Berat badan berlebihan meningkatkan risiko individu untuk mendapat penyakit darah tinggi. Sekiranya anda berjaya mengurangkan 1 kg berat badan, anda telah berjaya mengurangkan 1.5 mmHg tekanan darah anda.
2. Kurangkan pengambilan garam
Diet rendah garam perlu diamalkan untuk mengawal hiper-tensi, iaitu mengurangkan pemgambilan garam kepada 1 sudu teh sehari.
Elakkan pengambilan makanan tinggi garam seperti :
3. Kurangkan makanan tinggi kolesterol.
- Elakkan makanan tinggi kolesterol seperti organ dalaman (otak,hati,usus,limpa), kuning telur & telur ikan.
- Hadkan pengambilan makanan laut (udang,ketam,sotong,kerang,siput).
- Pilih susu dan hasil tenusu rendah lemak/tanpa lemak.
- Elakkan makanan tinggi lemak tepu seperti santan, minyak sapi, mentega, lemak daging dan kulit ayam.
- Utamakan cara masakan rendah lemak seperti kukus,bakar,panggang,rebus, sup serta kurangkan penggunaan minyak semasa masak.
No comments:
Post a Comment