Darah Tinggi Pembunuh Senyap

Salah satu sebab mengapa penyakit darah tinggi `diabaikan' ialah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala `menakutkan' yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada masa yang sama, ia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya.

Justeru, tidak hairanlah jika kita `kurang berminat' untuk mempedulikan bacaan tekanan darah setiap kali menjalani pemeriksaan doktor. Malah, rata-rata juga beranggapan bahawa darah tinggi atau dalam istilah perubatannya, hipertensi ini bukanlah satu ancaman kepada kesihatan.

Tanggapan dan penilaian sebegini menyebabkan kita melakukan satu kesilapan yang cukup besar. Hipertensi, yang diklasifikasikan sebagai `penyakit senyap' inilah sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius. Ini termasuklah penyakit jantung, angin ahmar (strok) dan kegagalan buah pinggang berfungsi.

``Secara tidak langsung, ia juga mempunyai impak yang besar pada ekonomi kerana kos penjagaan pesakit meningkat dan kehilangan produktiviti akibat pesakit tidak dapat bekerja,'' demikian menurut Ketua Jabatan Nefrologi, Jabatan Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaki Murad.

Kurangnya kesedaran dan minat orang ramai untuk mengambil tahu berhubung hipertensi ini menyebabkan kadar peratusannya cukup membimbangkan. Di negara ini sahaja, tinjauan Mobiditi dan Kesihatan Kebangsaan pada 1996 mendapati, 30 peratus penduduk yang berusia 30 tahun ke atas menghidap hipertensi.


Hipertensi

Hipertensi merupakan satu keadaan di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 meningkat secara berterusan. Seseorang itu diklasifikasikan sebagai penghidap hipertensi setelah ujian ulangan dilakukan beberapa kali. Bagaimanapun, seseorang tidak dikategorikan sebagai penghidap hipertensi jika bacaan tekanan darah yang melebihi paras biasa hanya sekali.

Hipertensi berlaku apabila arteri-arteri atau dinding cabang pembuluh darah halus menjadi keras dan menyukarkan darah melaluinya. Kesannya, tekanan darah meningkat dan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacaan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 atau lebih, ini bermakna anda menghidap hipertensi.

Setiap hari jantung akan berdenyut lebih daripada 100,000 kali. Darah akan dipam dari jantung ke seluruh pembuluh darah setiap kali jantung berdenyut. Di antara degupan jantung, tekanan dalam dalam pembuluh akan menurun. Bacaan tekanan darah direkodkan dalam dua nombor, contohnya 120/80.

Nombor yang pertama, 120, adalah tekanan darah pada dinding pembuluh darah apabila proses degupan jantung berlaku. Ia juga dikenali sebagai sistolik. Manakala, nombor kedua, 80, merupakan tekanan pada pembuluh darah ketika jantung berehat antara degupan jantung. Ia dikenali sebagai diastolik.

Hipertensi Tidak Memilih Jantina di Kalangan Penghidapnya.

Secara purata, dianggarkan satu per tiga penduduk di seluruh dunia menghidap hipertensi. Kajian di Amerika Syarikat (AS), mendapati kekerapan menghidap hipertensi lebih tinggi di kalangan penduduk negara itu, terutama mereka yang berketurunan Afrika dan Caribbean.

Menurut Dr. Zaki, sebagai langkah mencegah dan menangani hipertensi lebih berkesan, garis panduan rawatan hipertensi diperkenalkan khusus untuk pengamal perubatan.

Garis panduan praktik klinikal (CGPs) edisi ke-2 ini adalah hasil usaha panel Garis Panduan Rawatan Hipertensi Malaysia, Kementerian Kesihatan, Akademi Perubatan Malaysia dan Persatuan Hipertensi Malaysia.

``Garis panduan ini diterbitkan untuk menyelaraskan amalan pengamal perubatan di seluruh negara apabila merawat pesakit hipertensi,'' katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Pada masa yang sama, orang ramai dinasihatkan mengambil peluang menjalani pemeriksaan tekanan darah setiap kali berjumpa doktor.

