Masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi  boleh membawa pelbagai kesan dari segi kesihatan dan ekonomi. Antara  kesan Tekanan Darah Tinggi adalah:
Kesukaran untuk melakukan ativiti fizikal harian seperti senaman  ataupun seks. Mereka yang hidup di bawah bayang tekanan darah tinggi  sentiasa rasa kurang sihat yang menjejaskan persembahan fizikal dan juga  mental atau emosi. Orang yang mengalami masalah hipertensi adalah lebih  senang rasa marah atau panas hati, mereka suka marah-marah dan mengadu  apa-apa saja yang mereka tidak puas hati. Semua ini akan membawa tekanan  emosi kepada ahli keluarga yang lain dan juga mengganggu kerjaya secara  tidak langsung
Mereka yang sudah dikenalpasti mempunyai masalah  tekanan darah tinggi / hipertensi adalah lebih susah untuk memiliki  polisi insuran baru dan jika dibenarkan untuk membeli insuran, dia perlu  membawa premium yang lebih tinggi. Kalau tiada perlindungan daripada  insurans atau kad medikal, seseorang itu mungkin perlu menanggung kos  pembedahan yang sangat mahal jikalau malapetaka seperti serangan strok  atau sakit jantung terjadi pada masa depan.
http://www.tekanandarahtinggi.org/apakah-kesan-tekanan-darah-tinggi/ 
 

No comments:
Post a Comment