Akar Terung Pipit Ubat Darah Tinggi

Terung Pipit amat baik jika dijadikan sebagai ulam-ulaman. Lebih-lebih lagi buahnya yang masih muda serta berwarna hijau tu. Manakala buah yang dah masak (berwarna kuning), selalunya ia akan dicampurkan dalam masakan tertentu.

Buah Terung Pipit (Solanum Torvum)
Buah Terung Pipit (Solanum Torvum)-EthnoFlora@Flickr.com


Pokoknya pula agak mudah tumbuh di kawasan yang baru dibuka serta terdedah kepada cahaya matahari. Contohnya seperti di tepi-tepi jalan ataupun belukar.

Pokok Terung Pipit
Pokok Terung Pipit-Wikipedia.org


Sungguhpun begitu, tahukah anda yang bahagian akar terung pipit ni boleh dijadikan ubat untuk merawat darah tinggi dan pitam?


Caranya tidaklah serumit mana. Anda pun boleh lakukannya sendiri (D.I.Y) seperti berikut:


1. Ambil akar terung pipit dan bersihkan ia terlebih dulu.

2. Kemudian, rebuskan akarnya sampai mendidih.
3. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu seketika.

4. Setelah agak suam, tapis dan tuangkannya ke dalam gelas.

5. Akhir sekali, minumlah ia secara perlahan-lahan.


Anda boleh amalkannya sehinggalah masalah darah tinggi atau pitam berkurangan dan beransur pulih.


Tapi, tunggu dulu!


Selain untuk mengatasi darah tinggi dan merawat pitam, akarnya juga boleh merawat masalah retak kulit kaki atau tumit pecah.

Caranya adalah dengan menumbuk akar terung pipit. Kemudian jadikan ia sebagai "demah" dan mendemah(menuam) ia pada bahagian tumit yang pecah-pecah.


Selamat Mencuba!


# Menurut Kamus Dewan ke-4, demah bermaksud benda (seperti pasir, air, dll yang dipanaskan) untuk menuam bahagian badan yang sakit. :)

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/05/akar-terung-pipit-ubat-darah-tinggi.html#ixzz1mihzkBlm

Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Bagi yang masih mengalami tekanan darah tinggi, sekali lagi saya bawakan alternatif untuk merawat darah tinggi anda tu. Sebagai makluman tambahan, ini adalah kali keempat saya paparkan petua berkaitan darah tinggi.


lakukan pemeriksaan tekanan darah tinggi



Sekiranya anda dah cuba petua yang lepas tapi belum berhasil atau kurang serasi dengannya, apakata anda cuba amalkan meminum air limau nipis. Seperti biasa, minum 2 kali dalam sehari.


Untuk lebih terperinci, jom kita sama-sama sediakan air limau nipis ni. :)


1. Memula, ambil 1 biji lipis dan perah airnya ke dalam gelas.

2. Masukkan juga 1 gelas air sejuk ke dalam gelas yang berisi perahan limau nipis tadi.

3. Jika mahu, anda boleh campurkan sedikit gula.

4. Kacau semua ramuan tadi hingga sebati dan minum.

5. Amalkan meminumnya sehinggalah tekanan darah tinggi anda menurun dan kembali ke paras normal.

6. Anda boleh meminumnya pada setiap pagi dan petang.


Jika tiada aral, anda akan memperolehi hasilnya.


Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/03/petua-menurunkan-tekanan-darah-tinggi.html#ixzz1miYdxwlk

Jering Ubat Darah Tinggi?

Jering ataupun Pithecellobium Jiringa Prain merupakan sejenis ulam yang sering dijadikan pembangkit selera makan. Kalau orang Jawa, mereka menamakannya jengkol, kan? (sila betulkan jika saya silap yea...)

Walaupun mengeluarkan bau yang agak kuat, ia bukanlah masalah bagi penggemarnya. Kalau dah suka, bau sebegitu bukanlah halangan. Malah ada yang akan memeram jering ni lagi beberapa hari supaya baunya lebih menusuk kalbu. Pergghhhh.....


Jering atau Jengkol



Saya nak kongsikan dengan anda sedikit fakta mengenai kandungan jering. Menurut En. Zainal Abidin Jamaluddin (Kurator Muzium Negara), kandungan protein yang ada pada jengkol agak tinggi. Iaitu mencecah 10.5%.

Selain protein, berikut peratusan kandungan lain yang ada pada jengkol;

~ Karbohidrat - 84.1%
~ Air - 52%
~ Gentian - 3.6%
~ Abu - 1%
~ Lemak - 0.8%

Sehubungan dengan itu, En. Zainol mengatakan bahawa jering mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Begitulah khasiat yang selama ini kurang diketahui ramai. Walaupun mereka yang suka makan jering. Ohhh... ye ker?