Menurut Dr. Zaki, oleh kerana hipertensi adalah pembunuh senyap, pesakit dinasihatkan supaya mematuhi jadual ubat-ubatan yang ditetapkan. ``Kegagalan pesakit mematuhi jadual rawatan ubat-ubatan yang ditetapkan menyebabkan masalah ini sukar dikawal.

``Malah, risiko menghidap penyakit kronik seperti serangan jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang berfungsi juga tinggi,'' katanya. Beliau tidak menafikan, ubat-ubatan antihipertensi yang perlu diambil seumur hidup ini mempunyai kesan sampingan tersendiri.

Namun, katanya orang ramai tidak perlu bimbang dengan generasi baru ubat-ubatan antihipertensi kerana sebahagian besarnya mempunyai kesan sampingan yang terlalu sedikit. Menangani hipertensi tanpa ubat-ubatan (non pharmacological management) melalui perubahan gaya hidup juga memainkan peranan penting dalam menangani hipertensi.

Ini termasuklah:
  • Mengawal berat badan
  • Mengurangkan pengambilan garam
  • Tidak mengambil minuman keras
  • Melakukan senaman secara kerap
  • Pemakanan sihat
  • Berhenti dari merokok.

Jenis Hipertensi

Hipertensi essential (HE)

Ia diwarisi secara keturunan dan faktor persekitaran. Dianggarkan 90 peratus mereka yang menghidap hipertensi terdiri daripada jenis ini. HE ini tidak boleh dicegah, tetapi kesannya dicegah.

Seseorang lebih cenderung mendapat hipertensi ini sekiranya mereka mengambil makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Tekanan juga, dikenal pasti sebagai faktor penyumbang hipertensi jenis ini.

Hipertensi sekunder

Ia disebabkan oleh penyakit-penyakit hormon, jantung, ubat-ubatan, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.

Gejala

Hipertensi tidak menunjukkan sebarang gejala kepada penghidapnya. Bagaimanapun, jika hipertensi terbabit agak serius, individu terbabit biasanya mengalami sakit kepala.

Apakah Yang Meningkatkan Tekanan Darah?

Tekanan darah meningkat sekiranya ada tindak balas pada aktiviti lasak seperti senaman dan terkejut. Keadaan seperti ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen bertambah dan tekanan darah meningkat.

Dalam keadaan sejuk secara tiba-tiba, kapilari darah bawah kulit akan mengecut untuk menyimpan haba tubuh. Keadaan ini juga, meningkatkan tekanan darah. Kesemua tindak balas ini dikawal oleh sistem saraf pusat.

Peningkatan dan penurunan tekanan darah bergantung pada perubahan aktiviti. Ia juga cenderung untuk meningkat seiring dengan peningkatan usia. Sekiranya, bacaan tekanan darah meningkat setelah beberapa kali ujian dilakukan, ia dikenali sebagai hipertensi. Bagaimanapun, jika bacaan ini menurun pada tahap tertentu, ia dikenali sebagai hipotensi.

Klasifikasi ini berdasarkan bacaan purata yang diambil dua kali atau lebih setiap kali berjumpa doktor, selepas lawatan imbasan peringkat permulaan.

Apabila tekanan darah sistolik dan diastolik termasuk dalam pelbagai kategori, kategori tertinggi akan dipilih untuk mengklasifikasikan tekanan darah individu terbabit.

Sumber Maklumat: Utusan Malaysia

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/607-darah-tinggi.html

Salah Satu Penyebab Darah Tinggi Zaman Sekarang

Masa-masa “peak time”, semua orang nak cepat ke tempat kerja atau nak cepat balik rumah dari tempat kerja. Kita pun penat jugak, sama macam dia orang. Tapi dalam penat dan letih tu, kita masih juga ikut peraturan: masuk lorong yang betul, duduk dalam barisan, kiu elok-elok, tunggu lampu merah nak jadi hijau kat simpang jalan.

Tup-tup, ada hamba Allah yang senang-lenang jer cilok dari kiri atau kanan, sua muncung kereta dia depan kita!! Tak ke rasa geram, rasa marah, rasa stress?


ada sesapa lagi nak cilok, silakan!!

Dah la buat perangai buruk macam tu, dia orang ni langsung tak rasa bersalah pulak tu. Tak angkat tangan tabik “I am sorry but..” langsung. Macamlah apa yang dia orang buat tu yang betul, kita yang duduk tercangok tunggu dari tadi tu, bodoh piang.

Tapi nak buat macam mana, zaman facebook ni, bukan bulih tegur orang-orang yang buat kelaku tak senonoh ni. Kalau kita tegur, silap haribulan kita pulak yang kena bantai dengan steering lock.

So nak buat apa?

Buat donno jer lah. Tahan marah, tahan geram, takut blood pressure mendadak naik, susah kita jugak, bukan dia orang tu. kalau masih sabar lagi, doakan semoga dia orang ni diberi petunjuk menjadi orang yang bertimbangrasa satu hari nanti.

http://ceritapakngah.com/06/salah-satu-penyebab-darah-tinggi-zaman-sekarang/

Gula Berlebihan Akibatkan Risiko Tekanan Darah Tinggi

Dalam satu kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini mendapati bahawa makanan yang tinggi kandungan gulanya mungkin akan menambah risiko penyakit tekanan darah tinggi.

Sebanyak 4,528 orang dewasa yang tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit tekanan darah tinggi terlibat dalam kaji selidik ini.

Mereka mengambil 73.7 gram gula fruktosa dalam bentuk gula atau sirup sehari dan menunjukkan risiko gandaan pada tekanan darah di mana tekanan sistolik akan melebihi 160. Secara amnya, tekanan sistolik seseorang dewasa adalah tidak melebihi 120.

Pada pemeriksaan tekanan darah, dua angka didapati. Angka yang lebih tinggi diperoleh pada saat jantung berkontraksi (sistolik), angka yang lebih rendah diperoleh pada saat jantung berelaksasi (diastolik). Tekanan darah kurang dari pada120/80 mmHg diklasifikasikan sebagai "normal". Pada tekanan darah tinggi, biasanya tekanan sistolik dan diastolik akan menaik secara mendadak. Tekanan darah tinggi biasanya terjadi pada tekanan darah 140/90 mmHg atau ke atas.

Dr Michel Chonchol, Profesor Madya Perubatan di Pusat Sains Perubatan Universiti Colorado Denver menyatakan bahawa tekanan sistolik merupakan tumpuan kajian mereka. Ini adalah kerana perubahannya adalah besar.

Dr Chonchol menyatakan bahawa kajian yang terperinci perlu dijalankan untuk membuktikan fruktosa dalam makanan memainkan peranan yang penting dalam penyakit tekanan darah tinggi.

Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association) mencadang supaya mengurangkan makanan dan minuman yang ditambah dengan gula. Mereka berpendapat bahawa pengambilan gula yang berlebihan akan meningkatkan tekanan darah.


Sam Wong
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kesihatan/336-gula-berlebihan-akibatkan-risiko-tekanan-darah-tinggi

Minuman Darah Tinggi - Jus Seleri Bersama Apple Dan Karot


Salam…
Entri saya kali ni adalah resepi untuk mengurangkan tekanan darah tinggi… Hasil dari menggoogle… terciptalah jus ni…. Actually sayur seleri ( celery ) sangat berkesan untuk menurunkan tekanan darah… Cuma rasanya memang kurang sedap tapi setelah dicampur dengan apple hijau dan karot rasanya akan lebih sedap. Sebelum saya gi check doktor saya minum dulu jus ni … kesannya bacaan menurun sikit… iaitu dari 140/90 dah turun kepada 140/80. padahal saya baru minum sekali saja…. Jom layan resepi..

Resepi Jus Seleri bersama Apple dan karot
1 batang celeri
1/2 biji karot
1 biji apple
1 1/2 gelas air
1 sudu gula ( jika suka )

Cara penyediaan
1. Satukan seleri, karot, apple, air dan gula dalam blender.
2. Kisar hingga hancur, tapis dan hidangkan…
** minumlah setiap pagi dan petang ( 2 kali sehari )

http://www.potretkasih.com/2011/03/25/jus-seleri-bersama-apple-dan-karot/

Tekanan Darah

 

Tekanan darah

Tekanan darah (tegas berbicara: tekanan pembuluh darah) merujuk pada kekuatan yang diberikan oleh peredaran darah pada dinding pembuluh darah, dan merupakan salah satu dari tanda-tanda vital utama. Tekanan darah menurun beredar bergerak darah melalui arteri, arteriol, kapilari, dan vena, tekanan darah istilah umumnya merujuk pada tekanan arteri, iaitu tekanan dalam arteri besar, arteri menjadi pembuluh darah yang membawa darah menjauh dari jantung.

Mengukur tekanan darah

Arteri tekanan ini paling sering diukur melalui sphygmomanometer, yang menggunakan quality medan raksa untuk mencerminkan tekanan beredar. Walaupun banyak yang menggunakan merkuri moden peranti tekanan pembuluh darah tidak lagi, nilai tekanan vaskular masih universal dilaporkan dalam milimeter merkuri (mmHg).

Tekanan sistolik arteri ditakrifkan sebagai tekanan puncak di arteri, yang terjadi dekat awal kitaran jantung, tekanan arteri diastolik ialah tekanan darah terendah (pada fasa rehat dari kitaran jantung). Tekanan darah rata-rata sepanjang kitaran jantung dilaporkan sebagai rata-rata tekanan arteri, tekanan nadi mencerminkan perbezaan antara maksimum dan minimum tekanan diukur.

Nilai yang umum untuk berehat, manusia dewasa yang sihat adalah sekitar 120 mmHg (16 kPa) sistolik dan 80 mmHg (11 kPa) diastolic (ditulis sebagai 120/80 mmHg, dan berbicara sebagai "satu dua puluh lebih dari lapan puluh") dengan variasi individu yang besar. Langkah-langkah ini tekanan darah tidak statik, tetapi mengalami variasi alam dari satu detak jantung yang lain dan sepanjang hari (dalam irama sirkadian), mereka juga berubah sebagai respon terhadap stres , faktor pemakanan, ubat-ubatan, atau penyakit tekanan. hipertensi darah tinggi ( ) merujuk pada tekanan darah yang abnormal tinggi, sebagai lawan hipotensi, ketika abnormal rendah. Seiring dengan suhu tubuh, pengukuran tekanan darah adalah parameter fisiologi yang paling sering diukur.

American Heart Association Menurut American Heart Association:

Tekanan darah di bawah 120 lebih dari 80 mmHg (milimeter air raksa) dianggap optimum untuk orang dewasa. Tekanan sistolik 120-139 mmHg atau tekanan diastolik 80 hingga 89 mmHg dianggap "prehipertensi" dan perlu diamati dengan cermat. Sebuah tekanan darah membaca 140 lebih dari 90 atau lebih tinggi dianggap meningkat (tinggi).

Optimal tekanan darah berkaitan dengan risiko kardiovaskular adalah kurang dari 120/80 mm Hg. Namun, pembacaan yang luar biasa rendah harus dinilai untuk mengenal pasti punca perubatan.

Tekanan darah monitor

Bagi beberapa orang, tekanan darah diukur dalam pejabat doktor mungkin tidak ada hubungannya dengan pengukuran realiti mereka. Sampai satu dari 4 orang "hipertensi jas putih" yang bererti tekanan darah pembacaan mereka melawat doktor lebih tinggi dari tekanan darah sebenarnya. Hal ini dapat hasil dari kecemasan yang berkaitan dengan pemeriksaan oleh ahli kesihatan. The misdiagnosis hipertensi (tekanan darah tinggi) untuk pesakit ini boleh menyebabkan rawatan tidak perlu dan mungkin berbahaya. Debat terus mengenai pentingnya kesan ini. Beberapa pesakit reaktif juga akan bertindak balas terhadap rangsangan lain di seluruh kehidupan sehari-hari mereka, dan memerlukan rawatan. Kesan jas putih mungkin merupakan penunjuk yang dikenakan penyelidikan lebih lanjut. Di sisi lain, dalam beberapa kes tekanan darah rendah membaca dari khas berlaku di pejabat doktor dan pesakit ini mungkin gagal untuk mendapatkan rawatan tekanan darah tinggi diperlukan.

Tekanan Darah Tinggi

Semua peringkat di atas 120/80 mmHg disebut "hipertensi" atau tekanan darah tinggi. Hipertensi meningkatkan risiko anda, dan risiko tumbuh sebagai tahap tekanan darah meningkat. Jika anda mempunyai diabetes atau penyakit buah pinggang kronik, Tekanan Darah Tinggi ditakrifkan sebagai 130/80 mmHg atau lebih tinggi. nombor Hipertensi juga berbeza untuk anak-anak dan remaja.

Semua peringkat tekanan darah meletakkan tekanan mekanikal pada dinding arteri. Hipertensi meningkatkan beban kerja jantung dan perkembangan daripada pertumbuhan rangkaian yang tidak sihat (ateroma) yang berkembang dalam dinding arteri. Semakin tinggi tekanan, semakin stres yang hadir dan ateroma lebih cenderung kemajuan dan otot jantung cenderung menebal, memperbesar dan menjadi lebih lemah dari masa ke masa.

National Institutes of Health Institut Kesihatan Nasional tuntutan tentang 1 dari 3 orang dewasa di Amerika Syarikat telah Tekanan Darah Tinggi.

Hipertensi sendiri biasanya tidak mempunyai gejala. Anda boleh memilikinya selama bertahun-tahun tanpa menyedarinya. Selama ini, walaupun, itu boleh merosakkan jantung, pembuluh darah, ginjal, dan bahagian lain tubuh anda.

Inilah sebabnya mengapa mengetahui nombor tekanan darah anda adalah penting, bahkan ketika anda merasa baik-baik saja. Jika tekanan darah anda normal, anda boleh bekerja dengan pasukan penjagaan kesihatan anda untuk tetap seperti itu. Jika tekanan darah anda terlalu tinggi, anda perlu rawatan untuk mengelakkan kerosakan pada organ-organ tubuh anda.

Punca tekanan darah tinggi

Tekanan darah cenderung meningkat dengan usia, kecuali jika anda mengambil langkah-langkah untuk mencegah atau mengontrolnya. masalah perubatan tertentu, seperti penyakit buah pinggang kronik, penyakit tiroid , dan insomnia , boleh menyebabkan tekanan darah meningkat. ubat-ubatan tertentu, seperti asma ubat-ubatan (contohnya kortikosteroid) dan-bantuan produk sejuk, juga boleh meningkatkan tekanan darah.

Perempuan mengambil kawalan pil KB biasanya memiliki sebuah bukit kecil di kedua-dua tekanan darah diastolik dan sistolik. Jika anda sudah memiliki hipertensi dan ingin menggunakan kawalan pil KB, pastikan doktor anda mengetahui tentang tekanan darah tinggi anda. Berbicara kepadanya tentang seberapa sering anda harus mempunyai tekanan darah anda diperiksa dan bagaimana mengendalikannya semasa mengambil pil.

Tekanan Darah Tinggi Komplikasi

Beberapa keadaan kesihatan yang serius berpotensi berkaitan dengan tekanan darah tinggi, termasuk:
  • Aterosklerosis: penyakit arteri disebabkan oleh penumpukan plak, atau bahan lemak, di dinding bahagian dalam pembuluh darah. Hipertensi (tekanan darah tinggi) memberikan sumbangan untuk penumpukan ini dengan menempatkan stres ditambah dan gaya pada dinding arteri.
  • Penyakit Jantung: gagal jantung (jantung tidak boleh secara memadai mengepam darah), penyakit jantung iskemik (rangkaian jantung tidak mendapatkan cukup darah), dan kardiomiopati hipertrofik hipertensi (jantung membesar) adalah semua yang berkaitan dengan tekanan darah tinggi.
  • Ginjal Penyakit: Tekanan darah tinggi (hipertensi) boleh merosakkan pembuluh darah dan penapis pada ginjal, sehingga ginjal tidak dapat mengekskresikan sampah dengan betul.
  • Stroke: Tekanan darah tinggi (hipertensi) boleh menyebabkan stroke, baik dengan menyumbang terhadap proses aterosklerosis (yang boleh menyebabkan penyumbatan dan / atau bekuan), atau dengan melemahnya dinding pembuluh darah dan menyebabkan itu pecah.
  • Penyakit mata: Tekanan darah tinggi (hipertensi) boleh merosakkan pembuluh darah sangat kecil di retina.

Hipertensi

Gaya hidup yang tidak sihat akan meningkatkan tekanan darah anda dari masa ke masa. Dan tekanan darah menjadi lebih tinggi anda, semakin tinggi risiko anda mengalami stroke atau serangan jantung di masa depan.

Tetapi kabar baiknya adalah bahawa jika anda mempunyai hipertensi, perubahan yang sihat akan membantu untuk membawanya ke bawah. Dan anda tidak perlu menunggu sehingga anda mempunyai tekanan darah tinggi untuk melakukan perubahan gaya hidup sihat. Semakin anda dapat mengurangkan hipertensi anda, semakin rendah risiko dari jantung atau stroke akan.

Tekanan Darah Persatuan Menurut Persatuan Tekanan Darah:

Menjadi cukup aktif selama 30 minit lima kali seminggu dapat menjaga jantung anda sihat, dan dapat menurunkan hipertensi anda. Jika anda tidak dapat mencari 30 minit di hari anda, meningkatkan aktiviti anda dengan bahkan sejumlah kecil boleh membantu.
Mengubah diet dan menjadi lebih aktif benar-benar dapat membantu anda mengawal dan mengurangkan hipertensi, tetapi mereka tidak dapat menurunkan cukup sendiri. Anda mungkin perlu mengambil ubat tekanan darah untuk menurunkan lebih lanjut.

Menjaga Tekanan Darah

tindakan Gaya Hidup boleh membantu anda mengekalkan tekanan darah normal. Bahkan jika anda mempunyai hipertensi, anda masih boleh mengambil langkah-langkah untuk mencegah masalah jangka panjang boleh menyebabkan:
  • Ikuti pola makan yang sehat yang berfokus pada banyak buah-buahan, sayur-sayuran, dan produk susu rendah lemak. Rencana tersebut juga harus rendah dalam lemak tepu dan trans dan garam.
  • Jadi aktif selama minimal 1 hingga 2 jam per hari. Berwarna batas waktu di depan TV atau komputer untuk 2 jam pada hari paling banyak.
  • Pertahankan berat badan yang sihat. Pertimbangkan berat badan program jika anda mengalami obesitas.
  • Berhenti merokok
  • Anda menguruskan stres dan kecemasan dan belajar untuk mengatasi stress.
Hormat kami,
Doc web anda

http://ms.yourwebdoc.com/bloodpressure.php 

Kesan Tekanan Darah Tinggi Kepada Buah Pinggang

Tekanan Darah Tinggi Yang Tidak Dikawal Akan Menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang Yang berkekalan

Buah pinggang memainkan peranan utama dalam mengawal tekanan darah ke tahap yang normal.Walaubagaimana pun,tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan merosakkan pembuluh darah di buah pinggang.Keadaan ini akan menyebabkan buah pinggang anda mengalami kerosakan.

Tekanan darah adalah ukuran daya kekuatan darah terhadap dinding pembuluh darah.Jika tekanan darah kekal berada dalam keadaan lebih tinggi dari biasa,maka ianya di sebut tekanan darah tinggi atau hipertensi.Peningkatan cecair dalam darah dan saluran darah tersumbat juga boleh meningkatkan tekanan darah.

Tekanan darah tinggi yang berkekalan akan menyebabkan jantung anda bekerja keras dan akhirnya akan menjadikan pembuluh darah yang membawa darah ke seluruh tubuh akan rosak.Kerosakan pembuluh darah di buah pinggang akan menyebabkan ketidakmampuannya untuk mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan dan cecair tambahan dari tubuh.

Tekanan darah tinggi juga merupakan punca utama kepada berlakunya kegagalan buah pinggang atau di kenali sebagai End Stage Renal Disease(ESRD).Mereka yang mempunyai masalah ini perlu menjalani rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk meneruskan kehidupan.

Bacaan terbaik yang mesti anda kekalkan untuk menjaga tekanan darah anda terutamanya jika anda mempunyai masalah buah pinggang ialah 130/80.

Tanda Dan Gejalanya

Tekanan darah tinggi pada kebiasaannya tidak mempunyai apa-apa tanda atau gejala yang menunjukkan anda mempunyai tekanan darah tinggi.Kebanyakannya langsung tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai tekanan darah tinggi.Ini kerana mereka langsung tidak mengalami apa-apa tanda.Dan ada sesetengahnya pula akan mengalami sakit kepala.

