Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

BERHATI-HATILAH jika anda hamil dan menghidap tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi yang dihidap selepas kehamilan 20 minggu, disebut sebagai ´preeclampsia´. Ia membahayakan kerana menurut kajian, wanita hamil yang mengalaminya cenderung untuk menghidap masalah kardiovaskular seperti pembuluh darah tersumbat dan strok, pada kemudian hari.

Wanita yang mengalami ´preeclampsia´ perlu mengawasi tekanan darah tinggi mereka dengan rapi selepas bersalin dan menukar gaya hidup agar mereka dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kardiovaskular.

Menurut satu kajian baru yang diterbitkan dalam jurnal perubatan terkemuka dunia, ´British Medical Journal´, terdapat bukti bahawa wanita yang menghidap ´preeclampsia´, lebih cenderung menghidap penyakit kardiovaskular. Penyakit ini biasanya menjejaskan beberapa golongan wanita iaitu mereka yang baru pertama kali hamil, wanita yang hamil anak kembar, wanita belasan tahun dan wanita berusia lebih 40 tahun.

Kajian itu telah menganalisis data daripada 25 kajian yang melibatkan 3.4 juta wanita.

Daripada 198,252 wanita yang menghidap ´preeclampsia´, 21,958 didiagnos mengalami sama ada penyakit kardiovaskular atau barah.

Wanita yang melaporkan mereka pernah menghidap ´preeclampsia´, meningkatkan kemungkinan mereka menghidap tekanan darah tinggi lagi dalam masa 14 tahun, sebanyak empat kali dan menghidap pembuluh darah tersumbat atau strok dalam masa 10 tahun, sebanyak dua kali.

Sehubungan itu, beberapa panduan boleh diikuti atau diamalkan agar risiko dapat dihindar di kalangan wanita hamil:

1) Dapatkan nasihat doktor atau pakar bidan anda jika anda dalam golongan berisiko tinggi menghidap ´preeclampsia´. Pemeriksaan kesihatan yang kerap juga disarankan.

2) Jalani gaya hidup sihat. Amalkan prinsip jantung sihat saranan SHF dengan lebih banyak memakan serat, makanan segar dan protein berasaskan sayur-sayuran; kurangkan makanan berlemak, berkolesterol, bergaram dan bergula; dan makan hingga 70 peratus kenyang saja.

3) Lakukan senaman kuatkan jantung dengan berjalan kaki sejauh tiga kilometer atau 5,000 tapak sehari, buat senaman lima kali seminggu dan lakukan senaman sesuai dengan degupan jantung iaitu kurang daripada 170 tolak usia, per minit.

4)Makan makanan berkhasiat dan seimbang.

5) Anggap senaman sebagai satu bahagian penting dalam hidup. Anda harus bersenam hingga badan terasa hangat dan tarik nafas panjang, tetapi usah sampai tercungap-cungap.

http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull.asp?Id=176

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...