KETINGGIAN pokok ini cukup sederhana iaitu antara 60 hingga 70 sentimeter. Daunnya majmuk seperti pokok tongkat Ali atau pokok kancil,sementara kulit batang naga buana ini berwarna perang. Bezanya daun naga buana akan menguncup pada waktu malam.
Di sesetengah tempat ada yang memanggilnya pokok naga jumat, pokok kayu putih atau semelit. Bunga berwarna merah putih muncul di sepanjang tangkai daun.
Daunnya dilumatkan dan dicampur dengan ubi zebra boleh dijadikan sebagai ubat pupuk, terutamanya untuk mempercepatkan penyembuhan sakit bisul. Sementara lumatan daunnya digunakan untuk luka-luka kecil dan gatal-gatal.
Nama saintifiknya Phyllanthus pulcher daripada keluarga Euphorbiaceae. Getahnya boleh dijadikan ubat sakit gigi dengan menitiskan pada lubang gigi yang sakit.
Air rebusan daunnya ditapis dengan kain putih yang bersih dan setelah sejuk digunakan untuk mencuci mata. Sementara yang masih suam digunakan untuk menuam bengkak-bengkak, ulser hidung dan anak-anak yang kembung perut.
Selain itu air rebusan akarnya juga dipercayai boleh melegakan tekanan darah tinggi.
http://lelakighairah.com/blogs/2012/02/17/daun-naga-buana-legakan-tekanan-darah-tinggi/
1001 Maklumat Mengenai Tekanan Darah Tinggi & Hipertensi. [Kapsul Saderi Jawa Plus - Stabil & Turunkan Tekanan Darah]
Apa itu Penyakit Darah Tinggi?
Pemeriksaan kesihatan adalah adalah langkah terawal yang disifatkan paling terbaik dalam usaha mencegah serangan gejala penyakit darah tinggi.
Tetetapi ia mungkin bukan amalan di kalangan kita, tetapi lebih baik disegerakan pemeriksaan supaya apa juga penyakit terutama darah tinggi dapat dikesan di peringkat lebih awal.
Ini kerana penyakit darah tinggi yang dikenali sebagai pembunuh senyap itu biasanya tidak menunjukkan apa-apa tanda di peringkat awal.
Malah kata Pakar Perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir pemeriksaan kesihatan itu menjadi lebih penting terutama kepada mereka yang tergolong dalam kategori berisiko tinggi.
“Contohnya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, kurang aktiviti fizikal, menghidap kencing manis, mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan sejarah darah tinggi di kalangan keluarga,” katanya.
Beliau berkata, dengan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dapat melakukan usaha pencegahan dari awal.
“Kajian yang dilakukan di Malaysia (Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Ke 3) menunjukkan 42.6 peratus rakyat negara ini menghidap darah tinggi pada 2006,” katanya.
Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding 29.9 peratus semasa kajian pada 10 tahun sebelum itu.
“Kajian pada tahun 2006 juga menunjukkan hanya 36 peratus sahaja yang mengetahui mereka menghidap darah tinggi dan hanya 87.7 peratus daripada mereka yang menerima rawatan,” katanya.
Dr. Shaharuddin berkata, sebahagian besar pesakit yang menerima rawatan pula tidak berada pada tahap pengawalan darah tinggi yang baik.
“Penyakit darah tinggi perlu dikawal dengan baik kerana ia sebenarnya menjadi salah satu penyebab utama serangan jantung, lemah jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang,” katanya.
Mengenai punca penyakit darah tinggi, kata Dr. Shahruddin, lebih daripada 90 peratus tidak mempunyai penyebab yang khusus dan dipanggil essential hypertension.
“Walaubagaimanapun ia berkait rapat dengan faktor genetik, berat badan berlebihan, pemakanan yang tidak sihat dan peningkatan umur,” katanya.
Selain itu, katanya, sebilangan kecil penyakit darah tinggi disebabkan oleh penyakit-penyakit lain dan dipanggil secondary hypertension.
“Antara penyebabnya ialah penyakit buah pinggang, primary hyperaldosteronism, cushing syndrome dan phaeochromocytoma,” katanya.
