4.8 Juta Penduduk Hidap Darah Tinggi


Subang: Lebih separuh rakyat Malaysia berumur 40 tahun dan lebih dijangka menghidap penyakit darah tinggi menjelang 2025 berikutan kurangnya amalan gaya hidup sihat serta budaya pemakanan yang tidak sihat.
Pengerusi Persatuan Hipertensi Malaysia (PHM) Datin Dr Chia Yook Chin berkata, pada 2006, statistik menunjukkan 32.6 peratus penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap masalah tekanan darah tinggi manakala 42.6 peratus berusia 40 tahun dan lebih.

“Bagaimanapun pada 2011, jumlah ini meningkat kepada 33 peratus (melebihi 18 tahun) dan 45 peratus (40 tahun atau lebih).

“Berikutan itu, tidak mustahil lebih separuh rakyat di negara ini yang berumur lebih 40 tahun boleh menghidap penyakit ini apatah lagi dengan masalah kegemukan yang membelenggu masyarakat turut menjadi penyumbang kepada penyakit darah tinggi,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Katanya, ketika ini secara keseluruhan dianggar 4.8 juta penduduk di Malaysia menghidapi penyakit tekanan darah tinggi atau dikenali sebagai hipertensi.

“Lebih membimbangkan dua daripada tiga pesakit tidak mengetahui mereka menghidap tekanan darah tinggi memandangkan ia tidak menunjukkan tanda awal seperti penyakit berbahaya lain.
“Perlu diingatkan penyakit darah tinggi menyumbang 62 peratus kepada semua jenis penyakit, termasuk strok dan 49 peratus penyakit jantung selain turut menyebabkan masalah buah pinggang serta kegagalan fungsi hati.

“Justeru, saya menggesa orang ramai membuat pemeriksaan berkala setiap tahun bagi memastikan mereka tidak menghidapi penyakit darah tinggi,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/4_8jutapendudukhidapdarahtinggi/Article/index_html

Darah Tinggi Bagai Bom Jangka


Pesakit akan disahkan mempunyai tekanan darah tinggi jika tekanan itu berterusan untuk selang beberapa kali bacaan dalam jarak masa yang berbeza. Pradarah tinggi pula dikatakan jika tekanan sistolik antara 120 hingga 139 mmHg dan tekanan diastolic antara 80 hingga 89 mmHg.

Secara umumnya 90 peratus daripada pesakit darah tinggi tidak mempunyai punca utama. Ia dipanggil sebagai essential hypertension. Biasanya mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dari kumpulan ini disebabkan faktor usia.

Ia juga kombinasi kompleks antara faktor genetik dan amalan gaya hidup tidak sihat. Selebihnya pesakit yang mempunyai darah tinggi disebabkan masalah perubatan lain seperti buah pinggang, ketidakstabilan hormon, tiroid, masalah saluran darah ataupun masalah auto immune. Kumpulan ini dikenali sebagai secondary hypertension Dalam kebanyakan kes, tekanan darah tinggi tidak mempunyai simptom. Mereka hanya dikenal pasti apabila menjalani pemeriksaan klinikal biasa ataupun ketika rawatan ke klinik akibat demam selesema.

Bagaimanapun, ada juga yang mempunyai simptom seperti sakit kepala, sakit tengkuk, pening, loya, telinga berdesing dan penglihatan mula kabur. Oleh itu, tekanan darah tinggi juga dipanggil sebagai ‘bom jangkamasa’ kerana ia tidak mempunyai simptom walaupun tekanan darah sudah tinggi.

Yang lebih merisaukan ialah dalam kebanyakan kes, tekanan darah meningkat terlalu tinggi yang dipanggil ‘krisis darah tinggi.’ Ketika itulah simptom dirasai. Ia berlaku jika tekanan darah melebihi 180 mmHg untuk sistolik dan 110 mmHg untuk diastolic. Ketika ini komplikasi darah tinggi mungkin sudah berlaku.

