Bawang Putih Halang Darah Tinggi dan Kanser

Bawang Putih Bawang Putih halang Darah Tinggi dan Kanser

Bawang putih telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah. Kolesterol inilah yang menjadi punca penyakit darah tinggi. Bawang putih atau Allium sativum nama sainsnya juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun di tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan). Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh manusia. Di Korea contohnya, peratus pengidap darah tinggi begitu rendah sekali dan ini dikaitkan dengan amalan menjadikan bawang putih sebagai ulam setiap kali mereka makan.

http://www.deamira.com/2011/02/bawang-putih-halang-darah-tinggi-dan-kanser/

Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

BERHATI-HATILAH jika anda hamil dan menghidap tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi yang dihidap selepas kehamilan 20 minggu, disebut sebagai ´preeclampsia´. Ia membahayakan kerana menurut kajian, wanita hamil yang mengalaminya cenderung untuk menghidap masalah kardiovaskular seperti pembuluh darah tersumbat dan strok, pada kemudian hari.

Wanita yang mengalami ´preeclampsia´ perlu mengawasi tekanan darah tinggi mereka dengan rapi selepas bersalin dan menukar gaya hidup agar mereka dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kardiovaskular.

Menurut satu kajian baru yang diterbitkan dalam jurnal perubatan terkemuka dunia, ´British Medical Journal´, terdapat bukti bahawa wanita yang menghidap ´preeclampsia´, lebih cenderung menghidap penyakit kardiovaskular. Penyakit ini biasanya menjejaskan beberapa golongan wanita iaitu mereka yang baru pertama kali hamil, wanita yang hamil anak kembar, wanita belasan tahun dan wanita berusia lebih 40 tahun.

Kajian itu telah menganalisis data daripada 25 kajian yang melibatkan 3.4 juta wanita.

Daripada 198,252 wanita yang menghidap ´preeclampsia´, 21,958 didiagnos mengalami sama ada penyakit kardiovaskular atau barah.

Wanita yang melaporkan mereka pernah menghidap ´preeclampsia´, meningkatkan kemungkinan mereka menghidap tekanan darah tinggi lagi dalam masa 14 tahun, sebanyak empat kali dan menghidap pembuluh darah tersumbat atau strok dalam masa 10 tahun, sebanyak dua kali.

Sehubungan itu, beberapa panduan boleh diikuti atau diamalkan agar risiko dapat dihindar di kalangan wanita hamil:

1) Dapatkan nasihat doktor atau pakar bidan anda jika anda dalam golongan berisiko tinggi menghidap ´preeclampsia´. Pemeriksaan kesihatan yang kerap juga disarankan.

2) Jalani gaya hidup sihat. Amalkan prinsip jantung sihat saranan SHF dengan lebih banyak memakan serat, makanan segar dan protein berasaskan sayur-sayuran; kurangkan makanan berlemak, berkolesterol, bergaram dan bergula; dan makan hingga 70 peratus kenyang saja.

3) Lakukan senaman kuatkan jantung dengan berjalan kaki sejauh tiga kilometer atau 5,000 tapak sehari, buat senaman lima kali seminggu dan lakukan senaman sesuai dengan degupan jantung iaitu kurang daripada 170 tolak usia, per minit.

4)Makan makanan berkhasiat dan seimbang.

5) Anggap senaman sebagai satu bahagian penting dalam hidup. Anda harus bersenam hingga badan terasa hangat dan tarik nafas panjang, tetapi usah sampai tercungap-cungap.

http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull.asp?Id=176

Darah Tinggi & Mati Pucuk

Kawal tekanan darah tinggiTANYALAH mana-mana lelaki di dunia ini, mati pucuk atau Disfungsi Erektil (ED) adalah masalah yang cukup ditakuti. Paling menakutkan, ia boleh berlaku kepada semua lelaki tanpa mengira umur, bangsa dan keturunan walaupun lelaki berusia 40 tahun ke atas lebih berisiko untuk mendapat ED.

Selain kencing manis dan gangguan kardiovaskular, hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan ED.

Malah, darah tinggi juga boleh membuatkan pesakit diserang strok dan buah pinggang tanpa mereka sedari. Bahayanya penyakit berkenaan ibarat api dalam sekam.

Sehubungan itu, Kelab Hipertensi Malaysia (MHC) menganjurkan forum bertajuk 'Tekanan Darah Tinggi - Kawal Sebelum Terlambat' di hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia diadakan dengan kerjasama Persatuan Hipertensi Malaysia dan Merck Sharp & Dohme dan dihadiri kira-kira 100 peserta.

Presiden MHC, Kong Voon Sin, berkata forum berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyakit darah tinggi serta langkah untuk mencegahnya.

"Ramai penghidap tidak tahu mereka menghidap darah tinggi. Justeru, ia perlu dikawal sebelum kita tidak dapat mengawalnya," katanya.

Forum itu turut disertai pakar perubatan Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Pantai, Dr Ng Wai Kiat, Perunding Neurologi Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zahir dan Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Chua Chin Teong.

Perkara paling penting untuk mengawal tekanan darah ialah dengan menjadi lebih aktif. Aktiviti fizikal boleh mencegah masalah tekanan darah tinggi. Jika tekanan darah sememangnya tinggi, senaman boleh membantu mengawalnya.

Dr Ng berkata, gaya hidup moden, kurang bergerak dan pemakanan tidak seimbang serta banyak lemak adalah punca utama tekanan darah tinggi.

"Jangan jadikan tidak cukup masa sebagai alasan untuk tidak bersenam. Cari masa sesuai untuk kesejahteraan hidup anda walaupun sekadar berjalan selama 20 minit sehari. Selain itu cuba ubah gaya hidup dan tabiat pemakanan.

"Bagi lelaki yang merokok, segeralah berhenti. Ramai akui sukar untuk berhenti merokok, tetapi ia bukan mustahil untuk dilakukan. Cuba lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda lupa dengan rokok. Perlu diingati, selain darah tinggi, tabiat merokok berkait rapat dengan masalah ED," katanya.

ED adalah petunjuk awal kepada masalah kesihatan seperti darah tinggi. ED boleh berlaku akibat kadar kolesterol tinggi kerana ia menyebabkan tahap hormon testeron rendah.

Sementara itu kajian perangkaan jangka hayat sihat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan hayat lelaki lebih rendah berbanding wanita di kebanyakan negara di seluruh dunia walaupun berbeza dari segi umur.

http://www.biovco.com/indexik.php?ref=mkd&no=48&tjk=kawal_tekanan_darah_tinggi.php
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...