Tekanan Darah Tinggi, Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia

1. Tekanan Darah Tinggi / Hypertensi

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. 
  • Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
  • Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia  mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
  • Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010)

2. Bacaan Tekanan Darah

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75
  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
 Kategori  Sistolik
 Diastolik
 Normal  < 120 And < 80
 Pra Hypertensi 120- 139 or  80 - 89
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1  140 - 159 or  90 - 99
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 > 160 or > 100

 

3. Penyebab-penyebab Tekanan Darah Tinggi

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Faktor keturunan & Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok
  • Pengambilan garam yang tinggi
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid 
  • Penyakit buah pinggang

 

4. Tanda dan Gejala Tekanan Darah Tinggi

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

 

5. Komplikasi Tekanan Darah Tinggi

  • Otak: Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung seperti : Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian disebabkan oleh Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy.
  • Komplikasi pada mata: Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata (Hypertensive Retinopathy)
  • Komplikasi pada buah pinggang: Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
  • Peripheral vascular disease seperti: Aneurysm, Kehilangan satu atau lebih denyut nadi & pembuluh darah menjadi keras.

 

6. Rawatan Hypertensive / Darah Tinggi


Tanpa menggunakan ubatan:
  • Perlu mengubah amalan cara hidup andae
  • Amalkan permakanan sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
  • Melakukan senaman berkala
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok

 Kategori tekanan darah normal/optima
  • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian. 

Pra Hypertensi
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
  • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
  • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
  • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
  • Amalkan pemakanan sihat
    • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok
  • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
  • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok
  • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
  • Prevent and treat complications early
  • Pengesanan komplikasi terutamanya :
    • Jantung
    • Ginjal
    • Mata
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi 
  *Sebahagian besar maklumat diambil dari website KKM
http://www.izieherb.net/tekanandarahtinggi.htm

29 comments:

  1. tekanan darah saya 163/90 pada usia 18 tahun..adakah ini bahaya atau tidak? tell me please

    ReplyDelete
    Replies
    1. StabikHai nicholas..
      Saya haya..
      Saya boleh bantu awak utk stabilkan bacaan darah tinggi awak tanpa ubat ubatan.

      Yang pasti sedap, selamat dan brkesan.
      Whtsapp 0169436769

      Delete
  2. Nicholas, awak ada tekanan darah tinggi sebab bacaan sistolik awak melebihi 140. Mengurangkan pengambilan makan segera boleh membantu menurunkan tekanan darah awak..Insya Allah.

    https://www.youtube.com/watch?v=zJ2NuyIT6hk

    ReplyDelete
  3. sy berusia 28 tahun dan tekanan darah saya 145/93..adakah hypertensi stage 1?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii atun..

      Saya haya... Saya oleh bantu awak utk masalah awak tanpa ubat ubatan..
      Yang penting dengan cara yg selamat, sedap dan terbukti berkesan.

      Whtsapp 0169436769
      Utk info. Tenkiu

      Delete
  4. sy berusia 28 tahun dan tekanan darah saya 145/93..adakah hypertensi stage 1?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Saya berumur 28 tahun..tekanan darah saya 131 110 (mmhg) / 88 (bpm)..maksudnya apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hipertensi tu. Bacaan diastolik awk lbih 90

      Delete
  8. saya berumur 36 tahun...terkini tekanan darah saya 134/100... bila kepala sakit, saya macam dapat agak yang saya ni kena darah tinggi... tinggi sangat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berhenti makan gula dan susu pekat. Gula pasir gantikan dgn stevia dan susu pekat gantikan dgn susu tepung..in shaa Allah dpt membantu menurunkan tekanan darah Cikgu.

      Delete
  9. ramai yg tidak mengetahui bahawa gula adalah punca kepada banyak penyakit kronik, selain kencing manis, kajian perubatan juga menyatakan darah tinggi juga berpunca dari pengambilan gula secara berlebihan.

    Kini ada pemanis semulajadi yg sihat iaitu stevia, bertukar kepada stevia yg sihat 0 kalori, hampir 0 karhidrat, 200-300 kali ganda lebih manis dari gula pasir.

    Bertukar kpd stevia, stop gula pasir dan susu pekat..in shaaAllah membantu menstabilkan tekanan darah.

    Dapatkan stevia yg asli ya..

    ReplyDelete
  10. dulu tekanan saya 110/80 tetapi apabila saya dmam ia naik pada 138/98 adakah saya menghidap tekanan darah tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum,

      sekadar bagi pandangan, tekanan darah tidak selalunya stabil. Ia dipengaruhi banyak faktor antaranya emosi, stress, aktiviti fizikal spt bersukan,tidur, bernafas dan sebagainya.

      Buat pemeriksaan tekanan darah semula selepas sembuh dari demam, jika masih tinggi perlulah ambil tindakan rawatan.

      Delete
  11. Sy pnye b/p 128/88..sblom tu 150/80..tp pinggang sy selalu sakit..ape kah itu penyebab nye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      Setau saya, tekanan darah tinggi tidak menyebabkan sakit pinggang secara langsung tetapi ia akan merosakkan buah pinggang. Namun begitu banyak penyebab kepada sakit pinggang spt pemakaian kasut tumit tinggi, mengangkat barg berat dgn cara yg salah, gangguan pada buah pinggang, kanser, sakit jantung dll.

      Dapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian.

      Delete
  12. Umur 21 tahun... baru nie check masa buat medical checkup tekanan 169/98.
    Tapi dr tu tak ckp apa2 pon pasal niee.. tapi staff nurse yg ckp tu darah tinggi saya tinggi.

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum
    Saya berumur 40 tahun tekanan darah 139-79 saya mengalami slip disc dibahagian pinggol hingga ke tengkok, apa yang saya alami sekarang ni berdenyut di bahagian kepala iaitu di atas telinga kiri & kanan , atas kening sebelah kanan , ubun dan belakang kepala. Apa perlu saya buat sebab setiap kali check tekanan darah dr kata ok

    ReplyDelete
  14. Your sy 34 tpi tekanan darah tak normal kadang2 128/88,130/99,145/95,138/92.mmg dah mkn ubat darah tinggi la klu bleh nak mkn ubat.apa harus buat ya.

    ReplyDelete
  15. saya berumur 34 tahun bacaan 165/90. apakah maksudnya?

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Saya berumur 17 tahun bacaan saya 148/86 tu dikira darah tinggi ke?

    ReplyDelete
  18. Sy berumur 30tahun bacaan tekanan darah saya 134/80lbh adakah sy penghidap darah tinggi

    ReplyDelete
  19. thank you for the good information
    haryati hidayah
    http://www.sapusapusihat.com/

    ReplyDelete
  20. Kenapa tekanan darah saya selalu berubah ubah, kadang sekitar 128/87 dadang 141/88..macam begitulah bila saya cek

    ReplyDelete
  21. info yang sangat menarik sebab detail sekali.

    https://wp.me/panHhC-ej

    ReplyDelete
  22. Tekanan darah saya 144/109 begini semasa saya check so apa yang saya elakkan untuk mengurangkan tekannan

    ReplyDelete
  23. Tekanan darah sy 150/101 adakah perlu berjumpa doktor? Umur sy 38 thn..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...