Antara komplikasi darah tinggi ialah strok ataupun bengkak dalam otak pesakit. Ini mengakibatkan seseorang itu mengalami lemah sebelah anggota badan ataupun gangguan saraf lain.

Jika komplikasi berlaku dalam mata, pembuluh darah pada retina boleh pecah dan mengakibatkan gangguan penglihatan. Buah pinggang juga boleh rosak dan gagal berfungsi menyebabkan seseorang pesakit akan bergantung kepada dialisis sepanjang hayat. Serangan jantung juga boleh berlaku dan mengakibatkan jantung gagal berfungsi.

Walaupun diberi gelaran ‘bom jangka’, ramai yang mengambil ringan tentang pengawalan tekanan darah. Sikap sambil lewa untuk mengambil ubat seperti diarahkan dan gagal mengubah gaya hidup sihat menyebabkan komplikasi darah tinggi berlaku lebih awal dan komplikasi ini kekal serta berpanjangan.

Perubahan gaya hidup amat penting kepada semua pesakit darah tinggi terutama kepada mereka dalam kelompok pradarah tinggi. Pergantungan hanya kepada ubat diberi tidak memadai.

Pengurusan berat badan amat penting. Semua pesakit dinasihatkan mencapai berat badan optimum berdasarkan pengiraan indeks jisim badan (BMI). Pengurangan berat badan sebanyak 4.5 kilogram terbukti dapat mengurangkan tekanan darah.

Penjagaan makanan yang kurang garam dalam masakan dan pengambilan diet yang kaya dengan buah-buahan serta sayuran dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Berhenti merokok dan tidak mengambil minuman keras juga boleh membantu mengawal tekanan darah. Selain itu, senaman juga tidak boleh dilupakan. Bersenamlah 30 minit sehari sekurang-kurangnya selama lima hari. Senaman dapat mengendurkan lapisan salur darah dan seterusnya tekanan dalam salur darah pesakit dapat dikurangkan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Darahtinggibagaibomjangka/MA/Article/article_print

Atasi Bahaya Darah Tinggi


Oleh Dr Norman Mohd Norawi


Menurut Panduan Amalan Klinikal (CPG) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, darah tinggi adalah keadaan tekanan darah sistolik melebihi 140mmHg dan tekanan darah diastolik melebihi 90mmHg dengan mengambil bacaan sekurang-kurangnya dua kali dalam dua lawatan oleh doktor.
Bagi pesakit yang menghidap masalah darah tinggi, doktor akan memberikan preskripsi ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Amal cara DASH Pesakit sebenarnya boleh mengawal darah tinggi dengan mengubah cara hidup dengan senaman dan makanan yang betul setiap hari. Terdapat kajian yang dijalankan Institut Kebangsaan Kesihatan, Amerika Syarikat pada 1997 yang menunjukkan pengawalan darah tinggi boleh dilakukan dengan mengawal pemakanan.

Kajian ini dipanggil Pendekatan Pemakanan untuk Mengawal Darah Tinggi atau DASH yang bermaksud ‘Dietary Approach to Stop Hypertension’.

Dengan kaedah DASH ini pengambilan makanan yang rendah lemak, terutama lemak tepu (dari sumber haiwan) dan berkolesterol tinggi di samping itu makan makanan yang tinggi dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan hasil tenusu (dairy) rendah lemak.

Hasil kajian ini mendapati tekanan darah dapat diturunkan dengan baik seakan-akan makan ubat darah tinggi. Ia akan mula dilihat selepas dua minggu mengamalkan pemakanan dengan cara ini dan kesannya sehingga lapan minggu tanpa mengira jantina, kaum atau tekanan darah asal.

Pemakanan dengan kaedah DASH ini memberikan serat yang tinggi, zat, kalsium, magnesium dan potasium yang terbukti dengan kajian lain membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga rendah dengan lemak tepu dan lemak ‘trans’. Kaedah DASH ialah dengan makan lapan ke 10 hidangan buah-buahan seperti epal, oren, pear yang digabungkan dengan makan sayuran-sayuran seperti seleri, kubis bunga, brokoli, kacang buncis, salad, asparagus dan kubis.

