Petua Rawat Darah Tinggi Dengan Akar Patawali

Image result for akar patawali

Akar petawali juga sangat baik untuk merawat darah tinggi. Makan suku inci akar patawalis etiap hari dapat memberikan kesan yang baik.

Petua Sembuhkan Darah Tinggi Dengan Daun Gelugor

Image result for pucuk gelugor

Pucuk gelugur juga boleh dijadikan sebagai ubat. Caranya adalah dengan merebus 20 helai pucuk gelugur dengan dua gelas air. Didihkan ia sehingga air menjadi suku gelas. Minum setiap malam sebelum tidur dan amalkannya selama tiga hari.

http://infoberguna.my/tag/ubat-darah-tinggi/

Petua Ubati Darah Tinggi Dengan Daun Belimbing Buluh

Image result for daun belimbing buluh

Secupak daun belimbing buluh perlu dijemur sehingga kering. Lalu rebuskan daun tersebut dengan dua gelas air dan biarkan sejuk untuk semalaman. Pesakit perlu mengambil air rebusan daun belimbing buluh tersebut pada setiap pagi sebelum sarapan.

http://infoberguna.my/tag/ubat-darah-tinggi/

Petua Ubati Darah Tinggi Dengan Daun Saderi

Image result for celery

Daun sderi juga sangat baik untuk dijadikan penawar bagi penyakit darah tinggi ini. Makan sejambak daun sderi setiap hari atau boleh juga dijadikan sebagai ulam. Selain itu, rebuskan daun sderi dengan segelas air dan didihkan sehingga menjadi setengah gelas.

Pesakit dinasihatkan agar mengambil air rebusan tersebut pada waktu pagi dan malam iaitu sebelum tidur.

Petua Ubati Darah Tinggi Dengan Pandan Wangi

Image result for pandan wangi

Pandan wangi juga boleh dijadikan sebagai ubat untuk darah tinggi juga. Caranya adalah dengan mengambil daun pandan wangi dan direbus dengan menggunakan dua gelas air. Rebuskan daun tersebut sehingga air rebusan menjadi setengah gelas. Air rebusan ini boleh diminum setiap kali tekanan darah pesakit meningkat.

Petua Ubati Darah Tinggi Dengan Menggunakan Daun Kayu Putih


Caranya adalah dengan mengambil segenggam daun kayu putih dan dicuci lalu direbus. Air rebusan daun kayu putih itu hendaklah dijadikan sebagai air mandian bagi pesakit pada setiap pagi selama seminggu.

http://infoberguna.my/tag/ubat-darah-tinggi/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...