Justeru itu, bagi anda yang mengalami masalah tekanan darah tinggi, boleh memasukkan jering dalam menu seharian. InsyaAllah ia mujarab sebagai ubat darah tinggi anda.

Sebelum mengakhiri artikel ini, teringat pula saya pada kata-kata Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.....

Anda buat, anda dapat :)

Pegaga Ubat Darah Tinggi

Petua kesihatan kali ni khusus buat anda yang ada masalah darah tinggi.

Namun, saya ingin berkongsi satu lagi pilihan untuk anda merawat darah tinggi ni. Caranya mudah saja. Anda amalkan memakan daun pegaga. Jadikan ia sebagai ulam-ulaman ketika anda makan nasi pada waktu tengahari atau malam.


gambar daun pegaga ubat darah tinggi 1



gambar daun pegaga ubat darah tinggi 2


Ya, daun pegaga itulah yang saya makudkan sebagai ubat darah tinggi tu. Jika tiada aral, tekanan darah tinggi anda turun kelak setelah mengamalkannya.


Selamat Mencuba dan Amalkan Gaya Hidup Sihat!

Bawang Putih Ubat Menurunkan Darah Tinggi

Bagi pesakit darah tinggi, ada satu lagi petua tradisional untuk anda. Petua ni dikatakan boleh menurunkan darah tinggi dengan segera. Sekiranya anda diserang darah tinggi, cuba lakukan dua langkah berikut.


periksa tekanan darah anda
Gambar hiasan - GoldBamboo.com



Langkah 1:

Buat solat hajat 2 rakaat dan mohonlah kepada-Nya tentang hajat anda.


Langkah 2:

a. Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya.

b. Kisar bawang putih tadi untuk dijadikan jus.

c. Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong.

d. Minum air tersebut 3 kali sehari.


Sekali lagi, pastikan anda buat langkah-langkah di atas ketika diserang darah tinggi. Mudah-mudahan ia mampu dijadikan sebagai penawar atau ubat darah tinggi anda tu.


Selamat Mencuba!

Lobak Putih Ubat Darah Tinggi

Sewaktu zaman kanak-kanak dulu, saya kurang gemar memakan sayur lobak putih ni. Mungkin kerana rasanya yang kurang menyelerakan kot. Tapi saya akur yang lobak putih atau Raphanus Sativus ni banyak khasiatnya. Antaranya baik untuk sistem penghadaman dan mengatasi masalah kencing tak lawas.

Paling penting kat sini adalah ia juga baik untuk merawat darah tinggi. Saya akan kongsikan caranya seketika nanti. :)

Lobak Putih (aphanus Sativus)
Lobak Putih (aphanus Sativus) - myfolia.com


Selain lobak putih, anda juga perlukan gula batu sebagai perasa tambahan.


Cara-caranya:

1. Sediakan 1 atau 2 batang lobak putih.

2. Bersihkan ia terlebih dahulu dan ambil isinya saja.

3. Kemudian anda kisarkan atau tumbuk lobak putih tu bersama dengan gula batu sebesar ibu jari. Kisar atau tumbuk bahan tersebut sehingga halus atau hancur.

4. Setelah itu, tuangkan dan tapis jus lobak putih tu ke dalam gelas.

5. Minumlah jus tersebut 2 kali sehari.

Amalkan petua ini dan lepas tu berjumpalah dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mengetahui perkembangan semasa darah tinggi anda.


Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/12/lobak-putih-ubat-darah-tinggi.html#ixzz1miWhSCy1

Petua Tradisional Merawat Darah Tinggi

Cara tradisional yang dimaksudkan ialah dengan menggunakan daun akar mempelas yang dah matang. Anda boleh mengenali akar mempelas (Tetrcera Indica) secara lebih dekat melalui 3 imej (sumber: NaturalLoveYou) berikut;


akar mempelas 1
Akar Mempelas 1


akar mempelas 2
Akar Mempelas 2


akar mempelas 3
Akar Mempelas 3



Cara-caranya;


1. Ambil beberapa helai daun akar mempelas yang telah matang dan bersihkan.

2. Kemudian, rebus daun tadi hingga mendidih.

3. Setelah mendidih, biarkan air rebusan tersebut suam.

4. Akhir sekali, anda minumlah air rebusan tadi perlahan-lahan.

5. Sebaik-baiknya anda amalkan meminumnya setiap hari. Iaitu sekurang-kurangnya 30 minit lepas makan tengahari dan malam.

Sekian, terima kasih.


p.s: Selain berkhasiat merawat darah tinggi, daun akar mempelas ini juga boleh melicinkan kuku anda dan permukaan kayu. Ia bagaikan kertas pasir semulajadi!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2011/02/petua-tradisional-merawat-darah-tinggi.html#ixzz1miW5wD4T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...