Penyakit darah tinggi dan
kencing manis merupakan penyakit yang saling berkait rapat. Begitu juga
dengan sakit jantung dan kegagalan buah pinggang. Biasanya, jika anda
mengalami penyakit kencing manis,
risiko untuk dihidapi 3 penyakit yang dinyatakan tadi amat tinggi.
Lebih-lebih lagi jika anda tak kawal paras gula dalam darah.
Manakala sakit tekak pula
merupakan gejala biasa yang dialami oleh orang dewasa mahupun
kanak-kanak. Bila dah sakit tekak, biasanya ia akan disusuli pula dengan
batuk dan bersin.
Bagi masalah kencing tak lawas, ia terjadi akibat berlakunya jangkitan pada saluran kencing. anda Kesannya, anda yang menghidapnya mungkin;
- Sukar untuk menahan kencing,
- Tak dapat kepuasan yang sepatutnya semasa kencing,
- Terasa pedih dan panas sewaktu kencing,
- Kekadang akan mengalami kencing berdarah
- Mengalami demam dan
- Sakit pada bahagian ari-ari.
Uihh... begitulah serba ringkas info tentang penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit tekak dan kencing tak lawas.
Namun begitu, anda masih berpeluang untuk merawatnya sebelum terlambat.
Setiap penyakit tentu ada ubatnya. Salah satunya adalah dengan
mengamalkan petua tradisional. Iaitu dengan meminum jus belimbing besi
sebanyak 2 atau 3 kali sehari. :)
Jus Belimbing Besi - amountainofcrushedice.wordpress.com
Langkah-langkah penyediaan jus belimbing besi:
1. Ambil 3 biji buah belimbing besi dan basuh sampai bersih.
Buah Belimbing Besi - Wikipedia
2. Anda kisar kesemua belimbing besi tadi.
3. Setelah itu, anda minumlah jusnya. Anda boleh bahagikannya dengan membuat 2 atau 3 kali minum.
Itu saja. Haha... rasanya ini mungkin antara ubat darah tinggi, kencing manis, sakit tekak dan kencing tak lawas yang paling sedap kot. :D
Selamat