Tambahnya, terdapat juga sebilangan pesakit mengalami tekanan darah tinggi hanya bila datang berjumpa doktor yang dinamakan white-coat hypertension atau office hypertension.
“Jika mengesyaki perkara ini biasanya doktor akan menyarankan pesakit merekod bacaan tekanan darah di rumah atau membuat pemeriksaan tekanan darah menggunakan alat merekod tekanan darah yang dipakai pesakit selama 24 jam,” katanya.
Selain itu, katanya, pemakanan juga turut mempengaruhi kemungkinan seseorang itu boleh mendapat penyakit darah tinggi.
“Kajian menunjukkan pemakanan yang sihat mengurangkan risiko penyakit darah tinggi dan juga menurunkan tahap tekanan darah pesakit darah tinggi,” katanya.
Tambahnya, salah satu kajian klinikal dinamakan DASH (Dietary Approaches to Stop Hypertension) menunjukkan keberkesanan pemakanan yang sihat untuk menurunkan tekanan darah.
“Pemakanan DASH merangkumi meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, ikan dan kekacang,” katanya
Diet itu juga menyarankan pengurangan pengambilan garam, gula, minuman yang mengandungi gula, mengurangkan pengambilan lemak tepu dan daging.
Selain itu, katanya, penyakit darah tinggi dan juga kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah atherosclerosis - kerosakan salur darah yang mengakibatkan salur darah menjadi keras dah sempit.
Katanya, akibat kerosakan salur darah, pesakit boleh mengalami serangan jantung dan angin ahmar.
Walaubagaimanapun tidak semua pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi mengidap penyakit darah tinggi dan begitu juga tidak semua pesakit darah tinggi mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.
Tetapi kebiasaannya kedua-dua penyakit itu berkait rapat.
“Stres boleh meningkatkan tekanan darah untuk seketika tetapi kesan jangka panjang stres keatas tekanan darah masih tidak begitu jelas,” katanya.
Begitupun pesakit darah tinggi disaran mengambil langkah-langkah mengurangkan stres dan mendapatkan rehat secukupnya sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan mereka.
Dr. Shahruddin memberitahu, darah tinggi boleh dielak dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.
Ia merangkumi mengawal berat badan di mana mesti mengekalkan berat berat badan yang ideal iaitu jisim berat badan 18.5-22.9 kg/m2.
“Jika mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes, penurunan berat badan disyorkan.
“Sebaiknya ambil makanan yang rendah lemak, mengurangkan penggunaan minyak dan santan, mengurangkan pengambilan garam dan gula dan juga meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin,” katanya.
http://www.mummynemo.com/2011/08/apa-itu-penyakit-darah-tinggi/
Pemakanan & Kesihatan: Kawal Darah Tinggi
Oleh Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my
2010/03/25
Jangan berhenti ambil ubat MUDAH disebut dan kerap kali diingatkan, tetapi masih ramai yang bersikap tidak kisah. Realitinya, itulah sikap masyarakat terhadap penyakit darah tinggi atau hipertensi.
Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia (PHP), Dr Azani Mohamed Daud, berkata jika seseorang itu memiliki tekanan darah yang tinggi hendaklah mengawalnya supaya tidak terus memudaratkan tahap kesihatannya.
Dr Azani berkata, kebimbangan penyakit hipertensi yang semakin meningkat dan menjadi faktor risiko penyakit kardiovaskular bukan saja di negara ini, tetapi juga di seluruh dunia. Dianggarkan bahawa 972 juta orang menghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi di seluruh dunia. Jumlah itu dijangka meningkat kepada 1.56 bilion menjelang 2025 bersamaan kadar kira-kira seorang daripada setiap tiga orang dewasa berusia lebih 20 tahun.
“Sama ada lelaki atau wanita, kedua-duanya boleh mendapat penyakit hipertensi. Apa yang membimbangkan, penyakit itu disifatkan antara penyakit yang membunuh dalam senyap kerana ia menyerang pesakit tanpa sebarang tanda memandangkan kebanyakan pesakit tidak dikaitkan dengan sebarang simptom dan hanya menyedarinya selepas menjalani pemeriksaan doktor ataupun lebih serius diserang strok yang boleh membawa maut atau lumpuh, sekali gus mengurangkan kualiti hidup,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Persidangan Mesyuarat Tahunan Persatuan Hipertensi Malaysia di ibu negara, baru-baru ini.
