1001 Maklumat Mengenai Tekanan Darah Tinggi & Hipertensi. [Kapsul Saderi Jawa Plus - Stabil & Turunkan Tekanan Darah]
Bunga Matahari Turunkan Tekanan Darah Tinggi
Dunia perubatan tradisional menawarkan banyak kaedah untuk mengubati penyakit darah tinggi. Antara kaedah-kaedah yang diketahui mujarab untuk menurunkan tekanan darah tinggi ialah dengan menggunakan bunga matahari, iaitu sejenis tumbuhan yang berbentuk seperti matahari dan berasal dari keluarga Compositae.
Seluruh bahagian pokok bunga matahari atau nama saintifiknya Helianthus Annuus amat tinggi nilainya dari segi perubatan. Bunganya yang besar berwarna kuning direbus dan airnya diminum untuk menghilangkan sakit kepala dan juga pening-pening bagi menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit senggugut dan meredakan asma. Bijinya digoreng atau dipanggang untuk dijadikan kuaci, dan ia juga mengandungi vitamin, fosforus, potassium protein serta minyak.
Kajian-kajian yang dibuat telah menunjukkan bahawa minyak dari biji bunga matahari ini mengandungi asid lenolenik dan gliserid yang dikatakan baik untuk menghalang hiperlipidemia dan lasterolemia. Biji-biji itu juga mujarab untuk melawaskan proses pembuangan air kecil dan besar. Ia juga dapat mengubati batuk dan radang buah pinggang.
Akarnya juga berperanan sebagai julap. Ia direbus dan diminum untuk mengatasi masalah sembelit dan juga untuk mengubati sakit perut. Dalam perubatan tradisional China, bunga matahari dikatakan berkesan untuk membuang angin dan juga menyejukkan tubuh badan.
http://psipum.org/bunga-matahari-turunkan-tekanan-darah-tinggi/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment