Darah Tinggi Wabak Global Pada 2025

PARIS: Tekanan darah tinggi diramal menjadi ancaman kesihatan dunia menjelang 2025, menurut kajian yang menjangkakan dalam tempoh 20 tahun akan datang jumlah dewasa menghidap penyakit darah tinggi akan meningkat.



Kajian berkenaan yang disiarkan majalah mingguan Britain, The Lancet menyatakan dalam tempoh itu jumlah mereka yang menghidap penyakit itu akan meningkat daripada seorang dalam empat penduduk kepada seorang dalam tiga penduduk.

Laporan itu dikeluarkan berdasarkan 30 kajian mengenai penyakit darah tinggi dalam masyarakat berpuluh-puluh negara dunia yang disiarkan sejak 13 tahun lalu.

Menurut kajian, pada 2000, jumlah lelaki dewasa yang menghidap darah tinggi adalah 972 juta iaitu 333 juta di negara kaya dan 639 juta di negara membangun.

Menjelang 2025, jumlah itu diramal meningkat kira-kira 60 peratus atau mencecah 1.56 bilion atau seorang daripada tiga penduduk dunia. Negara membangun akan menerima akibat paling buruk dengan peningkatan itu.

Insiden tekanan darah tinggi akan meningkat kepada 80 peratus di negara membangun dan pengarang laporan itu menyatakan, jumlah itu mungkin terlalu rendah jika dibandingkan dengan perubahan mendadak cara hidup di negara yang begitu pantas membangun.

Bagaimanapun, kajian itu meramalkan hanya peningkatan 24 peratus di negara maju.

Antara punca peningkatan ketara penyakit itu adalah pertambahan penggunaan produk tembakau terutamanya di negara Asia, makanan berlemak yang menyebabkan kolestrol, kurang bersenam serta penggunaan garam yang tinggi dalam makanan sudah diproses.

Kajian itu diketuai oleh Jaing He dari Sekolah Perubatan Awam dan Ubatan Tropika, Universiti Tulane, New Orleans, Louisiana.

Tekanan darah tinggi adalah punca utama kepada penyakit jantung termasuk angin ahmar yang dikatakan menjadi penyebab kepada kira-kira 30 peratus kematian di seluruh dunia.

Kadar itu jelas ketara antara negara kaya yang melabur banyak wang dalam kempen kesedaran bagi menggalakkan penduduk mereka bersenam dan memakan makanan sihat.

Kempen kesedaran dan program kesihatan di negara miskin pula banyak terganggu akibat kurangnya peruntukan kewangan. – AFP

http://intanaaroni.multiply.com/reviews/item/8

3.5 Juta Enggan Jalani Rawatan Darah Tinggi




KUALA LUMPUR – Ketidakprihatinan masyarakat terhadap penyakit darah tinggi kini membimbangkan apabila kira-kira 3.5 juta penghidap penyakit tersebut di negara ini langsung tidak mendapatkan rawatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, jumlah tersebut meliputi 61 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu 5.7 juta orang.

Katanya, golongan berumur 30 tahun dan ke atas dikenal pasti berisiko diserang penyakit darah tinggi yang merupakan faktor utama kepada serangan jantung dan strok.

Serangan jantung dan strok mencatatkan 17.5 juta kematian di seluruh dunia setakat ini.

“Rekod kita mendapati 2.2 juta pesakit darah tinggi menjalani rawatan tetapi 3.5 juta lagi pesakit langsung tidak berbuat demikian.

“Ini bermakna masyarakat bersikap sambil lewa terhadap penyakit tersebut yang merupakan pembunuh senyap,’’ katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Saintifik Persatuan Hipertensi Malaysia di sini semalam.

Kosmo

http://www.harian-metro-online.com/3-5-juta-enggan-jalani-rawatan

Lelaki Muda Tak Endah Darah Tinggi

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2010/07/04

pix_gal0
Golongan bujang enggan jalani pemeriksaan, dapatkan rawatan

APA kaitan usia dengan sikap? Mungkin tidak jika ia membabitkan soal biasa, tetapi apabila menyentuh ancaman penyakit bahaya seperti darah tinggi sikap tak ambil pusing itu ibarat jerat yang bakal mengundang padah.
Inilah yang paling ketara apabila hasil kajian terbaru ke atas 150,000 responden di 17 negara, termasuk Malaysia menunjukkan lelaki bujang dan masih muda adalah golongan paling kurang kesedaran mengenai tekanan darah tinggi atau hipertensi.
Sudahlah tidak ambil pusing, lebih memburukkan lagi keadaan, golongan ini tidak peduli untuk tampil menjalani pemeriksaan atau pun mendapat rawatan.

