KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang mengalami tekanan disarankan
berjumpa pakar psikiatri bagi mengelakkan penyakit seperti darah tinggi
dan diabetes, kata Ketua Unit Pembedahan Kardiotorasik Pusat Perubatan
Universiti Malaya (PPUM)Prof Dr Raja Amin Raja Mokhtar.
Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiovaskular dan Torasik PPUM itu berkata pakar psikiatri bukan sahaja menjaga mereka yang mengalami masalah mental tetapi memberi kaunseling kepada golongan yang menghadapi tekanan.
"Tekanan boleh menyebabkan seseorang menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan mengamalkan cara hidup yang tidak sihat seperti merokok," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan taklimat kesihatan kepada para petugas agensi berita itu.
Katanya tekanan perlu diatasi sebaik mungkin bagi mengelak menghidapi penyakit-penyakit berkenaan.
Beliau berkata tahap kesedaran rakyat Malaysia untuk melakukan 'screening' atau pemeriksaan saringan, amat rendah berbanding negara lain.
Menurut beliau penduduk Malaysia berada pada kedudukan tertinggi dunia yang mengalami penyakit diabetes.
Raja Amin berkata melakukan 'screening' adalah penting untuk mendapatkan pencegahan dan rawatan awal bagi menangani sebarang penyakit kerana jika terlambat berkemungkinan risiko komplikasi akan menjadi lebih tinggi.
"Kalau kita dapat tahu awal, kita mampu mendapatkan rawatan sepenuhnya, risiko komplikasi akan kurang dan boleh tingkatkan jangka hayat seseorang serta menjadi lebih sihat," katanya.
"Setiap orang mempunyai tahap kesihatan diri yang berlainan dan ia bergantung kepada sejarah keluarga, kawasan persekitaran, cara pemakanan dan juga cara hidup seharian," katanya.
Menurutnya masyarakat Melayu ialah golongan yang ramai mengalami komplikasi kesihatan kerana mereka lebih cenderung mendapatkan rawatan alternatif berbanding perubatan moden.\
Raja Amin menasihati rakyat Malaysia supaya lebih proaktif dalam hal penjagaan kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang baik. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/nasional/jumpa-pakar-psikiatri-elak-darah-tinggi-diabetes-1.135446