Menu Diet Pesakit Darah Tinggi / Hipertensi

1. Capai berat badan normal anda.
Berat badan berlebihan meningkatkan risiko individu untuk mendapat penyakit darah tinggi. Sekiranya anda berjaya mengurangkan 1 kg berat badan, anda telah berjaya mengurangkan 1.5 mmHg tekanan darah anda.

2. Kurangkan pengambilan garam
Diet rendah garam perlu diamalkan untuk mengawal hiper-tensi, iaitu mengurangkan pemgambilan garam kepada 1 sudu teh sehari.
Elakkan pengambilan makanan tinggi garam seperti :


3. Kurangkan makanan tinggi kolesterol.
  • Elakkan makanan tinggi kolesterol seperti organ dalaman (otak,hati,usus,limpa), kuning telur & telur ikan. 
  • Hadkan pengambilan makanan laut (udang,ketam,sotong,kerang,siput). 
  • Pilih susu dan hasil tenusu rendah lemak/tanpa lemak. 
  • Elakkan makanan tinggi lemak tepu seperti santan, minyak sapi, mentega, lemak daging dan kulit ayam. 
  • Utamakan cara masakan rendah lemak seperti kukus,bakar,panggang,rebus, sup serta kurangkan penggunaan minyak semasa masak.
http://azzahrah.my/en/images/downloads/Panduan_Pemakanan_HPT.pdf

Simpton, Faktor Risiko & Bahaya Tekanan Darah Tingggi


SIMPTOM TEKANAN DARAH TINGGI
  • Bunyi berdengung 
  • Kemurungan 
  • Penglihatan kabur 
  • Bengkak kaki 
  • Hidung berdarah

FAKTOR RISIKO
  • Tekanan darah melebihi normal. 
  • Sejarah keluarga 
  • Kegemukan 
  • Tekanan / stress 
  • Pengambilan garam sehari adalah berlebihan 
  • Kurang bersenam 
  • Merokok 
  • Meminum alkohol

BAHAYA TEKANAN DARAH TINGGI
  • Tekanan darah tinggi akan membebankan jantung lalu menyebabkan arteriosklerosis (pengerasan dinding arteri). Ini meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok. 
  • Hipertensi yang tidak dirawat juga akan membawa kepada penyakit kronik degeneratif seperti retinopati, strok, paru-paru berair, penebalan dinding jantung dan penyakit berkaitan jantung, pengerasan dinding arteri terutama di jantung, buah pinggang dan otak dan boleh membawa maut.

http://azzahrah.my/en/images/downloads/Panduan_Pemakanan_HPT.pdf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...