PENGENALAN MENGENAI PENYAKIT DARAH TINGGI
Manusia berakal mempunyai perasaaan marah. Marah salah satu tabiat berkaitan perasaan lahir dari akal. Kemarahan bangkit dan terjadi dari perlakuan. Terjadinya, bergantung kepada banyak faktor. Antaranya, ketahanan sesorang itu menahan sabar. Jadi, secara lansung ia ada kena mengena dengan didikan atau asuhan. Meskipun, faktor lain tidak kurang acuh. Faktor lain lahir dari pengalaman dan pergaulan hidup dalam masyarakat. Termasuk, iman yang dimiliki atau suasana sekeliling mempengaruhi dan seterusnya.
Pernyataan Al Quran terhadap penyembuhan penyakit marah :
Insan bertaqwa berupaya menahan marah meskipun mendidih. Malah, sifat sabar menahan marah itu adalah di antara ciri ciri atau sifat sifat insan bertaqwa dinyatakan di dalam firman. Surah Ali-Imran di dalam ayat ke 134 tersebut di dalam Al Quran.
Surat Al-Imran Ayat 134
MAKSUDNYA:
Kekuatan hakiki sesorang itu tidak bergantung kepada kekuatan fizikal.
Orang yang benar benar kuat ialah mereka yang berupaya menahan diri mereka ketika marah. Pernyataan Al Hadith mengenai penyembuhan penyakit marah :
Rasulullah SAW bersabda :
HADITH
MAKSUDNYA:
Sesiapa yang dapat menahan kemarahan padahal ia mampu untuk melaksanakannya, Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk sekelian pada hari qiamat sehingga Dia memilihkan bidadari buat orang itu menurut keinginannya . (Hadith ini dari riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah).
Penjelasan mengenai hadith ini melihat dari perspektif penyakit dapat dihuraikan begini. Antara pintu pintu utama untuk syaitan menembusi hati manusia umpama perisai seperti ungkapan oleh Muhammad Ibrahim Salim (1986: 33-34) ialah melalui sifat marah dan keinginan nafsu. Marah itu adalah hantu otak. Apabila akal menjadi lemah, syaitan akan menyerang.
Marah diransang oleh iblis dan syaitan. Ketika marah kita akan tidak sedar seluruhnya. Tidak tanduk yang kita lakukan seringkali terbabas. Bertindak melampaui batas seperti memukul orang, melakukan vandalisme, membuat bising, menjerit, memaki orang lain di hadapan umum. Tergelincir kerana hilang imbangan akal lantaran gangguan atau rasukan jin. Lojika itu nyata, marah itu sekam atau ransangan iblis dan syaitan.
Andainya, seseorang itu berupaya menguasai atau menyedarkan dirinya kembali ketika penyakit marah itu timbul, iaitu mengembalikan dirinya ke tahap biasa dan rileks, tidak membairkan syaitan menguasai dirinya, marah yang membuak tadi akan reda. Marah melibatkan ransangan syaitan padahal syaitan itu dijadikan daripada api, maka orang yang marah itu perlu MENGAMBIL WUDHU’ sebab, api akan padam dengan air.
Rasulullah SAW membaca A ’uzu billah apabila baginda marah seperti yang tersebut jelas dalam hadith berikut:
HADITH
MAKSUDNYA:
Adapun Nabi SAW ketika marah membaca A ’uzu billahi minassyaitan nir rajim
(Hadith ini riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Kemudian baca Doa:
MAKSUDNYA:
”Ya Allah, ampunilah dosaku, hilangkan rasa marah dalam hatiku dan peliharalah akan daku daripada godaan syaitan.”
Tersebut di dalam sebuah hadith daripada riwayat Aisyah radiallahu anhu ia berkata
HADITH
MAKSUDNYA:
Ketika Nabi SAW masuk ke rumahKu, aku sedang marah, maka ia memegang hujung hidungku lalu ia menariknya kemudian bersabda: Wahai Uwaisy bacalah: (iaitu doa yang diajari tadi).
Rasulullah SAW mengajar agar orang yang sedang marah yang berada di dalam keadaan berdiri aitu agar mengubah posisi duduk, andai tak berjaya ia hendaklah baring.
