negara ini“ kata Dr Hernan Chamorro, pakar kardiologi intervensyen yang menjalankan prosedur memasukkan kateter tersebut buat pertama kalinya kepada pesakit. „Pe-nyahsarafan merupakan kaedah baru yang amat menarik dalam merawat tekanan darah tinggi tegar dan klinik kami Santa Maria amat berbangga untuk menawarkan kaedah rawatan baru ini“
Menurut kajian oleh Kearney dan kawan kawan, terhadap beban tekanan darah tinggi global, frekuensi tekanan darah tinggi di Amerika Latin untuk yang berusia lebih 20 tahun ialah melebihi 40%. Kebanyakan mereka yang menghidap penyakit darah tinggi ini tidak dapat menurunkan tekanan darah mereka dalam rawatan yang pertama kali.
Symplicity Catheter System, ialah nama alat yang dicipta oleh Medtronic yang mampu melemahkan saraf yang terlibat dengan darah tinggi. Ia melemahkan saraf tersebut yang duduknya di dinding arteri buah pinggang (renal artery). Kateter tersebut dimasukkan melalui ateri Femur (femoral artery) di pangkal betis dan wayar tersebut terus dibawa masuk ke buah pinggang. Setelah berada di buah pinggang, hujung kateter tersebut (wayar) akan memancarkan frekuensi gelombang radio berkuasa rendah (electromagnetic wave) untuk melemahkan saraf simpatetik di sekitarnya. Apa yang sangat menarik ialah, implan tersebut tidak perlu dipakai selamanya, hanya dipakai sementara waktu sebelum saraf tersebut benar benar telah dilemahkan.
Berikut merupakan video prosedur Simplycity ini dijalankan:
Produk dari Medtronic ini, dibawa ke Malaysia melalui Australia, berita TV3 melaporkan.
Dalam percubaan klinikal terhadap 106 pesakit di Eropah, Australia dan New Zealand, pesakit yang menghidapi tekanan darah tinggi tegar yang dirawat melalui kaedah ini berupaya mengurangkan tekanan darah sebanyak 32/12 (systolic kurang 32, diastolic kurang 12) setelah 6 bulan. Kesan sampingannya (sekiranya ada) tidak ada bezanya antara umur yang berbeza.
Dengan kolaborasi bersama pengamal perubatan, dan pengkaji seluruh dunia, Medtronic menawarkan teknologi inovatif yang meluas dalam rawatan intervensyen (rawatan yang menggunakan alatan) dan rawatan pembedahan dalam bidang kardiovaskular dan jantung.
Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/2011/09/kaedah-rawatan-darah-tinggi-terbaru.html#ixzz1mobxieJU

Belimbing Besi Baik untuk Pesakit Darah Tinggi


Hampir semua orang kenal akan buah belimbing. Tumbuhan yang dikatakan kemungkinan berasal dari Sri lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan indonesia, terdapat dalam dua jenis yang nyata iaitu belimbing manis dan belimbing sayur (belimbing buluh).Yang akan kita perkatakan dalam artikel ini ialah belimbing manis atau belimbing besi (Averrhoa carambola).

Dalam bahasa inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang. Rasanya yang manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang mebangunkan selera.Belimbing besi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sewaktu muda buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan stelah tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus , sangat bersari dan rasanya manis segar.

Kebiasaanya , buah belimbing besi dimakan segar.Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem , gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus , halwa dan sebagainya. Buah belimbing muda boleh dijadikan jeruk. Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam :
  • -menurunkan tekanan darah
  • -anti kanser
  • -melancarkan pencernaan
  • -menurunkan kolestrol
  • -membersihkan usus.
Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur.Belimbing dapat digunakan sebagai anti oksida yang berfungsi mencegah penyebaran sel kanser. Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi - sumber Mingguan Wanita April04

Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus. Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.

Belimbing juga berfungsi sebagai ubat darah tinggi.Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap duahari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus , kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.Setelah satu bulan minum air belimbing dua hari sekali.

Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi yang harus diingat , jengan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh
masyarakat india untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diektrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata . Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.

Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah. Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm (kurap).

sumber Mingguan Wanita April04
http://www.melur.com/art.asp?art_id=14
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...