Minum susu rendah lemak dua hingga tiga gelas sehari atau produk tenusu. Mengurangkan gula dalam makanan dan minuman. Elakkan makanan segera yang lain seperti roti putih, mi segera, jajan, kerepek dan sebagainya.

Makan makanan berserat tinggi seperti roti gandum penuh, oat, beras perang dan lain-lain sehingga tujuh ke lapan hidangan sehari.

Makan daging dikurangkan sehingga dua hidangan sehari dan utamakan sumber makanan protein putih seperti ayam (tanpa kulit) atau ikan, udang, sotong selain makan kekacang, kuaci atau biji-bijian empat ke lima hidangan seminggu.

Kurangkan garam Pada 2000 kajian lanjut pemakanan dengan kaedah DASH ini dibuat dengan mengkaji sama ada mengurangkan garam dalam makanan dapat menurunkan tekanan darah dengan lebih baik.

Hasil kajian mendapati garam berlebihan dalam makanan menyebabkan peningkatan tekanan darah kerana air disimpan oleh buah pinggang menyebabkan peningkatan jisim air dalam badan yang meningkatkan tekanan darah.

Garam juga menyebabkan saluran darah kecil mengecut yang meningkat tekanan darah. Dalam kajian ini mendapati mengawal jumlah garam dalam makanan akan lebih menurunkan tekanan darah berbanding dengan kajian sebelumnya.

Amal gaya hidup sihat Senaman ringan seperti berjalan pantas selama 30 minit ke sejam tiga kali seminggu juga penting untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Berhenti merokok juga boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Dengan pemakanan yang betul, bukan hanya tekanan darah dapat dikawal, malahan berat badan juga dapat diturunkan secara tidak langsung. Berat badan berlebihan juga adalah punca kepada tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

Kesimpulannya, dalam pemakanan seharian untuk mengawal tekanan darah, kita perlu mengambil lebih buah-buahan, sayur-sayuran, protein putih, kurangkan lemak tepu dan kurangkan garam dalam pemakanan.

Penulis Pengamal Perubatan Am, Pengkhususan Aestetik, Anti Penuaan & Perubatan Regeneratif
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Atasibahayadarahtinggi//Article/article_print

Ubat Darah Tinggi Boleh Jejas Tenaga Batin

Saya ada masalah lemah tenaga batin. Saya berumur 58 tahun dan ada darah tinggi. Kebiasaannya tekanan darah pada kadar 135/75. Doktor syorkan saya makan ubat darah tinggi dan gelosteron. Adakah ubat ini punca masalah saya?
ZALI
Kota Tinggi, Johor


 

Kegagalan mencapai ereksi keras untuk persetubuhan dikenali sebagai disfungsi erektil atau lemah tenaga batin dan mati pucuk.


Anda mengalami masalah itu sejak menghidap tekanan darah tinggi dan mengambil ubat untuk mengawalnya. Sebilangan besar ubat tekanan darah tinggi memberi kesan sampingan terhadap disfungsi erektil.

Jika anda tidak makan ubat, masalah lemah tenaga batin masih boleh berlaku kerana kemasukan darah dalam otot zakar anda masih kurang disebabkan kesempitan dan ketebalan salur darah dalam otot zakar.

Jika tidak makan ubat, tekanan darah melambung dan mencetuskan strok jika salur darah tercedera, pembekuan darah atau salur darah tersumbat. Jadi anda tidak boleh elak mengambil ubat tekanan darah tinggi.

Kini doktor peka dengan ubatan yang mengganggu perjalanan darah dalam otot zakar. Jadi mereka akan beri ubat kurang memberi kesan terhadap lemah ereksi.

Kini ada pelbagai ubat yang dapat melancarkan darah dalam otot zakar. Namun, ubat ini perlu dikendalikan doktor dan diberi apabila selesai melakukan pemeriksaan.