Rasulullah SAW ada bersabda di dalam Al Hadith:
HADITH
MAKSUDNYA:
Apabila salah seorang daripada kamu marah walhal ia dalam keadaan berdiri, maka ia hendaklah duduk, iaitu sekiranya marah itu hilang daripadanya, andainya tidak ia hendaklah baring. (Hadith sahih ini riwayat Ahmad dalam masnadnya).
AMALAN DAN KAEDAH:
Amalan1 : MEMBACA ISTIGHFAR
Surah Al Anbiya Ayat 87
Maksudnya:
”Tiada Tuhan melainkan Engkau (Allah) Maha Suci Engkau sesungguhnya aku dari orang yang zalim.”
Doa yang bersifat mengakui kezaliman diri sendiri istiharkan kesalahan diri di hadapan Allah dengan mengharapkan keampunanNya. Berzikir dengan menyebut Nama Allah yang bersifat penyembuh, pemberi kesembuhan, pemberi kesihatan. Berzikir dengan bilangan sebanyak mungkin dengan rasa menyesal kerana perbuatan maksiat dan dosa-dosa lain.
Amalan 2 : MEMBACA SELAWAT
Membaca Selawat Syifa (penyembuhan penyakit)
Maksudnya:
Ya Allah, Berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammbad SAW yang menyembuhkan hati hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan, juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.
Membaca selawat Tafrijiyyah (Selawat merungkaikan kebuntuan penyakit dan masalah)
Maksudnya:
Ya Allah anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas peghulu kami Nabi Muhammad SAW yang dengan berkatnya terhurai ape yang tersimpul, terlepas dari segala kesusahan juga ditunaikan segala hajat dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya yang mulia, kerahmatan dan kerahmatan yang sempurna. Engkau anugerahkan juga YA Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi Mu.
Baca selawat tersebut diatas dan dengan doa supaya Allah SWT mengampun dosa dan menyembuhkan penyakit dan permasaalan yang dihadapi.
Amalan 3
Amalan membaca rangkaian surah surah khusus melibatkan amalan untuk menguatkan ruh jiwa ruhani serta mengubati penyakit dan masaalah yang dihadapi.
1. Baca Niat
Niatnya ialah “Ya Allah Ya Tuhanku aku nak beramal dengan Selawat Nabi SAW, Surah Al Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al Ikhlas, Surah Al Falaq dan Surah An Nas sebanyak 7 kali setiap satu daripadanya selepas sembahyang 5 waktu selama seminggu untuk dihayati sebagai.”
a. Ibadah mendekatkan diriku pada Engkau Ya Allah
b. Mendekatkan diri aku kepada hikmat dan kelebihan ayat ayat tersebut
c. Menguatkan ruh jiwa ruhani aku
d. Mempertahan diri aku dari sebarang bisikan, gangguan, godaan sama ada dari jin, syaitan, iblis, sihir, saka, perbuatan jahat manusia (ilmu hitam) dan seumpamanya
e. Mengubati penyakit yang aku alami serta penyakit keluargaku (anak, suami, isteri)
f. Menambahkan rezeki, meninggikan kasih sayang keluarga dan suami isteri
g. Boleh dimuatkan apa sahaja yang kita hajatkan yang tidak bercanggah dengan syariah Agama
h. Amin – yarabul alamin.
i. Setelah itu baca:
· Selawat (7 kali)
· Surah al-Fatihah (7 kali)
· Ayat al-Kursi (7 kali)
· Surah an-Nas ( 7 kali)
· Surah al-Falaq ( 7 kali)
· Surah al-Ikhlas (7 kali)
Amalan 4: Senaman & Pergerakan Khusus
1. Solat Tahjud di jauh malam ialah manifestasi, meditasi untuk memulihkan penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Boleh membaca doa yang lazim dan di tambahkan dengan doa ia itu permintaan dan harapan kita kepada Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit itu.
2. Kita disarankan membaca Bismillah 5 seperti dibawah:
· Bismillah hirrahman nir rahim - Maksud Dengan nama Allah maha pemurah maha pengasih
· Bismillah hirrahman nir rahim - Maksud Dengan nama Allah yang menyembuhkan
· Bismillah hirrahman nir rahim - Maksud Dengan nama Allah yang mencukupi
· Bismillah hirrahman nir rahim - Maksud Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan
· Bismillah hirrahman nir rahim - Maksud Dengan nama Allah yang tidak memberi Mudarat sesuatu di bumi di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.