Dr Azani berkata, walaupun hipertensi berleluasa dan menjadi satu faktor risiko utama bagi penyakit kardiovaskular, ia antara sebilangan faktor risiko yang boleh dikawal. Ini termasuklah, mengubah cara gaya hidup yang lebih sihat seperti melakukan senaman, berhenti merokok, mengurangkan kolesterol dan mengelakkan diri menjadi obesiti.
Katanya, gaya hidup masyarakat urban pada masa kini yang terlalu sedikit melakukan senaman dan terlalu banyak makan adalah antara punca utama yang menyebabkan hipertensi.
“Masalah obesiti juga ada di kalangan kanak-kanak dan menjadi isu masa kini. Semua itu adalah berpunca amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, sekali gus menjadi punca utama hipertensi di kalangan generasi muda. Berasaskan data terkini yang boleh didapati, sekurang-kurangnya 42 peratus dewasa Malaysia berusia lebih 30 tahun mengalami hipertensi.
“Hanya 35.8 peratus yang prihatin mereka mempunyai hipertensi. Tetapi lebih membimbangkan lagi kerana daripada 4.8 juta rakyat Malaysia yang menghidap penyakit ini hanya lapan peratus daripada mereka dapat mengawal tekanan darah mereka supaya berada dalam julat yang boleh diterima,” katanya lagi.
Semua data dikemukakan itu adalah hasil kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan ke-3 yang dijalankan pada 2006 dan membabitkan orang dewasa berusia 30 tahun serta ke atas. Berbanding 10 tahun lalu, jumlah purata didapati meningkat daripada 33 peratus hingga 43 peratus.
Menjelaskan penyakit hipertensi Dr Azani berkata, darah tinggi sebenarnya terjadi apabila darah dalam 'arterial' dan 'venous circuit' sistem kardiovaskular mengalir dengan tekanan yang lebih tinggi daripada biasa. Keadaan itu menyebabkan jantung bekerja lebih keras untuk menentukan pengaliran darah ke seluruh tubuh dan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Membicara lebih lanjut hipertensi dan wanita Dr Azani berkata, kebanyakan wanita hamil hanya mengalami masalah yang ringan dan dianggap biasa saja, tetapi sebilangan kecil yang kurang bernasib baik mengalami masalah serius yang boleh mengancam nyawa ibu dan anak yang dikandungnya.
“Wanita hamil memang kerap mengalami masalah penyakit darah tinggi. Tetap ramai juga wanita tidak menyangka mereka boleh menghidap hipertensi ketika hamil. Ini kerana mereka berkeadaan sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit sebelum hamil. Sesetengah wanita mungkin hanya mengalami tekanan darah tinggi sepanjang tempoh kehamilan saja tetapi selepas bersalin keadaan kembali normal.
“Ini berlaku kerana ramai wanita mengandung makan berlebihan kerana selera mereka meningkat ketika hamil. Ini menyebabkan mereka mengalami masalah darah tinggi.
Namun, tidak kurang juga ada wanita selepas bersalin akan berterusan dikesan berdepan dengan masalah tekanan darah tinggi. Justeru, seseorang itu perlu mengawalnya dan tidak boleh ambil mudah saja,” katanya.
Dr Azani berkata, bagi wanita yang mempunyai masalah darah tinggi sebelum hamil, perlu lebih berhati-hati. Apa yang penting, wanita berkenaan tidak menghentikan pengambilan ubat ketika tempoh kehamilan bagi mengawal masalah darah tinggi yang dialaminya. Malah, untuk tidak membahayakan diri dan anak yang bakal dikandung, adalah lebih baik jika wanita yang berdepan yang masalah seperti itu mendapatkan pandangan doktor terlebih dulu sebelum mengambil keputusan untuk hamil.
“Begitu juga apabila wanita itu mengetahui dia hamil, patutlah mendapatkan pemeriksaan doktor dengan secepat mungkin untuk tujuan yang sama. Jika terdapat sesuatu penyakit, bolehlah diberi rawatan dan jagaan yang sewajarnya sejak dari peringkat awal lagi. Pemeriksaan setiap bulan khususnya di peringkat akhir kehamilan sangat penting untuk mengesan penyakit darah tinggi,” katanya.
