Tips untuk mengurangkan tekanan darah tinggi


Kali ini saya ingin berkongsi mengenai tips bagaimana untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Tips-tips ini adalah yang telah dicuba oleh saya sendiri dan alhamduliah ianya mendatangkan kesan yang positif. Dalam bulan lepas tekanan darah saya agak tinggi iaitu mencapai 150/90. Mungkin semua ini di sebabkan oleh stress dan beban kerja yang banyak. Tuan doktor dah bagi warning, kalau dalam 3 bulan tekanan darah masih sama dan tidak turun, nak atau pun tidak terpaksalah telan ubat untuk menstabilkan tekanan darah. Hai..kalau tang telan ubat ni yang malas ni.

Bagi mengatasi masalah ini, di sini adala beberapa cara yang telah saya lakukan bagi mengurangkan tekanan darah iaitu:

1. Suka atau tidak suka yang pertama adalah tukar cara pemakanan, iaitu kurangkan makanan segera yang mengandungi garam yang tinggi. Contohnya KFC, MC Donald, Pizza, kicap, sos cili, ikan masin, telur asin dan lain-lain lagi yang di rasakan masin.

2. Lakukan aktiviti senaman yang di sukai seperti berjalan laju, jogging, berbasikal, berkebun dan sebagainya. Lakukan selama 30 minit, tiga kali seminggu.

3. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalau boleh ulam yang pahit-pahit, seperti pegaga, peria dan sebagainya. Buah-buahan pula seperti epel hijau, pisang, buah kiwi dan lain-lain. Kalau boleh buat jus epel hijau+ selery dan amalkan 3 kali seminggu.

4. Kurangkan kuantiti nasi, dan makan-makanan berserat seperti oat. Minum susu rendah lemak.

6. Minum soya kerana ia boleh memberi rasa kenyang dan mampu membantu menurunkan kolestrol dan berat badan.

Alhamdulilah dengan pengambilan makanan yang berpada-pada dan melakukan exercise sekarang ni tekanan darah saya mula menurun kepada 120/90, 130/90. Kata doktor satu perubahan yang baik. Turunkan berat badan, dan teruskan usaha bagi menurunkan lagi tekanan bagi bacaan bawahnya. Kalau bulan depan bacaan stabil dan lebih baik, so tak payah makan ubat kata doktor. Cuma kawal pemakanan dan lakukan aktiviti senaman setiap hari.

Lagi satu katanya, mungkin susah nak jaga makan, so kalau termakan banyak makanan yang tak sepatutnya, cover balik dengan makan oat, sayur-sayuran dan buah-buahan. Insya allah iannya boleh mengawal tekanan darah. Selamat mencuba.

http://www.lizahashim.com/2010/11/22/tips-untuk-mengurangkan-tekanan-darah-tinggi/

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. salam...
    tq. boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian..risau jgk,tekanan sy naik tinggi..stress agknya

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Anda ingin SIHAT? Bagus! Saya percaya Anda ingin Sihat. Kini ianya sangat MUDAH, SENANG & TANPA makan ubat-ubatan Anda boleh SIHAT! PENEMUAN oleh para doktor dimana mereka juga adalah PENGGUNA produk ini!!. Kenapa ENERTRI? Enertri merupakan produk kesihatan 100% semulajadi yang mampu mengatasi masalah:

    1. DIABETES
    2. PENYAKIT JANTUNG
    3. TEKANAN DARAH TINGGI/ RENDAH
    4. PENYAKIT ARTERI KORONORI
    5. KOLESTEROL/LDL TINGGI
    6. GANGRENE
    7. TIROID
    8. STROK
    9. DAN BANYAK LAGI...

    CEPAT!! Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk ini sila layari:
    1. https://www.facebook.com/EnertriEnerFiberOnlineStore#
    2. http://fadz5765daverdum.wix.com/enertrienerfiber

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...