Darah Tinggi Semasa Mengandung

 

Sungguhpun kebanyakan wanita hamil hanya mengalami masalah yang ringan dan dianggap biasa sahaja, sebilangan kecil yang kurang bernasib baik mengalami masalah serius yang boleh mengancam nyawa ibu dan anak yang dikandungnya.

Masalah yang meragut banyak nyawa ibu ialah kencing manis, darah tinggi dan kurang darah. Saya ingin membincangkan ketiga-tiga masalah ini secara khusus supaya pembaca sekalian dapat memahaminya dengan lebih mendalam dan dengan ini jagaan serta rawatan rapi dapat diberikan.

Ibu yang hamil memang kerap mengalami masalah penyakit darah tinggi. Penyakit ini mempunyai bahaya tersendiri iaitu jika tidak terkawal boleh mengakibatkan maut kepada ibu hamil, apabila ibu diserang sawan beranak (eclamptic fit). Mengikut kajian pada tahun 1984, penyakit sawan beranak adalah punca kedua terbesar kematian ibu. Punca utama kematian ialah tumpah darah ketika bersalin.

Kenapa Penyakit Darah Tinggi Berlaku

Ramai wanita tidak menyangka mereka boleh menghidap penyakit darah tinggi ketika hamil. Ini kerana mereka berkeadaan sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit sebelum hamil. Tekanan darah tinggi adalah salah satu tanda penyakit yang digelar praeklampsia. Penyakit ini kerap dialami oleh wanita hamil dan sehingga kini doktor masih belum dapat mencari punca penyakit ini walaupun banyak kajian dan penyelidikan dilakukan.

Walaupun demikian doktor mengetahui yang penyakit ini lebih kerap dialami oleh ibu hamil sulung daripada ibu yang pernah hamil sebelumnya. Wanita hamil yang meningkat umurnya melebihi 35 tahun juga kerap mengalaminya. Begitu juga dengan wanita kembar atau sedang menghidap penyakit lain semasa hamil seperti penyakit buah pinggang atau kencing manis.

Tanda Lain Praeklampsia

Selain daripada tekanan darah tinggi tanda lain praeklampsia ialah bengkak kaki sama ada kedua-dua belah atau sebelah sahaja dan kencing kotor iaitu air kencing mengandungi albumin. Penyakit ini biasanya timbul di peringkat akhir kehamilan iaitu apabila kehamilan masuk ke peringkat lapan bulan. Adalah dipercayai wanita yang menghidap penyakit ini mengeluarkan sejenis racun daripada kandungannya. Tidak dapat dipastikan sama ada racun ini dikeluarkan oleh uri atau bayi, tetapi racun ini memberi kesan kepada saluran darah ibu.

Ia menyebabkan sedikit kerosakan dengan menimbulkan beberapa kesan seperti timbunan fibrin pada saluran darah di seluruh badan. Saluran darah ibu kemudian menjadi kuncup dan mudah ditembusi cecair darah. Kerosakan ini berlaku di semua organ yang penting seperti buah pinggang, hati dan otak. Ekoran dari kerosakan ini tekanan darah meningkat. Albumin dari darah akan keluar melalui saluran perkencingan kerana berlakunya kebocoran pada saluran darah dalam buah pinggang.

Jika keadaan ini berlarutan dan tidak dikawal, kerosakan pada saluran darah di seluruh tubuh boleh menjadi sangat teruk menyebabkan buah pinggang terus rosak dan tidak boleh menjalankan tugas langsung. Ini akhirnya akan menyebabkan apa yang digelar acute renal shut down. Kerosakan pada otak juga boleh berlaku menyebabkan saluran darah ke otak pecah dan darah tumpah ke dalam tisu otak. Keadaan inilah ynag menyebabkan ibu itu mendapat sawan beranak. Pada peringkat ini, ibu berkenaan dalam keadaan sangat berbahaya dan sebahagtian besar daripada mereka akan menemui maut akibat kerosakan otak dan buah pinggang.

Bukan sahaja tekanan darah tinggi boleh mengakibatkan sawan beranak, penyakit buah pinggang yang berlarutan sebelum wanita itu hamil juga boleh menyebabkan tekanan darah meningkat tinggi. Ada segolongan wanita lain mengalami penyakit darah tinggi sebelum hamil. Wanita seperti ini termasuk dalam golongan penghidap apa yang digelar essential hypertension. Golongan ini biasanya telah menghidap masalah darah tinggi sebelum mereka hamil. Tekanan darah tinggi ini akan berterusan sehingga dia melahirkan anak. Biasanya penyakit darah tinggi jenis yang disebut tadi tidak begitu berbahaya seperti penyakit darah tinggi yang dialami oleh sebab praeklampsia.

