1001 Maklumat Mengenai Tekanan Darah Tinggi & Hipertensi. [Kapsul Saderi Jawa Plus - Stabil & Turunkan Tekanan Darah]
Petua Cegah Darah Tinggi Dengan Bayam
Bayam kaya dengan magnesium dan kalsium yang cukup 'hebat' dalam mengawal tekanan darah. Oleh sebab itulah pengambilannya amat digalakkan. Masukkan sayur ini ke dalam hidangan harian anda agar tubuh sihat dan bertenaga.
Kurangkan Tekanan Darah Dengan Pantauan Sendiri
Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.
Petua Cegah Darah Tinggi Dengan Tomato
Tomato sumber makanan yang baik untuk mendapatkan kulit yang cantik.
Kandungan bahan antioksidan didalamnya juga membantu menurunkan tekanan
darah. Dinasihatkan agar mengambilnya secara mentah dan jadikan ia
pengganti kepada makanan ringan. Lebih sihat dan menyeronokkan.
Kurangkan Tekanan Darah Dengan Kurangkan Garam
Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
Petua Kurangkan Tekanan Darah Dengan Diet Yang Baik
Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
- Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
- Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
- Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
- Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
- Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
- Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein
Kurangkan Tekanan Darah Dengan Kurangkan Berat Badan
Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat darah tinggi pemberian doktor.
Petua Cegah Darah Tinggi Dengan Kacang Soya
![]() | |
| Info : Masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu |
Kacang soya biasa diambil oleh ibu-ibu hamil dengan alasan ia mampu memberi kesan yang baik kepada bayi. Selain itu, ia juga mengenyangkan. Kandungan bahan kalium dan zat semula jadi bermanfaat untuk mencegah kenaikan tekanan darah dalam tubuh sekaligus membuatkan diri lebih cergas dan bertenaga.
Subscribe to:
Posts (Atom)