Amalkan gaya hidup sihat, senaman berkala untuk stamina dan fizikal, melakukan senaman kemut atau Kegel, mengukuhkan otot benteng zakar selain mendapat ubat pelancar darah.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ubatdarahtinggibolehjejastenagabatin/Article/index_html

Rawatan Darah Tinggi Melalui Berbekam













Penyakit darah tinggi adalah penyakit yang melanda kira-kira 90% penduduk di Msia baik lelaki mahupun perempuan.Penyakit darah tinggi jika tidak dirawat,akan menyebabkan penyakit strok dan jantung.Kaedah rawatan setakat ini di M`sia hanyalah dengan memakan ubatan moden yang pasti mempunyai kesan sampingan.

Bagi rawatan yang efektif untuk menstabilkan tekanan darah kita dalam keadaan normal,kaedah berbekam adalah yang paling mujarab dan terjamin berkesan.Bagi kaedah berbekam yang menggunakan pen bekam,pesakit disyorkan berbekam 2 minggu sekali,dan bagi kaedah berbekam menggunakan pisau torehan,pesakit disyorkan berbekam sebulan sekali secara konsisten.

Apabila anda sudah konsisten menjalani rawatan bekam,anda tidak perlu lagi mengambil ubatan moden,yang penting dalam 2 hari sekali anda perlu memakan ulaman seperti pegaga,ulam raja,petai ataupun peria yang terbukti berkesan dalam membersihkan darah dan juga melancarkan aliran darah.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
http://www.bekamresdung.com/2011/05/rawaan-efektif-darah-tinggi-adalah.html

Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Hipertensi


Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah penyakit kronik yang paling banyak dijumpai. Seseorang dianggap mengidap hipertensi bila secara berulang hasil pemeriksaan tekanan darahnya melebihi 140/90 mm Hg. Ada dua jenis hipertensi:
  • Hipertensi primer/esensial di mana tidak ada hal spesifik yang menjadi penyebabnya. Sekitar 90-95% hipertensi adalah jenis ini.
  • Hipertensi sekunder, iaitu hipertensi yang disebabkan oleh kelainan atau penyakit lain, misalnya kerana stress, sakit ginjal, preeklamsia, atau apnea (sesak nafas saat tidur).
Berbagai kajian menunjukkan bahawa hipertensi meningkatkan risiko kematian dan penyakit. Bila tidak ditangani, sekitar 70% pesakit hipertensi kronik akan meninggal kerana jantung koroner atau kegagalan jantung, 15% terkena kerosakan jaringan otak, dan 10% mengalami kegagalan ginjal. Untungnya, peningkatan kesedaran dan kontrol atas hipertensi telah berhasil menekan risikonya hingga 50%.

 

Tanda atau gejala hipertensi

Hipertensi primer biasanya tidak menimbulkan gejala. Penemuan hipertensi biasanya terjadi pada saat pemeriksaan rutin atau kunjungan ke doktor. Beberapa gejala hipertensi primer yang mungkin dirasakan:
  • Sakit kepala, biasanya di pagi hari sewaktu bangun tidur
  • Bingung
  • Bising (bunyi “nging”) di telinga
  • Jantung berdebar-debar
  • Penglihatan kabur
  • Mimisan
  • Hematuria (darah dalam urin)
  • Tidak ada perbezaan tekanan darah walaupun berubah posisi
Hipertensi sekunder menunjukkan gejala yang sama, dengan sedikit perbezaan iaitu tekanan darah biasanya turun bila pengukuran dilakukan pada posisi berdiri.

 

Bagaimana mengurangi risiko hipertensi?