Sesetengahnya hanya akan mengetahui bahawa mereka mempunyai tekanan darah tinggi setelah berlakunya beberapa jenis penyakit seperti stroke,penyakit jantung atau kerosakan buah pinggang.

 

Satu cara untuk mengetahui apakah tekanan darah anda tinggi dari yang sepatutnya adalah dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah yang dilakukan oleh mereka yang pakar.
Saya syorkan anda beli alat untuk memeriksa tekanan darah anda.Ianya ada dijual di farmasi-farmasi di tempat anda.Dengan alat ini anda boleh memeriksanya sendiri dan lebih kerap.

Rawatan untuk tekanan darah tinggi meliputi perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan.Sentiasa mengikuti rancangan rawatan yang ditetapkan kerana ianya sangat penting bagi mengelak atau melambatkan komplikasi kepada buah pinggang anda atau pun penyakit-penyakit lain.Ianya juga akan dapat membantu anda untuk sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa aktif.

Perubahan gaya hidup antara lain ialah meliputi diet makanan yang sihat berkhasiat,banyakkan bersenam dan bersukan,menjaga berat badan yang sihat dan juga mengawal pengambilan kafein dan alkohol.Bagi anda yang beragama Islam,ketahuilah kerana sesungguhnya pengambilan alkohol(arak) adalah haram.

1) Sentiasa mengikut rancangan diet pemakanan yang telah ditetapkan.
Hadkan pengambilan garam harian kepada 2000 miligram sehari atau lebih rendah.
Elakkan pengambilan makanan yang berlemak dan tinggi kandungan kolestrol dalam diet anda.
Hadkan dan sebaiknya elakkan terus pengambilan alkohol.Pengambilan terlalu banyak alkohol akan meningkatkan tekanan darah.Dan diulangi arak adalah HARAM di sisi agama Islam.
Dan sekiranya anda sudah mempunyai masalah buah pinggang,doktor mungkin akan meminta anda untuk mengurangkan pengambilan sumber protein.

2) Lakukan banyak senaman fizikal dalam aktiviti harian anda.Anda boleh bertanya kepada pakar kesihatan apakah aktiviti fizikal yang sesuai untuk anda.Disiplinkan diri agar melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya seminggu 3 kali.Anda boleh melakukan aktiviti yang ringan seperti berjogging,berjalan cepat dan juga berbasikal.

Bagi sesetengah individu,mengamalkan gaya hidup sihat sudah cukup untuk mengawal tekanan darah mereka.Walaubagaimanapun,pada sesetengahnya pula memerlukan kepada pengambilan ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah mereka.

Ada banyak jenis ubat yang dapat anda ambil untuk mengawal tekanan darah anda,tetapi ada dua jenis ubat yang bukan sahaja dapat mengawal tekanan darah anda,malah ianya dapat membantu untuk melindungi fungsi buah pinggang.

Ubat-ubat tersebut ialah angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitor dan angiotensin receptor blocker (ARB).Selain itu doktor anda mungkin akan sertakan ubat Dueratik atau disebut sebagai ‘pil air’ bersama dengan ACE dan ARB.Fungsi dueratik ialah untuk membantu mengepam keluar lebihan air dan juga garam dari tubuh.Ini akan menyebabkan cecair menjadi kurang dalam darah dan sekaligus akan mengurangkan tekanan darah.

Sekiranya anda tidak merasakan apa-apa perubahan,lakukanlah pemeriksaan tekanan darah secara teratur.Dengan ini akan dapat mengesan lebih awal sekiranya berlaku tekanan darah tinggi.Pengesanan dan rawatan di peringkat awal tekanan darah tinggi akan membantu untuk melindungi fungsi buah pinggang anda dan mencegahnya daripada rosak.Selain itu dapat juga mengelakkan berlakunya sebarang komplikasi lain.

kredit gambar:http://www.bennz.co.cchttp://buahpinggangsihat.com/penjagaan-buah-pinggang/kesan-tekanan-darah-tinggi-kepada-buah-pinggang/

Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi


Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan.

- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

- Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.

- Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

- Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

- Makan biji buah Peria.

- Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

- Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.

- Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.

- Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap.

http://maugemuk.com/blog/?p=291
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...