Mengesan Darah Tinggi

Penting bagi setiap wanita yang ingin hamil mendapatkan pemeriksaan badan bagi menentukan mereka sihat. Antara pemeriksaan yang saya maksudkan ialah pemeriksaan tekanan darah, ujian darah untuk mengukur paras hemoglobin, ujian air kencing untuk mengesan penyakit buah pinggang dan kencing manis serta penyakit lain seperti penyakit jantung. Saya anggap pemeriksaan dan ujian sebelum seseorang wanita itu hamil adalah penting untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan bayi yang akan dilahirkan.

Begitu juga apabila wanita itu mengetahui dia hamil, patutlah mendapatkan pemeriksaan di klinik ibu mengandung dengan secepat mungkin untuk tujuan yang sama. Jika terdapat sesuatu penyakit, bolehlah diberi rawatan dan jagaan yang sewajarnya sejak dari peringkat awal lagi. Pemeriksaan setiap bulan khususnya di peringkat akhir kehamilan sangat penting untuk mengesan penyakit darah tinggi.

Mengatasi Masalah Darah Tinggi

Jika seseorang wanita didapati menghidap penyakit darah tinggi, perkara pertama yang dilakukan oleh doktor dan kakitangan perubatan ialah menentukan punca penyakit ini.

Beberapa ujian dan penyiastan perlu dilakukan untuk mengetahui punca tekanan darah tinggi. Sebahagian besar daripada kes ini adalah disebabkan praeklampsia yang tidak diketahui puncanya.

Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi ketika hamil munkin perlu dimasukkan ke hospital untuk mengawasi penyakitnya. Seperti yang saya katakan tadi, jika keadaan ini tidak terkawal ia boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Kemungkinan bayi akan mati dalam kandungan. Bayi ini juga biasanya lahir dengan timbang berat yang ringan dan kadangkala lahir sebelum cukup bulan. Kedua-dua masalah ini boleh mengancam nyawa dan kesejahteraan bayi di masa hadapan.

Sebenarnya tidak ada ubat yang khusus bagi penyakit praeklampsia melainkan dengan memberi rehat yang cukup. Doktor selalunya mencadangkan ibu berehat di hospital kerana dia mungkin diganggu oleh ahli keluarganya jika berehat di rumah. Ini mungkin menyebabkan fikirannya tidak tenteram dan tidak boleh memulihkan keadaannya. Semasa di hospital pengawasan boleh dilakukan pada ibu dan bayi untuk menentukan keadaannya tidak berbahaya.

Kadangkala para doktor perlu memberi ubat untuk menenangkan fikiran dan memudahkan dia tidur kerana kedua-duanya sangat penting dalam memulihkan penyakit tersebut. Jika tekanan darah tingginya melambung naik dan tidak dapat dikawal dengan cara rehat atau cara lain, para doktor akan memberi ubat khusus untuk menurunkan tekanan darah.

Perlu ditegaskan ubat untuk merawat penyakit praeklampsia tidak boleh memulihkan atau merawat penyakit praeklampsia kerana seperti yang saya nyatakan kita belum mengetahui punca sebenarya. Rawatan dengan ubat hanyalah untuk mengurangkan tanda-tanda seperti tekanan darah tetapi tidak memberi kesan rawatan yang mutlak terhadap penyakit tersebut.

Cara Kelahiran Bayi

Ibu-ibu yang mengalami masalah darah tinggi kadangkala perlu melahirkan kandungan lebih awal daripada biasa. Seringkali kelahiran perlu dipaksakan secara induction of labour lebih awal iaitu satu atau dua minggu sebelum tarik kelahiran sebenar. Dalam keadaan cemas apabila penyakit ini menjadi sangat teruk seperti yang ditunjukkan oleh tekanan darah tinggi ataupun kencing manis yang mengandungi terlalu banyak albumin, atau ada tanda-tanda hendak timbul sawan, maka kelahiran dengan serta merta perlu dilakukan. Kadangkala dalam keadaan begini, doktor perlu melakukan kelahiran secara pembedahan sesarean untuk menyelamatkan bayi dan ibu kerana dikhuatiri sawan beranak mungkin berlaku.

Malangnya, doktor seringkali hanya boleh menyelamatkan nyawa ibu tetapi tidak begitu bernasib baik dalam usaha menyelamatkan nyawa bayi. Dalam keadaan yang cemas biasanya bayi itu terlalu kecil dan tidak cukup bulan dan dengan itu peluangnya untuk hidup adalah tipis.

Pencegahan

Penting bagi ibu yang mengandung sulung atau mereka yang melebihi umur 35 tahun ketika hamil atau mengalami kerumitan ketika hamil, mendapatkan pemeriksaan di peringkat awal kehamilan. Wanita juga patut mengawal tubuh badan mereka. Jangan biarkan badan terlalu gemuk kerana ini juga satu faktor yang boleh mencetuskan masalah darah tinggi ketika hamil. Ketika hamil penting baginya mengawal makanan yang mengandungi banyak kanji dan gula.

