Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@mediaprima.com.my
Pelbagai penyakit yang dulunya menundukkan nenek moyang kita
seperti polio, batuk kering dan kusta, pada sebahagian besarnya sudah
dihapuskan.
Ironinya, musuh terbesar manusia pada zaman ini muncul dalam saiz nano iaitu dalam bentuk bakteria dan virus yang tampil berikutan gaya hidup seharian kini.
Serangan jantung antara penyakit serius yang juga pembunuh nombor satu
di negara ini serta mendahului penyakit berjangkit dan kanser.
Tekanan darah tinggi berkait langsung dengan insiden penyakit jantung dan perkara itu umpama satu kelaziman.
Menurut Persatuan Hipertensi Malaysia, satu pertiga penduduk Malaysia mempunyai tekanan darah lebih tinggi daripada biasa, dan lebih buruk, separuh daripada mereka tidak menyedari hal ini, malah menyentap nyawa 10 atau 20 tahun lebih awal daripada sepatutnya.
Mencegah penyakit jantung perkara yang agak mudah. Amalkan tabiat baik seperti tidak merokok, memantau pengambilan lemak dan garam, memastikan saiz hidangan makanan yang berpatutan dan kerap bersenam.
Disebabkan ramai yang tidak mengamalkan petua mudah itu, penyakit jantung menjadi fenomena penyakit begitu berleluasa, amat sukar dikawal dan mencetus perbelanjaan penjagaan kesihatan yang meningkat sehingga berbilion ringgit
di seluruh dunia.
Tekanan darah tinggi atau lebih dikenali sebagai hipertensi juga keadaan apabila saluran darah atau arteri dalam badan terdedah kepada tekanan tinggi berterusan.
Ramai mungkin tertanya-tanya bagaimana perkara itu berlaku. Jawapan mudah yang sering kita dengar adalah ‘pengambilan garam tinggi’, ‘ia berkait rapat dengan penyakit keturunan’ atau ‘terlalu gemuk’.
Hakikatnya, hipertensi berlaku terletak kepada pergerakan molekul hormon yang amat kompleks. Ia memberi isyarat dan laluan reaktif yang menyebabkan saluran darah mengecut.
Setiap individu akan mengalami kenaikan tekanan darah tinggi secara berkala pada hari siang. Tekanan darah yang meningkat suatu perkara normal apabila seseorang bersenam, berasa gusar atau berada di situasi mental yang penuh stres.
Bayangkan hos getah air biasa di mana paip air terbuka, tetapi sebahagian dari hos getah kelihatan terlipat. Tekanan dalam hos getah naik dan lambat-laun, kita dapat melihat percikan air yang bocor dari sudut lain hos berkenaan dan lama-kelamaan, hos getah menjadi tidak berguna.
Tubuh badan kita adalah satu ciptaan luar biasa dan kita bernasib baik kerana saluran darah kita tidak bocor semudah itu. Sebaliknya, saluran darah kita bertindak balas kepada tekanan tinggi berterusan dengan menjadi lebih pekat.
Situasi itu boleh bertahan lama sekiranya kita tidak mengambil kira faktor kolesterol dan radikal bebas. Apabila semua elemen itu digabungkan, kemudaratan yang berat terjadi dalam badan.
Perkara yang berlaku dalam saluran darah adalah sebuah proses yang dipanggil aterosklerosis atau pengerasan saluran darah. Radikal bebas merosakkan dinding saluran darah dan ini menyebabkan dinding terbabit menjadi melekit kepada kolesterol yang bergerak bebas.
Hasilnya, pelbagai lapisan lemak seumpama jeli memenuhi saluran darah dan menyebabkan ia kelihatan seperti sebuah jalan yang penuh dengan bonggol dan lubang.
Dengan peredaran masa, lapisan lemak ini menyempitkan lagi saluran. Darah tidak dapat mengalir dengan mudah dan bergerak secara perlahan.
Pada bahagian otak, darah yang mengalir perlahan dalam arteri sempit boleh menyebabkan sel otak tidak berfungsi dan mati sehinggalah berlakunya demensia.
Kadangkala, aliran perlahan turut menyebabkan darah membeku dan menyebabkan strok trombotik. Kadang-kadang, apabila tekanan naik terlampau cepat, saluran tidak berupaya menjadi pekat sehingga darah membocorkan dinding dan menyebabkan pendarahan dalam otak atau strok hemoragik.
Apabila kita melihat imbasan khas atau MRI otak pesakit hipertensi, ia sesuatu yang menakjubkan. Imbasan terbabit sering menunjukkan strok senyap sudah berlaku kerana terdapat kerosakan dan darah beku di kawasan otak yang tidak membabitkan keupayaan motor dan fizikal seseorang.
Fenomena yang sama berlaku dalam saluran darah jantung. Ia menjadi sempit dan penuh dengan kolesterol umpama jeli yang terlekat pada dinding saluran darah.
Ada yang bertuah kerana hanya mengalami sesak nafas iaitu simptom yang menandakan kekurangan bekalan darah mengalir ke otot jantung.
Situasi itu turut dikenali sebagai angina. Selebihnya mungkin mengalami sakit dada teruk sehingga berpeluh dengan banyak. Rasa ketakutan menguasai pesakit dan keadaan ini menyukarkan pernafasan.
Inilah serangan jantung di mana saluran darah tersumbat sepenuhnya akibat kolesterol umpama jeli atau darah beku.
Hakikatnya, lebih ramai rakyat Malaysia yang menderita penyakit jantung pada usia lebih muda berbanding negara jiran dan Barat. Jadi, bagaimana untuk mengelakkan diri daripada menjadi sebahagian dari statistik pesakit jantung?
Menurut Persatuan Hipertensi Malaysia, mengambil langkah pertama paling sukar. Langkah pertama adalah membuat perubahan kecil seperti mengawal pengambilan nasi. Ini kerana karbohidrat menyumbang kepada penyakit diabetes dan obesiti yang secara langsung meningkatkan peluang mendapat tekanan darah tinggi.
Dapatkan tidur secukupnya. Sekiranya mengalami masalah berdengkur, berkemungkinan besar seseorang itu menderita apnea tidur dan penyakit itu berkaitan dengan tekanan darah tinggi.
Elak membawa kerja pejabat pulang ke rumah atau di tempat tidur. Matikan tablet, telefon, televisyen dan sebarang peranti kerana ia boleh menyebabkan kualiti tidur yang rendah.
Rendahkan stres dengan belajar untuk mengurus stres. Selain itu, kurangkan juga pengambilan garam kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Pengambilan garam sebanyak enam gram sehari sudah cukup dan elakkan sebarang perasa tiruan.
Berusahalah untuk berhenti merokok dan mula menambah ilmu dengan menyertai forum kesihatan bagi menambah pengetahuan kita untuk menjaga tubuh antaranya seperti forum awam dikendalikan Persatuan Hipertensi Malaysia.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Petuamudahelakhipertensi_seranganjantung//Article/article_print
No comments:
Post a Comment