Hipertension kehamilan, iaitu tekanan
 darah tinggi semasa hamil wujud apabila  berlaku tekanan darah tinggi 
selepas 20 minggu hamil yang mana tidak pernah menghadapi  masalah 
tersebut sebelum hamil. Tekanan darah tinggi akan memberi kesan kepada  
pengaliran darah ke organ seperti otak, hati, buah pinggang dan plasenta
 dan  menyebabkan organ tersebut menghadapi masalah. Keadaan ini lebih 
kerap terjadi  semasa trimester ketiga semasa waktu kehamilan. Ini 
adalah keadaan jangka masa  pendek dan tekanan darah anda akan kembali 
pulih seperti normal dalam masa 1  minggu selepas hamil.
Tekanan darah boleh 
dikenalpasti dengan  menggunakan 2 nombor yang mana tekanan sistolik 
(nombor yang berada di atas)  dan tekanan diastolik (tekanan yang berada
 di bawah). Tekanan sistolik adalah  tekanan di dalam salur darah semasa
 jantung sedang mengecut dan diastolik  adalah tekanan semasa jantung 
sedang mengendur. Tekanan darah 140/90mmHg adalah  sebagai tinggi. 
Bagaimanapun, wanita hamil selalunya mempunyai tekanan darah  dalam 
lingkungan 90/50mmHg ke 110/70mmHg. Tekanan darah tinggi boleh dijangka 
jika  tekanan darah meningkat sebanyak 30/15mmHG ( contohnya, jika 
meningkat dari  90/50mmHg ke 120/70mmHg) semasa mengandung. Walaupun 
tekanannya mungkin dilihat  sebagai normal berbanding populasi umum.
Penyebab utama tekanan 
darah tinggi berlaku masih  tidak diketahui. Ia mungkin disebabkan 
penolakan immunologikal semasa hamil  yang mana tubuh badan ibu melihat 
bayi sebagai bendasing dan seboleh-bolehnya  mencuba untuk menyahkannya.
      Tekanan   darah tinggi 
semasa hamil memberi kesan 5% terhadap kandungan dan 1 per  4 wanita 
hamil yang mana mempunyai tekanan darah tinggi akan cenderung kepada  
‘pre-eclampsia’ semasa hamil, bersalin atau selepas melahirkan anak.
 http://google-sitemapmaker.com/metromaternity/GestationalHypertension-m.html
No comments:
Post a Comment