Petua Rendahkan Tekanan Darah Dengan Kacang Tanah

Image result for kacang tanah

Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan. Kandungan zat dalam kacang tanah ini juga baik untuk mengubati penyakit susah tidur (insomnia).

Petua Cegah Darah Tinggi Dengan Susu


Umum mengetahui bahawa susu mengandungi sumber kalsium, kalium dan vitamin D yang tinggi. Ini amat membantu untuk mengurangkan tekanan darah sekaligus membuatkan tubuh sihat dan cergas. Justeru pastikan anda meminum susu sekurang-kurangnya dua gelas sehari.

Kurangkan Tekanan Darah Dengan Kurangkan Stress

Image result for stress

Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

Petua Cegah Darah Tinggi Dengan Bayam

 

Bayam kaya dengan magnesium dan kalsium yang cukup 'hebat' dalam mengawal tekanan darah. Oleh sebab itulah pengambilannya amat digalakkan. Masukkan sayur ini ke dalam hidangan harian anda agar tubuh sihat dan bertenaga.

Kurangkan Tekanan Darah Dengan Pantauan Sendiri

Image result for monitoring health

Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

Petua Cegah Darah Tinggi Dengan Tomato

Tomato sumber makanan yang baik untuk mendapatkan kulit yang cantik. Kandungan bahan antioksidan didalamnya juga membantu menurunkan tekanan darah. Dinasihatkan agar mengambilnya secara mentah dan jadikan ia pengganti kepada makanan ringan. Lebih sihat dan menyeronokkan.

Kurangkan Tekanan Darah Dengan Kurangkan Garam

Image result for garam

Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...