3. Amalan meditasi seperti ini juga boleh di amalkan untuk penyakit penyakit yang lain seperti di racun atau ketika badan kurang sihat.
Makanan dan Makanan Sampingan
MAKANAN YANG DISYORKAN
MAKAN BERDASARKAN AL-QURAN & HADITS BAGI PENGHIDAP PENYAKIT DARAH TINGGI
KHAL – MAKANAN KESIHATAN PARA NABI
Ini makanan kesihatan sunnah para Nabi. Penyembuh kepada penyakit yang digeruni seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kolestrol dan obesiti. KHAL ialah nama di dalam bahasa arab yang bermaksud satu bahan daripada buah buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, tin (fiq) disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu bertukar dari jus buah menjadi alkohol, menjadi yis kemudian bertukar menjadi asid asetat dan akhir menjadi KHAL. Di dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.
Khasiat dan kelebihan KHAL ialah satu kenyataan yang tercatat dalam kitab kitab perubatan Islam. Catatan ini sudah lama wujud dikenali umum serta diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW sampai ke hari ini. KHAL ialah “minuman kesihatan sunnah Nabi Nabi. KHAL bukan satu penemuan baru atau kaian baru seperti setengah makanan kesihatan lain.
MADU LEBAH
Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut di dalam Al Quran dan Hadith Nabi SAW. Terdapat satu surah khas dalam Al Quran tentang lebah iaitu Surah Al-Nahl pada ayat 68-69.
Surat Al-Nahl Ayat 68 - 69
Maksudnya:
“dari mulut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit bagi manusia. “
Li Khamsatun terdiri daripada madu lebah dan dua puluh (1-20) herba berkhasiat. Kesemua gabungan ini mempunyai dalil dalil atau nas sama ada dari Al Quran, Hadith Nabi SAW pendapat ulama perubatan Islam. Inilah satu gabungan yang sangat kuat dengan dalil dalil atau nas, InsyaAllah dapat menyembuhkan penyakit manusia. Antara 20 herba tersebut ialah hindiba, habbatus sauda’, babunaj, hulbah, zanjabil dan lain lain.
MAKANAN MENYEMARAKKAN MINDA CERGAS
Mempunyai akal yang cerdas, kuat ingatan, kuat hafalan serta pintar? Dapat menghafal Al Quran, mengingati beribu ribu hadith Nabi SAW? Mnguasai pelbagai ilmu sejak kecil? Agar dapat berjihad, menyelesaikan masalah umat, mereka dapat ,mengekalkan kesihatan akal serta tidak lupa dan nyanyuk di sepanjang kehidupan mereka.
Semua pernyataan tersebut telah kami temui rahsia makanan mereka. Faqeh makanan kecerdasan otak kami kumpulkan serta gabungkan 13 bahan dari tumbuh tumbuhan pilihan dari luar negeri dikeringkan. Tiada bahan kimia, ubat penahan dan pewarna.
Manakala, keluaran Faqeh, Madu Minda ditemui 12 nas atau dalil bahan makanan khusus untuk otak yang cerdas. Inilah 12 rahsia mengapa ulama Islam terdahulu dapat menghafal Al Quran dan Hadith sejak kecil dan bijak berijtihad.
SAFFRON – MENGGURANGKAN SAKIT LUPA
Saffron atau Za'faran ialah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat serta terkenal kegunaannya di dalam dunia perubatan herba moden dan tradisional di Timur dan Barat. Digunakan juga sebagai bahan campuran semulajadi dalam pelbagai jenis makanan dan minuman serta di bidang kosmetik.
Kebiasaannya, za'faran ini dijadikan sebagai dakwat ditulis doa doa penyembuhan penyakit seperti doa menguatkan ingatan, hafalan, pintar, doa menghilangkan penyakit misteri seperti gangguan makhluk halus, sihir, santau dan penyakit umum dengan cara air diminum.
http://www.ahlussyifa.com.my/panduan-perubatan-ahlus-syifa/darah-tinggi.html