Kementerian Mahu Kajian Buktikan Kambing Penyebab Darah Tinggi


Kementerian Pertanian dan Indutsri Asas Tani akan meminta Jabatan Veterinar berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan melakukan kajian saintifik bagi membuktikan kebenaran tanggapan ramai bahawa daging kambing menyebabkan penyakit darah tinggi.

Menteri berkenaan Datuk Seri Noh Omar berkata persepsi itu menyebabkan orang ramai keberatan untuk menjamah daging haiwan ternakan tersebut.

“Ramai masih bimbang makan daging kambing kerana tanggapan itu. Tapi kajian (awal) yangn dibuat Jabatan Veterinar mendapati kandungan kolestrol daging kambing adalah rendah berbanding daging-daging lain,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing anjuran kementeriannya menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Dewan Serbaguna Parlimen, di sini pada Rabu.

Noh berkata selagi persepsi negatif tersebut tidak disingkirkan, adalah sukar bagi pihaknya untuk membuat promosi dan memasarkan daging kambing di pasaran tempatan.

Mengulas isu berlainan, Noh berkata FAMA telah mengenal pasti tapak di Johor Baharu, Johor untuk didirikan bangunan yang akan diguna khas untuk jamuan buah-buahan.

“Ia macam restoran tetapi sajikan buah-buahan sahaja. Dalam masa sama FAMA juga akan perbanyakkan pusat-pusat pengumpulan untuk buah-buahan tempatan dan juga kilang memproses buah sekiranya berlaku lambakan,” katanya.

FAMA juga katanya, akan mengadakan Pesta Durian Malaysia pada 15 hingga 20 Julai ini di Singapura sebagai salah satu langkah mempromosikan raja buah itu yang semakin mendapat sambutan di republik tersebut.

Selain durian sebagai hidangan utama, Anggota Dewan Rakyat, Dewan Negara dan petugas Parlimen yang menghadiri majlis pada Rabu turut dijamu dengan buahan tempatan lain serta pelbagai menu daging kambing.

– BERNAMA

http://blog.moa.gov.my/?p=1432

Koleksi Petua Merawat Penyakit Darah Tinggi


Petua 1: Ambil seikat daun kucai. Tumbuk limat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan. Penyakit darah tinggi akan reda.

Petua 2: Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah di waktu pagi sebelum memakan sesuatu . Buatlah selama seminggu berturut-turut.

Petua 3: Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan dua cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minumlah 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda sudah menurun. InsyaAllah badan anda akan lebih segar.

Petua 4: Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari. Penyakit darah tinggi akan turun.

Petua 5: Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.

Petua 6: Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Buat 2 kali seminggu.

http://www.epetua.com/koleksi-petua-merawat-penyakit-darah-tinggi/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...