Analisis yang dibentangkan di Beijing, baru-baru ini, berdasarkan Kajian Prospektif Epidemiologikal Kawasan Bandar dan Pedalaman (PURE). Selain Malaysia, kajian itu dijalankan di Kanada, Sweden, China, Argentina, Turki dan Iran.

“Di seluruh dunia, tekanan darah tinggi diketahui sebagai punca utama masalah kardiovaskular tetapi amat malang masih ada sekelompok penduduk yang tidak peduli atau kurang menyedari masalah ini sekali gus tidak mengawal tekanan darah dengan baik,” kata Penolong Profesor di Universiti McMaster Hamilton, Kanada, Dr Clara Chow.

Pandangan itu turut dipersetujui jurucakap Persatuan Hipertensi Amerika Syarikat, Dr Daniel Lacklan.
“Berbanding lelaki sudah melewati usia 40-an, lelaki muda terutama masih bujang ini sukar mempercayai yang mereka juga berisiko hidap darah tinggi dan tidak berminat menemui doktor.

“Sikap itu dikesali kerana hakikatnya, mereka jugalah kelompok yang paling mudah menangani ancaman darah tinggi hasil perubahan gaya hidup seperti menguruskan badan. Rawatan adalah kunci utama kelangsungan hayat pengidap darah tinggi,” katanya.

Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh mengundang padah kerana mendedahkan individu kepada ancaman penyakit lain seperti sakit jantung, serangan angin ahmar atau strok dan kegagalan buah pinggang.

Selain itu, kajian terbaru itu turut menunjukkan tahap kesedaran antara penduduk bandar dan luar bandar di negara berpendapatan tinggi dengan negara miskin juga sangat jauh berbeza.

Di kawasan bandar dan luar bandar di negara yang berpendapatan tinggi, kadar kesedaran mengenai tekanan darah tinggi hampir sama iaitu 57 peratus di kawasan bandar dan 54 peratus di luar bandar.

Pengarah Pusat Kajian Strok dan Neurosains Gunaan, Universiti Auckland New Zealand, Dr Valery Feigin pula berkata terdapat bukti kadar kejadian strok di negara sedang membangun meningkat lebih daripada 100 peratus sejak empat dekad lalu sedangkan di negara membangun kes serangan strok sudah menurun 42 peratus dalam tempoh yang sama.

Jelasnya, di negara sedang membangun dalam tempoh empat dekad lalu kadar serangan strok meningkat 52 kes di kalangan 100,000 orang (dari 1970 hingga 1979) kepada 117 di kalangan 100,000 orang sepanjang tahun 2000 hingga 2008.

Bagaimanapun, kadar strok menurun daripada 163 di kalangan 100,000 orang untuk tempoh 1970 hingga 1979 kepada 94 kes untuk setiap 100,000 orang bagi tahun 2000 hingga 2008 di negara membangun.

Lebih daripada itu, kadar purata kes strok yang membawa kepada kematian adalah 27 peratus di negara sedang membangun pada tahun 2000 hingga 2008 berbanding 25 peratus di negara membangun untuk tempoh yang sama.

“Pola perubahan dalam kes strok yang membawa mortaliti disumbangkan oleh perubahan dalam kadar kejadian strok. Angka ini menunjukkan perlunya langkah segera bagi menangani epidemik strok ini. Kajian ini juga sangat menakutkan dan merupakan beban pada negara sedang membangun,”katanya.

Panduan Asas Tekanan Darah
Kategori Systolic (mm Hg) Diastolic (mm Hg)
Optima kurang 120 dan kurang 80
Normal kurang 130 dan kurang 85
Normal (tinggi) 130-139 atau 85-89

Info: Kawal tekanan darah tinggi


  • Kurangkan berat badan


  • Bersenam


  • Kurangkan pengambilan garam dan ambil menu yang sihat


  • Berhenti merokok


  • Kurangkan pengambilan kafein


  • Kurangkan tekanan


  • Lakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala. 

  • http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakimudatakendahdarahtinggi/Article/index
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...