Jika keadaan itu tidak terkawal ia boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.
Kemungkinan bayi akan mati dalam kandungan. Bayi itu juga biasanya lahir dengan timbang berat yang ringan dan kadangkala lahir sebelum cukup bulan. Kedua-dua masalah berkenaan boleh mengancam nyawa dan kesejahteraan bayi pada masa hadapan.
Katanya lagi, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat tempatan, pendidikan pesakit perlu menjadi satu keutamaan. Individu perlu melakukan saringan pemeriksaan kesihatan dan melakukan pemeriksaan susulan bagi mencapai sasaran.
Selain itu, kesedaran mengenai bahaya penyakit hipertensi perlu dipertingkatkan di kalangan masyarakat. Adalah penting bagi pesakit hipertensi mengambil ubat mengikut jadual bagi memastikan tekanan darah terkawal pada setiap masa.
INFO: Penyebab Darah Tinggi
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pemakanan_Kesihatan_Kawaldarahtinggi/Article/
Ibu Hamil Waspada Darah Tinggi
PENYAKIT darah tinggi berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.
Keadaan ini berlaku pada wanita tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, tekanan darah tinggi di kalangan wanita hamil biasanya berlaku ketika kandungan berusia 20 minggu ke atas.
Tetapi, sekiranya ia berlaku lebih awal dari tempoh itu, pemeriksaan terhadap pesakit perlu dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.
Menurutnya, darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.
“Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan berlangsung. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna” jelasnya ketika ditemui di kliniknya, di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Menurut beliau, tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110 ke 70.
“Kalau lebih daripada 110 ia dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi, bagaimanapun peratusan kenaikan daripada tahap normal hingga ke tahap tekanan itu akan dianalisis oleh doktor.
“Sebab itu penting bagi seorang wanita hamil untuk mendapatkan rawatan kerap daripada doktor mereka,” jelas Dr. Silvam yang juga berkepakaran dalam bidang ginekologi onkologi.
Antara komplikasi yang terpaksa dihadapi oleh wanita hamil ialah mengeluarkan bayi mereka sebelum waktu matang.
“Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.
“Dalam kes wanita hamil yang menghidap darah tinggi, kita perlu sentiasa berkompromi antara kesihatan ibu dan nyawa bayi.
“Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, ia masih ada masalah sebab dia perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi.
“Risiko lain, bayi juga boleh meninggal dunia kalau dikeluarkan terlalu awal,” jelas beliau lagi.
Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan rapi.
Menurut Dr. Silvam, kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan ubat, iaitu pengambilan ubat darah tinggi.
Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung.
Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.
“Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun,” ujar beliau.
Peratusan untuk penyakit darah tinggi pada wanita hamil akan hilang selepas bersalin ialah sebanyak hampir 100 peratus, kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun.
Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang, sebab mungkin secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya kerana faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.
“Ini semua mesti diperiksa secara mendalam, doktor tidak boleh buat sebarang kesimpulan. Sebagai contoh, seorang wanita muda berusia 20 tahun yang mengandung dan dikesan mempunyai darah tinggi. Kita, menjangkakan darah tinggi akan turun selepas bersalin jika dia tidak ada sebarang masalah lain seperti buah pinggang atau sebagainya,” hurai beliau.
Ketika ditanya tentang kaedah bersalin paling selamat untuk wanita yang menghidap darah tinggi, Dr. Silvam menjelaskan ia bergantung kepada faktor kematangan bayi dalam kandungan (selama mana kandungan tersebut).
“Seboleh-bolehnya kita akan bagi ibu bersalin bila cukup tempoh, sebab kurang risiko untuk bayi. Bukan saja takut bayi meninggal awal, tapi juga masalah komplikasi lain.
“Namun, jika tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.
“Ibu boleh mendapat sawan, kadang-kadang boleh terjadi pendarahan di otak dan seterusnya terjadi strok,” jelas beliau.
Dr. Silvam berkata, walaupun strok selalu dialami oleh orang tua, kesan akhir bagi penghidap darah tinggi yang serius adalah sama, tidak kira bagi penghidap darah tinggi biasa mahupun ibu hamil yang menghidap darah tinggi.
