Darah Tinggi ketika Mengandung


Jika anda menghidap penyakit darah tinggi sewaktu hamil (pregnancy induced hypertension) dan TIDAK mengalami masalah darah tinggi selepas habis pantang, maka peluang anda untuk melalui kehamilan normal dan bersalin secara normal amat cerah.

Jika puan memang mengalami penyakit darah tinggi sebelum hamil dan/ atau mengalami penyakit darah tinggi berterusan selepas habis waktu pantang – maka peluang untuk puan dan bayi dalam kandungan mengalami komplikasi adalah tinggi. Dalam kes-kes begini, doktor akan menasihatkan supaya ibu mengawal tekanan darah dengan ubat SEBELUM mengandung sekali lagi.

Jika tekanan darah terlalu tinggi dan kesihatan puan tidak stabil, adalah tidak adil bagi seseorang wanita itu mengandung. Ini adalah kerana, penyakit darah tinggi menyebabkan komplikasi yang boleh membawa maut kepada ibu dan anak dalam kandungan.

Semoga anda dapat melakukan pemeriksaan kesihatan selepas habis waktu pantang dan jika masih mengalami tekanan darah tinggi, puan perlu dirujuk kepada pakar perubatan.

 http://cerita-cerita.net/2011/02/darah-tinggi-ketika-mengandung/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...