Mengikut pengalaman saya, ramai wanita mengandung makan berlebihan kerana selera mereka meningkat ketika hamil. Ini menyebabkan mereka mengalami masalah darah tinggi. Penyakit jangkitan kuman di saluran perkencingan juga perlu mendapat perhatian di peringkat awal kerana jika tidak dikawal ia boleh merosakkan buah pinggang dan seterusnya menyebabkan penyakit darah tinggi. Ada kepercayaan jika pengambilan garam dalam makanan dapat dikurangkan, ia boleh menjauhkan penyakit darah tinggi. Sebenarnya tidak ada bukti khusus dan mutlak bagi kepercayaan tersebut. Saya tidak menghadkan pengambilan garam kepada penghidap darah tinggi ketika mereka hamil.

http://www.hamidarshat.com/zuriat-buku-138/137.html

Bila Mengandung, Kena Darah Tinggi, Kencing Manis.. Kenapa Ya?

 

Pelbagai kisah ibu mengandung. Alahan yang teruk, mengidam, emosi tidak stabil, hilang selera makan dan sebagainya. Simptom-simptom yang disebutkan tadi adalah perkara biasa. Sewaktu di awal kehamilan dulu, doktor pernah tanya samada saya ada sejarah keluarga yang mengidap kencing manis. Alhamdulillah, saya tiada masalah kencing manis seperti sesetengah ibu mengandung. Ada juga yang mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung. Kenapa gejala ini berlaku ketika mengandung sahaja. Ianya hilang setelah melahirkan anak.

Saya tidak nafikan, penyakit keturunan adalah faktor utama yang diterima pakai oleh semua orang. Selebihnya adalah tabiat pemakanan si ibu.

Kebetulan, saya cuba mencari artikel tentang kalsium kerana ingin tahu lebih mendalam tentang peranannya. Rupa-rupanya kalsium mempunyai kaitan dengan gejala kencing manis dan darah tinggi. Malah ia ada kaitan dengan sakit ketika bersalin normal, perubahan tulang pinggul dan gigi mudah patah.

Ketika kandungan masuk 3 bulan, badan si ibu memindahkan sejumlah besar kalsium dari tubuhnya kepada pembentukan janin. Ketika di trimester ketiga, perkembangan tulang dan pembesaran bayi yang pesat memerlukan lebih banyak sumber kalsium. Proses peredaran darah ini meningkatkan risiko kehilangan kalsium dari tubuh si ibu. Oleh kerana jumlah kalsium dalam darah si ibu berkurangan, terjadilah gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi. Badan mengambil kalsium dari tulang bagi menjalankan fungsi degupan jantung dan sistem saraf, namun kalsium dari tulang tidak menjalankan fungsi kalsium darah, sebaliknya mengikat lebih banyak lemak di jaringan pembuluh darah lalu menyukarkan proses peredaran darah ke seluruh badan. Kesannya adalah tekanan darah tinggi. hmm..

Patutlah, saya dan kawan-kawan saya selalu mengalami cramp sewaktu di hujung kehamilan. Rupanya kita kekurangan kalsium dalam darah. Ada juga yang mengalami tekanan darah tinggi tetapi hanya dalam tempoh mengandung.

Ada juga yang mengalami penigkatan gula dalam darah atau dipanggil kencing manis. Ianya hilang apabila melahirkan. Kenapa ya. Apa yang saya faham, kalsium mengawal pelbagai fungsi hormon dalam badan dan ini termasuklah hormon insulin. Peningkatan gula dalam darah si ibu ada kaitan dengan masalah kekurangan hormon insulin.


Petikan dari info sihat:

Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan "human placental lactogen" akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.

Dari pembacaan, saya pasti masalah ini dapat diatasi jika si ibu mengambil tambahan kalsium, selain B Complex. Mengikut Dr Bruce Miller, Calcium also produces and activates numerous hormones and enzymes.

Apabila melahirkan dan menyusukan anak, sekali lagi badan si ibu mengalami kekurangan kalsium. Kalsium yang tidak diganti ini lama kelamaan akan menyebabkan si ibu nampak lebih tua dari usia sebenar, sistem imun yang lemah, ketidakstabilan hormon dan gangguan kesihatan.

Kesakitan ketika melahirkan dan kesakitan ketika melalui hari pertama menstrual adalah kerana otot tidak menganjal dengan baik. Pengambilan kalsium boleh membantu mengurangkan rasa sakit ketika proses kelahiran dan menstrual.

"One possible reason is calcium's role in maintaining normal muscle tone. Calcium-deficient muscles are more likely to be tense and prone to cramping, which can worsen menstrual cramps as well as common symptoms of PMS, such as headaches or migraines and water retention. Some studies have also found that women with higher calcium intake reported fewer mood symptoms such as irritability, anxiety, and depression, associated with PMS" more info pls click here

Jelas sekali calcium amat penting dalam diari hidup seorang wanita. Kalsium bukan hanya untuk tulang dan gigi. Kalsium penting untuk otot dan saraf. Hakikatnya ramai yang tidak tahu.

Sekian.

http://www.nurhafiza.com/2011/01/bila-mengandung-kena-darah-tinggi.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...