Pada hipertensi sekunder, hipertensi harus diatasi dengan menghilangkan penyebabnya. Walaupun hipertensi primer tidak memiliki penyebab spesifik, ada sejumlah faktor risiko yang menyebabkan kehadirannya. Berikut adalah hal yang mengurangi risiko. Bila sudah terkena hipertensi primer:

1. Jalani pola atau gaya hidup yang lebih sehat:
  • berhenti merokok
  • mengurangi berat badan (bila kegemukan)
  • mengurangi konsumsi garam sehingga penggunaan sodium kurang dari 100 mmol/hari
  • melakukan olahraga 30-45 minit per hari.
  • bila menderita diabetes, jaga kondisi agar kadar gula darah terkendali

2. Dengan bantuan ubat-ubatan, usahakan untuk mengendalikan tekanan darah tidak lebih dari 140/90 mmHg (atau 135/85 mmHg bila menderita diabetes). Ada tiga kategori umum ubat antihipertensi, iaitu yang berfungsi mengurangi volume darah (diuretic), menekan resistensi pembuluh darah (vasodilator) dan mengurangi kerja jantung (cardioinhibitory).

Info: http://majalahkesehatan.com/yang-perlu-anda-ketahui-mengenai-hipertensi/

Bagaimana Menurunkan Tahap Potassium

 
 Assalamualaikum pembaca sekalian,

Potassium adalah nutrien penting yang boleh ditemui dalam pelbagai makanan. Dan badan kita memerlukan potassium. Tetapi kandungan potassium yang tinggi di dalam badan akan mendatangkan bahaya. Ianya akan menyebabkan kelemahan otot, menghalang fungsi buah pinggang dan akan meingkatkan risiko anda mendapat penyakit jantung. Walaubagaimanapun terdapat cara yang cepat dan mudah bagaimana anda boleh menurunkan tahap potassium. Teruskan membaca artikel ini.

1) Anda boleh meningkatkan pengambilan kalsium. Kalsium berkesan untuk menurunkan tahap potassium. Anda boleh menambahkan pengambilan yogurt, susu dan produk tenusu ke dalam diet harian anda. Jika perlu, anda boleh mengambil pemakanan tambahan untuk mendapatkan jumlah kalsium harian yang disyorkan.

2) Ambil makanan tambahan dari sumber bawang putih. Lain-lain ubat semulajadi yang boleh menurunkan tahap potassium termasuklah memakan beberapa ulas bawang putih atau mengambil makanan tambahan bawang putih setiap hari.

3) Minum banyak air. Air adalah satu antioksida, dan air boleh membuang toksin yang merbahaya dari badan. Jika anda cuba untuk menormalkan tahap potassium dalam badan, tingkatkan pengambilan air. minum antara lapan hingga sepuluh gelas sehari. Hadkan pengambilan minuman berkafein (soda, kopi dan teh) dan alkohol.

4) Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Untuk menurunkan tahap potassium anda, anda perlu mengubahsuai pemakananan anda dan menghadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan potassiumnya. Ini termasuk kentang, piasang dan kacang. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang membantu menurunkan tahap potassium termasuk beri, buah pic, bunga kubis, lemon, limau, salad dan timun.

5) Lakukan senaman. Bersenam dengan kerap boleh meningkatkan tahap kesihatan anda secara keseluruhan dan menurunkan tahap potassium. Buat jadul senaman dan bersenam selama 30 minit sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu.———————-

Petua & Amaran
———————-
Tip : Mengambil makanan bersifat diuretik boleh membantu buah pinggang mencuci potassium berlebihan dari darah. Makanan yang diproses umumnya mengandungi lebih rendah kandungan potassiumnya. Manakala buah-buahan dan sayur-sayuran segar lebih cenderung mempunyai tinggi kandungan potassiumnya.

Amaran: Mempunyai tahap potassium yang rendah adalah sama merbahaya seperti mempunyai tahap potassium yang tinggi. Kedua-duanya boleh menyebabkan kegagalan jantung dan juga komplikasi lain. Oleh itu, anda tidak perlu mengeluarkan sepenuhnya makanan yang tinggi kandungan potassium dari diet anda.

Sumber: How to lower potassium level
http://buahpinggangsihat.com/tip-petua/bagaimana-menurunkan-tahap-potassium/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...