“Walaupun punca darah tinggi semasa mengandung berlainan daripada kes darah tinggi biasa, namun perlu diingatkan kesan akhirnya tetap sama. Apabila salur darah pecah, serangan strok terjadi dan komplikasinya sama saja, jadi sebab itu kita kena mengawal darah tinggi ini untuk ibu melalui pengambilan ubat,” kata Dr. Silvam.
Semasa tekanan darah terlalu tinggi, doktor akan melihat dua keadaan. Pertama, sama ada tekanan darah tinggi disertai dengan kencing kotor (protein dalam air kencing tinggi), di mana wanita tersebut mungkin akan mengalami ‘eminent eclampsia’ (hampir-hampir mengalami sawan).
Dalam keadaan ini, doktor akan menyarankan wanita tersebut dimasukkan ke wad untuk pemerhatian.
Jika keadaan membahayakan nyawa ibu, maka dia akan dipaksa bersalin dan jika tempoh kandungan baru 20 minggu kemungkinan besar bayi tidak akan selamat. Bagaimanapun, jika kandungan sudah berusia 28 minggu atau lebih bayi boleh dirawat secara intensif.
Kedua, jika ibu mengalami darah tinggi, tapi tiada kencing kotor, doktor akan memberi pemerhatian rapi dengan pemeriksaan doktor setiap minggu. Apabila doktor membuat analisis, darah tingginya boleh dikawal dan kencingnya tidak kotor, maka kandungannya boleh diteruskan hingga cukup matang iaitu minggu 32 hingga 34.
“Dalam keadaan ibu hamil dengan tekanan darah tinggi ini mesti selalu kompromi, iaitu antara kesihatan ibu dan kematangan bayi.
“Paling diutamakan ialah nyawa ibu, sebab selain strok terdapat juga kes di mana ibu boleh meninggal dunia kerana uri pecah (placenta rupture), berdarah akibat tekanan yang terlalu tinggi,” ujar beliau.
Susah untuk mengelakkan seorang ibu hamil daripada terkena darah tinggi, ia sebenarnya bergantung kepada faktor-x yang ada pada ibu dan ayah,
masalah darah tinggi ini berlaku bukan saja di negara-negara membangun, ia juga masalah penting yang berlaku di negara yang sudah membangun, sebab tiada siapa yang tahu puncanya.
Bagaimanapun, ibu yang mempunyai darah tinggi adalah dinasihatkan supaya bersalin di hospital dan pastikan ada doktor pakar yang akan membuat rawatan susulan dan rawatan sokongan.
Petikan dari Utusan Malaysia (3/6/2008)
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
http://www.bengkungmoden.com/blog/artikel-dari-akhbar-dan-majalah/ibu-hamil-waspada-darah-tinggi/
Resepi Jus untuk Penghidap Darah Tinggi
BAHAN-BAHAN :
- Mengkudu
- Madu
CARA :
- Sediakan 3 biji buah mengkudu yang sudah masak. Parut atau kisar dan kemudian tapis untuk mendapatkan airnya.
- Amalkan minum air mengkudu itu setiap hari dan jika mahu boleh dicampurkan dengan sedikit madu.
BAHAN-BAHAN :
- Daun Seleri
CARA :
- Sediakan 100gram daun seleri.
- Cuci bersih dan kemudian kisar dengan secawan air.
- Tapis dan minum airnya.
JUS 3
BAHAN-BAHAN :
- Bawang Putih
CARA :
- Tumbuk lumat tiga atau empat ulas bawang putih dan masukkan ke dalam secawan air panas.
- Minum ketika masih suam.
JUS 4
BAHAN-BAHAN :
- Labu
CARA :
- Sebiji labu siam dikisar dengan sedikit air.
- Tapis dan minum airnya.
JUS 5
BAHAN-BAHAN :
- Belimbing
CARA :
- Buah belimbing yang sudah masak dikisar, tapis dan minum jusnya.
JUS 6
BAHAN-BAHAN :
- Timun
CARA :
- Sediakan ½ biji timun.
- Kisar dan tapis untuk dapatkan jusnya. Amalkan minum jusnya selalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

